brc.my Profile picture
7 Nov, 15 tweets, 3 min read
MAMPU BERTAHAN SELAMA 8 TAHUN SAHAJA, INI PUNCA KENAPA IKEA GAGAL DI JEPUN

Tahun 1974, IKEA buka cawangan pertama mereka di luar tanah Eropah iaitu di Nagakute, Jepun.

Ini merupakan cawangan ke-5 IKEA selepas Sweden, Norway, Denmark & Switzeland.

Kenapa Jepun?

[THREAD]
Zaman 70an Jepun sangat pesat membangun sebagai negara industri.

Mereka kerja keras untuk naikkan ekonomi selepas kekalahan perang dunia kedua.

IKEA nampak pasaran di negara matahari terbit ni sebagai satu peluang.

2/15
Sebelum buka, mereka kaji pasaran Jepun & mendapati rakyat Jepun sangat pentingkan masa.

Jadi mereka ambil keputusan untuk bina kedai dalam saiz yang kecil.

Orang Jepun tak suka habiskan masa lama-lama dalam kedai besar.

Kalau boleh, datang beli barang dan balik.

3/15
Tapi selepas 8 tahun, IKEA dilihat gagal untuk tawan hati rakyat Jepun.

Mereka menutup operasi di Jepun pada tahun 1986.

Dah buat kajian pun IKEA boleh gagal?

4/15
Sebab paling UTAMA adalah IKEA dilihat belum cukup kenal kenapa orang Jepun sangat sayangkan MASA.

Banyak perkara yang mereka terlepas pandang, selain dari saiz kedai semata-mata.

Antaranya:

5/15
1. Perabot pasang sendiri bukan pilihan orang Jepun.

Zaman tu mana ada beli barang kena pasang sendiri.

Semua dah siap.

Budaya pasang perabot ni memang tak kena dengan jiwa mereka yang sentiasa nak cepat.

'Its about time!'

6/15
2. Reka bentuk perabot tak sesuai dengan gaya hidup rakyat Jepun.

Tradisi IKEA, hampri 90% barangan di setiap cawangan seluruh dunia adalah sama.

Apa yang dijual di Sweden, ada dijual di Norway, Denmark, Switzeland dan terkini Jepun.

7/15
Tiada perabot gaya Jepun dijual di IKEA.

Bagi mereka, buang masa je pergi IKEA. Ditambah lagi saiz rumah di Jepun rata-ratanya kecil, mana muat perabot saiz Eropah.

8/15
3. Harga murah, kualiti pun murah!

Orang Jepun ni rumah je kecil, tapi tetap ada 'taste' dan berduit.

IKEA hasilkan perabot mampu milik dengan bahan murah & mudah diganti kalau rosak.

9/15
Tapi mindset orang Jepun pula, biar mahal asalkan boleh pakai lama.

Nak kena ganti dan repair ni semua buang masa.

Lagipun kalau nak tukar baru, takde ruang nak simpan.

10/15
"IKEA was definitely not ready for Japan at that time", ini komen ringkas Ketua Operasi IKEA Jepun, Tommy Kullberg.

Pedih tapi itulah hakikatnya, mereka belum cukup bersedia dengan pasaran Jepun.

11/15
20 tahun kemudian IKEA kembali buka operasi di Jepun selepas 5 tahun kaji pasaran di sana.

Mereka kaji macam mana rupa bentuk rumah orang Jepun, cara mereka masak, cara mereka mandi, cara mereka simpan barang.

12/15
Kalau sebelum ni trend pasang perabot dilihat sebagai buang masa, IKEA twist dengan kempen 'A house is not just for sleeping, a house for fun'.

IKEA berjaya didik orang Jepun menerusi kempen ini. Aktiviti 'DIY' ini dilihat sebagai aktivit yang menyeronokkan.

13/15
IKEA makin lama makin mendapat tempat di hati orang Jepun.

Hasilnya, terkini mereka dah buka 9 cawangan di sana dan dalam perancangan untuk cawangan ke-10.

Gila kan?

14/15
Apa yang boleh kita belajar?

Jangan mulakan dengan produk, mulakan dengan pelanggan dahulu.

Kita WAJIB kenal siapa pelanggan kita supaya kita tahu apa produk yang sesuai dengan hati pelanggan.

#kenalpelanggan
#bebenangbrc

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with brc.my

brc.my Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @brcdotmy

6 Nov
NASIHAT UNTUK USAHAWAN.

Serabut VS Taksub.

Jangan sampai serabut belajar dari banyak sumber.

Bukan salah sumber. Salah kita sendiri tak reti memproses.

Kita boleh belajar dari banyak tempat berlainan sumber & BERLAWANAN sudut pandang.

1/5
Tak salah nak berguru dengan ramai sifu.

Tak salah nak join macam-macam seminar atau kelas.

Cuma kena pandai proses sendiri. Cari jalan sendiri setelah meraikan banyak sudut pandang.

Tiada masalah.

2/5
Tapi jangan sampai taksub belajar dari satu sumber dan menolak yang lain.

Bukan salah sumber. Salah kita taksub tak tentu hala.

Kita boleh belajar dari satu sumber untuk satu langkah demi langkah jelas. Belajar ikut cara itu. Buat dulu.

3/5
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!