Bukan pasal Emily in Paris, tapi kes pembunuhan Samuel Paty serta kesan-kesannya.
Nak faham isu ini, kena faham dulu konsep yang dipanggil 'laïcité'.
Bagi yang dah lost atau tak follow isu ini, ini ceritanya:
Ada seorang guru bernama Samuel Paty tunjuk kartun menghina Rasulullah S.A.W. (yang diterbitkan oleh majalah Charlie Hebdo) dalam kelasnya.
Paty ada mintak pelajarnya yang beragama Islam, yang mungkin rasa tak selesa dengan tindakan tersebut untuk keluar dari kelas.
Tapi, bila kejadian itu tersebar, Paty dibunuh pada 16 Oktober, oleh seorang imigran Muslim dari Chechen yang marah dengan tindakannya.
Suspek kemudian mati ditembak oleh polis.
Tindakan Paty memang mengundang, tapi dia pun bukan saja-saja nak buat lawak bodoh atau nak viral.
Paty ialah seorang guru subjek 'civics'.
Civics ni ajar pasal asas-asas negara, termasuk perlembagaan, 'rukun' negara dan sebagainya.
Salah satu rukun negara Perancis, selain kebebasan (liberté), kesamarataan (égalité) dan persaudaraan ('fraternité') adalah 'laïcité'.
Laïcité ni bukan sejenis laici. Ia merujuk kepada pemisahan agama dari ruang awam (public sphere).
Ruang awam tu macam bangunan kerajaan, sekolah, taman awam.
Di bawah rukun ini, segala display simbol atau identiti agama di ruang awam adalah dilarang . Agama adalah hal peribadi yang hanya boleh diamalkan dalam rumah, secara sulit.
Laïcité ni kira macam sekularisme. Tapi sekularisme yang biasa bersifat neutral terhadap agama (macam di US, Canada), laïcité pula hampir tahap memusuhi agama.
So apa kaitan laïcité, civics, dan Samuel Paty?
Bagi kebanyakan orang Perancis, kebebasan bersuara merangkumi kebebasan mengutuk agama.
Sebab selain institusi negara, tiada benda lain yang dianggap kudus. Laïcité termasuk hak untuk melanggar agama.
Jadi mereka mempertahankan kartun Charlie Hebdo yang bukan saja memperolok-olokkan agama Islam tetapi juga agama Katolik dan Judaisme (agama Yahudi).
Malah kartun Charlie Hebdo ni memang dah lama ada dalam sukatan pelajaran, bukan idea Paty sendiri.
Laïcité lahir pada era Revolusi Perancis (1789-1799).
Waktu itu, Perancis menganut Katolik yang tertakluk pada autoriti Pope di Vatican.
Revolusi melahirkan Republik Perancis yang menggulingkan raja (penaung agama Katolik), jadi secara automatik republik menjadi musuh Pope.
Kepercayaan kepada agama justeru dianggap boleh memecahkan kesetiaan rakyat Perancis terhadap negara dan mengancam kelangsungan hidup republik.
Itu mendorong pemimpin revolusi mencipta 'Cult of the Supreme Being' bagi mengurangkan pergantungan rakyat kepada agama asing.
Dan undang-undang laïcité mula diguna pakai secara rasmi pada tahun 1905.
Disebabkan ada pemahaman laïcité ini yang unik ini, kat Perancis, hina agama tu tak apa, tapi kalau hina simbol negara macam bendera baru akan dikenakan denda atau penjara.
Bagi rakyat yang dah bergenerasi hidup di Perancis, mereka tak ada masalah sangat dengan laïcité. Samada dah biasa or pasrah.
Paling2 pun passive aggressive. Macam biarawati (nun) Katolik sana ada yang sengaja pakai pakaian agama ke tempat awam, kena tegur baru tanggal.
Tapi bagi imigran baharu, laïcité = masalah, terutamanya bagi imigran dari tempat yang lebih konservatif dalam beragama. Chechen misalnya.
Kemasukan imigran Muslim yang makin ramai membawa kepada far-right macam Parti Front National (FN) yang kini diketuai oleh Marine Le Pen.
Far-right ni nak tunjuk diorang ni ultra-laïcité. Dan Muslim menjadi bogeyman bahawa laïcité di bawah ancaman.
Pada tahun 2011, Perancis jadi negara Eropah pertama yang melarang niqab/burka atas alasan untuk memelihara tradisi laïcité mereka.
Selepas serangan ISIS di Paris pada 2015 (puncanya kartun Charlie Hebdo juga). FN merancakkan lagi retorik anti-Islam.
Le Pen nak kawal kemasukan imigran Muslim dan melarang Islam diamalkan secara meluas.
Bukan setakat niqab, burka, burkini. Hijab biasa pun dia pertikatikan.
Tapi FN berjaya dihalang oleh parti baharu bernama Le République En Marche (LREM) yang diasaskan oleh Emmanuel Macron pada tahun 2016.
Macron tak setuju dengan FN yang bersifat 'Islamophobic'. Sebaliknya Macron ambil pendekatan yang lebih terbuka kepada Muslim.
Macron mengalu-alukan imigran Muslim, cuma dia nak mereka 'berintegrasi'.
Macron menang dalam pemilihan presiden tahun 2017, mengalahkan Le Pen.
Tapi selama 3 tahun ini, Macron pun tak bebas daripada kontroversi dasar yang melibatkan Muslim.
Antaranya cadangan Macron untuk melarang semua bentuk homeschooling bermula tahun 2021, termasuk pendidikan vernakular Muslim macam madrasa swasta.
Alasan dia nak integrate Muslim ke dalam masyarakat Perancis. Jadi pendidikan Islam kena kena ikut sukatan kurikulum yang diluluskan oleh kerajaan.
So apa saja ajaran yang tak menepati prinsip laïcité atau rukun-rukun negara Perancis yang lain, dianggap haram. Negara > agama.
Kali ini, tindakan Macron memberi penghormatan tertinggi kepada Paty yang mati dibunuh dianggap sebagai pengiktirafan tindakan Paty.
Tapi dari sudut pandang Macron, dia beri penghormatan sebab Paty maut mempertahankan asas negara Perancis iaitu laïcité.
Yang lebih ironik, Macron dilabel Islamophobic gara-gara komen dia yang kata 'Islam dalam krisis' 'Islam memerlukan reform'.
Antara pengkritik Macron ialah Erdogan Presiden Turki. Negara-negara Islam lain pun join memboikot barangan Perancis sebagai tanda protes.
Tapi dari sudut pandangan laïcité dia, Macron tak nampak apa yang tak betul dengan kenyataannya.
Dia nak rakyat Perancis Muslim meletakkan kesetiaan tertinggi kepada negara. Bagi dia, pembunuh Paty ialah 'radical Islamist'. Kalau Muslim tak 'radikal', maka tak jadi macam tu.
Ibarat kata sesiapa yang tak dapat terima penghinaan adalah 'Muslim radikal', bukan warga Perancis yang baik.
Bukan bermaksud tindakan membunuh Samuel Paty betul. Salah tetap salah. Cuma for every action, there is an equal and opposite reaction.
Melihat kepada tragedi demi tragedi yang berlaku di Perancis yang berpunca daripada Charlie Hebdo, mungkin dah sampai masa Perancis untuk menyemak semula doktrin laïcité-nya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Atas permintaan ramai, aku ulas sikit je lah perang Armenia-Azerbaijan yang tercetus sejak Ahad lalu.
Sebenarnya konflik Armenia-Azerbaijan bukan baru. Selang 2 tahun akan berperang. 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018. Paling teruk tahun 2016, mengorbankan hampir 200 nyawa.
Punca konflik ialah perebutan ke atas kawasan Nagorno-Karabakh yang majoriti etniknya orang Armenia, walaupun ia berada dalam sempadan Azerbaijan (yang majoritinya orang Azeri).
Orang Armenia adalah orang Kristian, Azeri adalah penganut Syiah. Cuma Azeri kat Azerbaijan ni kebanyakan tak religious, negara pun sekular.
Demokrasi berparlimen (parliamentary democracy) bukan sistem yang stabil.
Kerajaan ('eksekutif') dibentuk daripada parti atau gabungan parti (coalition) yang ada majoriti di badan perundangan ('legislatif'). Kerajaan berubah apabila coalition di legislatif (parlimen) berubah.
Sebab tu kita tengok PM di Jepun dan Itali asyik bertukar-tukar. Dari tahun 2000-2020 Jepun ada 10 PM. Itali pun sama, ada 9 PM dalam masa 20 tahun. Secara purata seorang boleh bertahan 2 tahun saja.
Australia pernah ada "The Year of Three Prime Ministers" pada tahun 2013. Mula2 Julia Gillard disingkirkan sebagai ketua parti Labor, jawatan PM diganti oleh Kevin Rudd. Pastu tak sampai 3 bulan, Labor kalah PRU, Rudd diganti oleh Tony Abbott dari parti Liberal.
Di Thailand sedang berlaku protes besar-besaran membantah kerajaan tentera pimpinan Prayut Chan-o-cha.
Thailand tak asing dengan protes anti-kerajaan. Apa yang 'asing' kali ini ialah permintaan memperbaharui/memansuhkan sistem raja.
Kerajaan Prayut bukan kerajaan yang popular sebab ia naik menerusi rampasan kuasa tahun 2014 yang menggulingkan Yingluck Shinawatra, adik Thaksin Shinawatra, mantan PM (2001-2006) yang juga digulingkan oleh tentera.
Walaupun ramai ingat Thaksin dan Yingluck korup, tapi diorang berdua ni sangat popular di kalangan orang-orang miskin (terutama di kawasan luar bandar Chiang Mai dan Isan) akibat dasar populis mereka yang pro golongan berpendapatan rendah.
MenHan Jepun baharu, Nobuo Kishi tu sebenarnya adik Shinzo Abe.
Tapi kenapa surname "Kishi" bukan "Abe"?
Sebab Nobuo jadi anak angkat Nobukazu Kishi, anak sulung Nobusuke Kishi (PM Jepun 1957-1960).
Ayah Shinzo & Nubuo (Shintaro Abe) kahwin anak Nobusuke, Yoko Kishi.
Yang menariknya, Nobusuke sendiri pun jadi anak angkat orang. Nama asalnya Nobusuke Sato.
Adiknya Eisaku Sato kemudian menjadi PM dari tahun 1964-1972.
In fact ayah Shintaro Abe pun di-groom jadi PM sejak jadi menantu Nobusuke Kishi. Tapi malangnya Shintaro kena sailang dengan kawannya Noboru Takeshita yang jadi PM 1987-1989.
Jadi dari muda lagi Shinzo Abe menghadapi stress luar biasa untuk jadi PM.
Ia hari untuk memperingati kelahiran sebuah negara-bangsa baharu (new nation) bernama Malaysia.
Dan kelahiran new nation ini sedikit pun tak mudah. Malah lebih mencabar berbanding merdeka dari British.
Kalau nak merdeka kita perlu lawan British saja. Malah tak perlu lawan sangat pun, boleh berunding. British selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945) dah nyawa-nyawa ikan. Decolonization soal awal atau lambat saja.
Penubuhan Malaysia lain. Kita kena berdepan dengan banyak musuh sekali gus. Musuh yang tak mahu berunding. Musuh yang dimotivasi oleh "irredentism" yang tak rasional.
Hari ini adalah ulang tahun ke-27 Perjanjian Oslo (Oslo Accord) yang dimeterai antara Israel dan Palestin pada 13 September 1993.
Sementara isu Palestin kembali hangat, elok kita ulang kaji sejarah perjanjian ini dan memahami kerumitan konflik Israel-Palestin.
Wakil Palestin dalam Perjanjian Oslo ialah Yasser Arafat, pemimpin Palestinian Liberation Organization (PLO) yang diiktiraf oleh dunia sebagai pemimpin Palestin yang sah.
PLO diasaskan pada tahun 1964 untuk membebaskan Palestin menerusi perjuangan bersenjata menentang Israel. Ada banyak kumpulan dalam PLO, yang terbesar ialah Fatah yang dipimpin oleh Arafat.