Sebelum menjadi Menteri, saya terlibat di dalam ruang aktivisme pendidikan selain mengajar di universiti.
Melihat pendidikan sebagai seorang aktivis yang tidak bergelut di dalam sistem yang sebenar mempunyai limitasinya sendiri.
Sudut pandang saya terhad.
Saat saya melangkah masuk ke Pejabat Menteri, dan saat saya turun ke sekolah-sekolah bermula pada hari pertama saya bekerja, sudut pandang saya berubah.
Masalah pendidikan bukan hanya selapis yang disangka, tetapi sangat rumit dan mengakar.
Ketika kita berdebat tentang sistem pendidikan dengan wacananya yang ragam dan mencapah, lebih 1 juta anak Malaysia sebenarnya tidak bersekolah.
Ketika kita mempersoal tentang sikap guru mengajar anak kita, ketika itu sebenarnya ada 2.7 juta anak-anak dari keluarga miskin yang tidak cukup duit belanja untuk ke sekolah.
Belum lagi kita bicara soal ratusan sekolah yang masih daif, fasiliti-fasiliti asas yang tidak mencukupi, juga beban-beban tambahan yang terpaksa digalas guru ketika mereka sepatutnya boleh mengajar dengan tenang dan gembira.
Semua ini adalah lapis-lapis masalah yang terangkum dalam isu yang lebih besar yang terkait dengan isu kemiskinan, isu sosial, isu keluarga dan isu politik sebelum ianya membengkak dan membarah sehingga ke dalam sekolah kita hari ini.
Dan ketika Covid-19 datang tanpa diduga, 2.4 juta rakyat yang kehilangan kerja; apakah ia tidak memberi kesan kepada pendidikan anak-anak kita semua?
Apakah 2.7 juta anak-anak miskin ini mampu belajar dalam keadaan ketiadaan peranti dan kuota internet yang tidak mencukupi?
Ketika kita semua gusar dan khuatir dengan kelembapan ekonomi kita yang sudah jatuh ke tahap defisit, ketika itu jugalah tahap pendidikan anak kita juga telah terkompromi, samada secara sengaja ataupun tidak.
Sedangkan kita semua tahu malah menyedari; pendidikan itu tonggak pembinaan negara. Rosak pendidikan, rosak masa depan, rosak negara.
Justeru, apakah kita tidak boleh melakukan apa-apa?
Saya tidak percaya kepada kemustahilan.
Saya yakin, sentiasa ada ruang yang membolehkan kita sama-sama bekerja, menggembleng tenaga, bahu-membahu, melabur semampu yang mungkin upaya kita untuk mengubah keadaan ini.
Kerana pendidikan ialah untuk semua, tanggungjawab semua.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Akar kepada pendidikan itu pahit, tetapi buahnya sangat manis.”
Mengamati situasi sukar yang kita hadapi hari ini ketika 38,189 rakyat Malaysia positif Covid-19 & 279 daripadanya telah meninggal dunia,
mengingatkan saya semula kepada kata-kata filsuf besar dunia ini.
Pendidikan sedang melalui perjalanan yang sangat mencabar ketika Covid-19 membantai kita semua.
Walaupun tak dapat dinafikan guru-guru sentiasa berkomitmen untuk terus mengajar secara dalam talian, tetapi realiti yang perlu kita hadam ialah kesan ekonomi akan memberi konsekuen langsung kepada usaha pendidikan.
Semakin bergelut keadaan ekonomi, semakin terjejas pendidikan.
Sehingga semalam, 590 pek makanan telah disampaikan. Pembahagian dilaksanakan dengan 30 penerima mengambil pek pada Selasa, 160 penerima mengambil pada hari Rabu dan seterusnya hampir 400 penerima lagi mengambil pek tersebut semalam.
Ini juga bermakna, sehingga hari ini sebanyak 590 keluarga mendapat manfaat dari projek ini. Dalam masa yang sama juga kita masih mempunyai 410 pek lagi untuk diedarkan.
Berikut adalah gambar sewaktu agihan dijalankan. Semuanya dilaksanakan mengikut SOP penjarakan sosial sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Berikut dilampirkan laporan projek Kita Jaga Sabah oleh Rejuvenasi Pendidikan; bantuan untuk meringankan beban warga Sabah yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang telah kita laksanakan beberapa minggu lalu bersama rakan strategik di sana iaitu Semporna Heroes.
Sebanyak RM 52,365.04 telah berjaya dikumpulkan dalam masa 6 hari dan disumbangkan oleh seramai 25,776 rakyat Malaysia seluruh negara.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 93.2% atau RM 50,720 telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Pecahannya adalah seperti berikut;
1000 pek barangan dapur telah berjaya diedarkan di kawasan yang terjejas seperti di kampung dan rumah warga yang memerlukan.
Manakala 1000 botol sanitizer, 1000 pelitup muka & 1000 PPE telah diedarkan kepada sukarelawan yang terlibat dengan pengedaran.
Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.
Ini bebenang:
UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.
Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.
MEMAHAT SEJARAH: HARI YANG MENDUNG BUAT DEMOKRASI MALAYSIA
Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.
Bebenang:
Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.
Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima.