Ramai yang kurang faham tentang fungsi dan sifat iPad. Mereka fikir iPad sama seperti komputer riba sedangkan iPad sangat terbatas terutama menjalankan kerja-kerja yang rumit.

Sebab itulah saya tegaskan kepada Pelajar, jika mereka belum mempunyai komputer, sila utamakan komputer
Jika mereka telah mempunyai komputer, maka tiada salahnya membeli iPad.

iPad hanya sekadar membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika anda jurusan yang memerlukan perisian yang kompleks seperti Java, C++ dan lain-lain, maka sudah tentulah iPad bukan pilihan.
Ramai yang tidak faham dengan iPad dan merupakan pengguna kali pertama.

Kebanyakannya tidak faham fungsi sebenar iPad, mereka mudah terpengaruh dengan iklan serta tren semasa pada ketika ini.
Jika anda seorang pelajar dan kurang berkemampuan, minta ibu bapa anda membeli komputer.

Saya kuatir dalam tempoh beberapa bulan berada di Universiti Awam, anda terpaksa membeli komputer riba gara-gara salah percaturan.
Yang menjadi mangsa adalah ibu bapa anda.

Ingat, saya nasihatkan kerana tidak mahu anda menyesal kemudian hari. Saya tidak halang untuk membeli iPad, namun pastikan anda mempunyai komputer riba terlebih dahulu.
Harga iPad sekitar RM1,449.00, dengan harga tersebut anda boleh membeli komputer riba yang harga sedemikian.

Tiada istilah komputer riba mahal, kecuali anda bandingkan dengan MacBook yang ternyata premium.
Ingat, saya tujukan kepada Pelajar yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

Saya tidak halang, jika anda berkeras mahu membeli iPad, itu hak anda. Namun jika anda menyesal kelak dan merungut dalam Twitter, maka tugas saya telah selesai.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Xavier Naxa 🇲🇾

Xavier Naxa 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @XavierNaxa

9 Oct
Jika iPhone ada iMessage, bagaimana pula dengan Android?

Hakikatnya Google telah memperkenalkan sistem permesejan berteraskan Rich Communication Services (RCS). Image
RCS bukanlah satu teknologi baharu malah telah banyak aplikasi yang menyokong RCS termasuklah WhatsApp, Facebook Messenger dan lain-lain.

RCS lebih baik dari khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana terikat dengan 160 aksara sahaja.
SMS lebih memfokuskan kepada penghantaran teks manakala MMS lebih kepada penghantaran gambar dan video.

Namun saiz yang dihantar hanya sekitar 300 KB dan menyebabkan kualiti gambar atau video yang dihantar agak tidak berkualiti.
Read 8 tweets
13 Sep
Saya kongsi cerita yang agak lucu dari rakan kita di Facebook Apple User Group (AUG).

"Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya.
Jumpanya dekat belakang rumah cari cari sampai masuk hutan. Saja round round belakang rumah sambil call sebab manala tau ada binatang apa apa masuk rumah cuma tak expect monyet sebab memang tak pernah ada
!!! Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik."

- Kredit : Zackrydz Rodzi
Read 6 tweets
4 Aug
Wahed Investment sedang meningkat naik, kepada yang mendaftar sebelum ini bolehlah memantau dan jika mahu keluar sedikit keuntungan tiada salahnya.

Saya bukanlah pelabur aktif, hanya mengumpul seberapa banyak keuntungan.
Saya akui tindakan saya ini tidak begitu praktikal dan sepatutnya saya membiarkan ia terus meningkat.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, lain orang lain caranya. Bagi saya lebih baik ambil sedikit keuntungan dari kita mendapat kerugian kelak.
Pelaburan ini ada pasang surutnya. Memandangkan saya cuba untuk meminimumkan kerugian, setiap keuntungan akan saya keluarkan walaupun kecil.

Bak kata pepatah,sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Read 6 tweets
26 Jul
Saya ingin berkongsi satu pelaburan digital iaitu Wahed Investment. Rasanya mungkin majoriti daripada anda telah mengetahui tentang produk ini.

Bagi yang belum mengetahui tentang produk ini, di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya melabur menggunakan Wahed Investment. Image
Antara perkara UTAMA yang dititikberatkan adakah pelaburan Wahed Investment sah di sisi undang-undang.

Berdasarkan semakan di ers.seccom.com.my/public/Default… jelas menunjukkan bahawa Wahed Investment berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Image
Mengapa Wahed Investment tidak didaftarkan di Bank Negara?

Kerana badan berwajib yang mengurus berkaitan pelaburan adalah Suruhanjaya Sekuriti.

Pelaburan yang dibuat oleh Wahed Investment adalah patuh syariah. Bermakna saya tiada ragu-ragu untuk melabur dalam Wahed Investment
Read 13 tweets
13 Jun
Sindiket Penipuan Di Shopee

Baru-baru ini saya ada mengiklankan sebuah jam tangan pintar di salah satu laman jual beli.

Seperti biasa, apabila kita mengiklankan barangan secara terbuka, terdapat pihak yang cuba memperdayakan kita.
Namun saya tertarik dengan satu sindiket penipuan yang menjadikan laman Shopee sebagai lubuk penipuan mereka.

Modus operandi mereka cukup mudah, mereka akan menghantar WhatsApp kepada kita dengan menawarkan sesuatu yang menarik perhatian.

Contohnya seperti gambar di bawah:
Kebiasaannya mereka akan menggunakan nombor luar negara bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

Namun terdapat juga kes menggunakan nombor tempatan dengan modus operandi yang sama.
Read 11 tweets
12 May
Pihak Celcom ada menawarkan pakej EasyPhone Own pada harga ansuran RM57 sebulan tidak termasuk pakej Internet.

Anda wajib melanggan salah satu pakej Internet dan paling murah anda boleh dapat bersama iPhone SE 64GB adalah serendah RM164.00 tidak termasuk cukai perkhidmatan.
Berikut anggaran pengiraan mudah untuk anda.

RM 164.00 x 6% SST - RM173.84

Anggaran komitmen bulanan anda adalah RM173.84.

Tempoh kontrak adalah 24 bulan.

Maka jumpa keseluruhan adalah :

RM173.84 X 24 bulan - RM4,172.16
Anggaran perbelanjaan keseluruhan anda bagi iPhone SE 64GB termasuk pelan Internet adalah sebanyak RM4,172.16.

Harga rasmi iPhone SE 64GB adalah RM1,999.00. Jika ditolak dengan RM4,172.16 maka lebihan yang terpaksa anda bayar adalah RM2,173.16.
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!