Laporan Awal Projek #SimpangTakLapo

Sehingga semalam, 590 pek makanan telah disampaikan. Pembahagian dilaksanakan dengan 30 penerima mengambil pek pada Selasa, 160 penerima mengambil pada hari Rabu dan seterusnya hampir 400 penerima lagi mengambil pek tersebut semalam.
Ini juga bermakna, sehingga hari ini sebanyak 590 keluarga mendapat manfaat dari projek ini. Dalam masa yang sama juga kita masih mempunyai 410 pek lagi untuk diedarkan.
Berikut adalah gambar sewaktu agihan dijalankan. Semuanya dilaksanakan mengikut SOP penjarakan sosial sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj Sarif dan pasukannya di Pejabat Parlimen Simpang Renggam yang bertungkus lumus memastikan sumbangan berjaya dilaksanakan dengan begitu baik sekali.
Sepertimana janji awal saya, kita semua akan pastikan tiada insan yang kelaparan dan tiada keluarga yang akan berlapar di Simpang Renggam.
Sekali lagi sempena hari Jumaat yang mulia ini, sama-sama kita menadah tangan mengangkat doa agar pandemik COVID-19 ini segera menghilang dan kita semua mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.

YB Dr Maszlee Malik
6 November 2020

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Maszlee Malik

Maszlee Malik Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @maszlee

7 Nov
Filsuf terkenal Greek, Aristotle pernah berkata:

“Akar kepada pendidikan itu pahit, tetapi buahnya sangat manis.”

Mengamati situasi sukar yang kita hadapi hari ini ketika 38,189 rakyat Malaysia positif Covid-19 & 279 daripadanya telah meninggal dunia, Image
mengingatkan saya semula kepada kata-kata filsuf besar dunia ini.

Pendidikan sedang melalui perjalanan yang sangat mencabar ketika Covid-19 membantai kita semua.
Walaupun tak dapat dinafikan guru-guru sentiasa berkomitmen untuk terus mengajar secara dalam talian, tetapi realiti yang perlu kita hadam ialah kesan ekonomi akan memberi konsekuen langsung kepada usaha pendidikan.

Semakin bergelut keadaan ekonomi, semakin terjejas pendidikan.
Read 13 tweets
6 Nov
Sebelum menjadi Menteri, saya terlibat di dalam ruang aktivisme pendidikan selain mengajar di universiti.

Melihat pendidikan sebagai seorang aktivis yang tidak bergelut di dalam sistem yang sebenar mempunyai limitasinya sendiri.

Sudut pandang saya terhad.
Saat saya melangkah masuk ke Pejabat Menteri, dan saat saya turun ke sekolah-sekolah bermula pada hari pertama saya bekerja, sudut pandang saya berubah.

Masalah pendidikan bukan hanya selapis yang disangka, tetapi sangat rumit dan mengakar.
Ketika kita berdebat tentang sistem pendidikan dengan wacananya yang ragam dan mencapah, lebih 1 juta anak Malaysia sebenarnya tidak bersekolah.
Read 11 tweets
4 Nov
Berikut dilampirkan laporan projek Kita Jaga Sabah oleh Rejuvenasi Pendidikan; bantuan untuk meringankan beban warga Sabah yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang telah kita laksanakan beberapa minggu lalu bersama rakan strategik di sana iaitu Semporna Heroes. Image
Sebanyak RM 52,365.04 telah berjaya dikumpulkan dalam masa 6 hari dan disumbangkan oleh seramai 25,776 rakyat Malaysia seluruh negara.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 93.2% atau RM 50,720 telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Pecahannya adalah seperti berikut;
1000 pek barangan dapur telah berjaya diedarkan di kawasan yang terjejas seperti di kampung dan rumah warga yang memerlukan.

Manakala 1000 botol sanitizer, 1000 pelitup muka & 1000 PPE telah diedarkan kepada sukarelawan yang terlibat dengan pengedaran.
Read 8 tweets
7 Jun
Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.

Ini bebenang:
UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.
Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.
Read 32 tweets
18 May
MEMAHAT SEJARAH: HARI YANG MENDUNG BUAT DEMOKRASI MALAYSIA

Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.

Bebenang:
Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.
Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima.
Read 20 tweets
15 May
Setiap kali Hari Guru tiba, pasti ada rasa sedih dan sayu menyelubungi hati saya.

Bebenang:
Saya sudah ceritakan banyak kisah waktu kecil saya, bersama dengan guru-guru yang banyak memberikan kesan dalam hidup saya.

Tetapi jarang sebenarnya saya bercerita momen saya ketika menjadi Menteri.
Masa mula-mula masuk ke pejabat dulu, saya isi hari-hari pertama saya dengan pergi ke sekolah.

Mulanya pihak Kementerian minta maklum mereka dahulu kerana sudah menjadi lumrah, pengurusan tertinggi akan ikut bersama.
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!