Ramai yang kurang faham tentang fungsi dan sifat iPad. Mereka fikir iPad sama seperti komputer riba sedangkan iPad sangat terbatas terutama menjalankan kerja-kerja yang rumit.
Sebab itulah saya tegaskan kepada Pelajar, jika mereka belum mempunyai komputer, sila utamakan komputer
Jika mereka telah mempunyai komputer, maka tiada salahnya membeli iPad.
iPad hanya sekadar membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika anda jurusan yang memerlukan perisian yang kompleks seperti Java, C++ dan lain-lain, maka sudah tentulah iPad bukan pilihan.
Ramai yang tidak faham dengan iPad dan merupakan pengguna kali pertama.
Kebanyakannya tidak faham fungsi sebenar iPad, mereka mudah terpengaruh dengan iklan serta tren semasa pada ketika ini.
Saya kongsi cerita yang agak lucu dari rakan kita di Facebook Apple User Group (AUG).
"Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya.
Jumpanya dekat belakang rumah cari cari sampai masuk hutan. Saja round round belakang rumah sambil call sebab manala tau ada binatang apa apa masuk rumah cuma tak expect monyet sebab memang tak pernah ada
!!! Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik."
Pihak Celcom ada menawarkan pakej EasyPhone Own pada harga ansuran RM57 sebulan tidak termasuk pakej Internet.
Anda wajib melanggan salah satu pakej Internet dan paling murah anda boleh dapat bersama iPhone SE 64GB adalah serendah RM164.00 tidak termasuk cukai perkhidmatan.
Berikut anggaran pengiraan mudah untuk anda.
RM 164.00 x 6% SST - RM173.84
Anggaran komitmen bulanan anda adalah RM173.84.
Tempoh kontrak adalah 24 bulan.
Maka jumpa keseluruhan adalah :
RM173.84 X 24 bulan - RM4,172.16
Anggaran perbelanjaan keseluruhan anda bagi iPhone SE 64GB termasuk pelan Internet adalah sebanyak RM4,172.16.
Harga rasmi iPhone SE 64GB adalah RM1,999.00. Jika ditolak dengan RM4,172.16 maka lebihan yang terpaksa anda bayar adalah RM2,173.16.