“Akar kepada pendidikan itu pahit, tetapi buahnya sangat manis.”
Mengamati situasi sukar yang kita hadapi hari ini ketika 38,189 rakyat Malaysia positif Covid-19 & 279 daripadanya telah meninggal dunia,
mengingatkan saya semula kepada kata-kata filsuf besar dunia ini.
Pendidikan sedang melalui perjalanan yang sangat mencabar ketika Covid-19 membantai kita semua.
Walaupun tak dapat dinafikan guru-guru sentiasa berkomitmen untuk terus mengajar secara dalam talian, tetapi realiti yang perlu kita hadam ialah kesan ekonomi akan memberi konsekuen langsung kepada usaha pendidikan.
Semakin bergelut keadaan ekonomi, semakin terjejas pendidikan.
Kepedulian kita terhadap pendidikan semakin terkesan apabila kita jenuh memikirkan perut yang kosong juga wang di kocek yang semakin susut.
Ketika ibu bapa bergelut untuk hidup, anak-anak pula sedang bergelut untuk belajar dalam norma baharu yang sangat janggal dan canggung.
Malah, ada yang lebih teruk, akses pendidikan terus terjejas kerana ketidakmampuan kewangan.
Sejak PKP dilaksanakan, 1 daripada 4 isi rumah di seluruh Malaysia tidak mempunyai pekerjaan, menjadikan kadar pengangguran meningkat 5 kali ganda berbanding tahun lepas.
4 daripada 10 isi rumah sekurang-kurangnya mempunyai seorang ahli keluarga yang tidak bekerja.
Manakala yang bekerja pula, lebih separuh daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia tidak mempunyai perlindungan pekerjaan.
Kesemua situasi ini berimbal balas pula kepada tahap kepedulian isi rumah terhadap pendidikan.
Apa yang paling menyedihkan, sejak Covid-19 memerangi kita semua, perbelanjaan untuk pendidikan terus merosot drastik.
Bayangkan pada Disember 2019, setiap isi rumah di Malaysia paling-paling kurang berbelanja sebanyak RM382 sebulan untuk pendidikan.
Namun pada Jun ini, daripada RM382, setiap isi rumah telah mengurangkan kos belanja sehingga hanya RM52 dibelanjakan setiap bulan untuk pendidikan.
Perbelanjaan untuk penddidikan ini telah berkurang sebanyak -84% daripada tahun lepas.
Beritahu saya, adakah pengurangan drastik ini tak memberi kesan kepada pendidikan anak-anak kita?
Saya tak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada pendidikan mereka sekiranya ini berterusan.
Inilah perihal yang saya sebutkan dalam hantaran yang lepas, bagaimana masalah pendidikan sebenarnya telah menjalar hingga ke akar-akarnya, dan bagaimana lebarnya jurang ekonomi akan melebarkan juga jurang akses terhadap pendidikan.
Semakin miskin isi rumah, semakin tak mampu untuk mereka berbelanja membayar yuran pengajian dan sebagainya.
Realiti itu terus berputar dan kadar kemiskinan semakin bertambah selagi mana Covid-19 tidak dihapuskan.
Tanpa komitmen yang padu oleh semua pihak, nasib pendidikan anak-anak kita akan terus menjadi tanda tanya.
Hanya dengan usaha yang menyeluruh, kerjasama yang berterusan merentas perbedaan sahaja nasib pendidikan anak-anak ini dapat kita bela & harapan untuk mereka terus menyala.
Ya, kita sedang berada di dekad-dekad kacau dan mencabar, tetapi mengalah bukan pilihan yang kita ada.
Kerana pada jalan payah, akan ada hasil yang manis dan indah.
Insya-Allah.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sehingga semalam, 590 pek makanan telah disampaikan. Pembahagian dilaksanakan dengan 30 penerima mengambil pek pada Selasa, 160 penerima mengambil pada hari Rabu dan seterusnya hampir 400 penerima lagi mengambil pek tersebut semalam.
Ini juga bermakna, sehingga hari ini sebanyak 590 keluarga mendapat manfaat dari projek ini. Dalam masa yang sama juga kita masih mempunyai 410 pek lagi untuk diedarkan.
Berikut adalah gambar sewaktu agihan dijalankan. Semuanya dilaksanakan mengikut SOP penjarakan sosial sepertimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebelum menjadi Menteri, saya terlibat di dalam ruang aktivisme pendidikan selain mengajar di universiti.
Melihat pendidikan sebagai seorang aktivis yang tidak bergelut di dalam sistem yang sebenar mempunyai limitasinya sendiri.
Sudut pandang saya terhad.
Saat saya melangkah masuk ke Pejabat Menteri, dan saat saya turun ke sekolah-sekolah bermula pada hari pertama saya bekerja, sudut pandang saya berubah.
Masalah pendidikan bukan hanya selapis yang disangka, tetapi sangat rumit dan mengakar.
Ketika kita berdebat tentang sistem pendidikan dengan wacananya yang ragam dan mencapah, lebih 1 juta anak Malaysia sebenarnya tidak bersekolah.
Berikut dilampirkan laporan projek Kita Jaga Sabah oleh Rejuvenasi Pendidikan; bantuan untuk meringankan beban warga Sabah yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang telah kita laksanakan beberapa minggu lalu bersama rakan strategik di sana iaitu Semporna Heroes.
Sebanyak RM 52,365.04 telah berjaya dikumpulkan dalam masa 6 hari dan disumbangkan oleh seramai 25,776 rakyat Malaysia seluruh negara.
Dari jumlah tersebut, sebanyak 93.2% atau RM 50,720 telah digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Pecahannya adalah seperti berikut;
1000 pek barangan dapur telah berjaya diedarkan di kawasan yang terjejas seperti di kampung dan rumah warga yang memerlukan.
Manakala 1000 botol sanitizer, 1000 pelitup muka & 1000 PPE telah diedarkan kepada sukarelawan yang terlibat dengan pengedaran.
Semalam, 5 Jun 2020, YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.
Ini bebenang:
UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.
Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.
MEMAHAT SEJARAH: HARI YANG MENDUNG BUAT DEMOKRASI MALAYSIA
Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.
Bebenang:
Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.
Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima.