Trump kalah.

Dunia akan lebih aman ke macam mana?

Apa impak yang akan Joe Biden bawa kepada politik antarabangsa?

Ini thread.
Kita recap dasar2 luar Trump:

1. Mengubah dasar pro-perdagangan bebas & globalisasi: menarik US keluar dari Trans-Pacific Partnership (TPP), merunding semula NAFTA antara US, Canada & Mexico. Menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China.
2. Menarik US keluar dari institusi antarabangsa yang dianggap tak menepati kepentingan US: Paris Agreement (pasal perubahan iklim), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
3. Mencari gaduh dengan China: menyekat teknologi 5G Huawei, menyekat TikTok. Menubuhkan pakatan Indo-Pacific dengan Jepun, India dan Australia untuk mengekang pengaruh China. Sokong Taiwan lawan China (enemy of my enemy is my friend).
4. Menjadi presiden US pertama yang berjumpa dengan pemimpin Korea Utara (Kim Jong-un). Dengan berbaik-baik dengan Korea Utara yang merupakan sekutu dan jiran China, Trump harap dapat memberi tekanan maksimum kepada China.
5. Meredakan ketegangan dengan Russia: hubungan US-Russia tidak lagi setegang zaman Obama. Hubungan US dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula jadi makin renggang sebab kepentingan strategik NATO untuk mengekang kuasa Russia berkurang.
6. Menarik keluar tentera US di Syria, Iraq dan Afghanistan. Pembunuhan Abu Bakar al-Baghdadi kepala ISIS menjadikan US tidak lagi perlu stay di Syria dan Iraq. Berdamai dengan Taliban supaya US boleh berundur dari Afghanistan.
7. Menyatukan Israel & negara2 Arab menentang Iran. Mengiktiraf pendudukan Israel ke atas Jerusalem dan Lembah Sungai Jordan. Menarik US keluar dari perjanjian nuklear Iran tahun 2015. Kenakan sekatan ke atas Iran, membunuh Qasem Soleimani untuk paksa Iran berunding semula.
Selain No. 3 & 7, elit dasar luar (foreign policy establishment) di US anggap semua dasar Trump ni dasar palatao, bid'ah dalalah.

Elit dasar luar ini termasuk kakitangan kementerian luar (States Department), pertahanan, CIA, ahli akademik yang menjadi pakar runding kerajaan.
Selama 70 tahun yang lepas, majoriti elit ini terdiri daripada golongan "liberal internationalist" yang berpegang kepada "liberal internationalism", iaitu set kepercayaan bahawa prinsip2 seperti perdagangan bebas, penyebaran demokrasi akan membawa kepada keamanan dunia.
Liberal internationalism muncul semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), apabila Presiden Woodrow Wilson membawa US masuk ke perang.

Sebelum tu, US mengamalkan "isolationism". Tak ambil tahu pasal hal dunia, hanya jaga kepentingan diri & perkembangan rantau terdekat (Amerika).
Tapi Wilson nak US kena mainkan peranan lebih besar untuk "make the world safe for democracy".

Wilson mencadangkan sebuah Liga Bangsa (League of Nations) ditubuhkan bagi kawal tindak-tanduk negara. Tapi idea ni tak dapat sambutan di kalangan rakyat US yang masih isolationist.
US kekal jadi isolationist sehingga Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) membawa US masuk ke WW2 selepas US diserang oleh Jepun pada tahun 1941.

Kali ini, Roosevelt mencadangkan Liga Bangsa 2.0 iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Pemenang WW2 iaitu US, UK, USSR (Russia), China dan Perancis menjadi "policemen" dunia dengan mengetuai majlis keselamatan PBB/UN sebagai ahli tetap yang ada kuasa veto.

Tapi disebabkan US yang cadang dan US paling kuat, US lah policeman paling senior.
Bank Dunia, IMF, WTO (nama asal GATT) juga ditubuhkan. US yang set peraturan. WTO promote perdagangan bebas. IMF promote US Dollar. UN promote norma demokrasi & human rights yang difahami oleh US.

"Liberal international order" ini menjadikan US adikuasa atau "hegemon" dunia.
Kedua-dua Wilson & Roosevelt adalah Democrat. Jadi liberal internationalist mostly ada dalam Democrat.

Republican pula berpecah kepada isolasionist (Old Right) yang mahu kekalkan status quo, dan internationalist (New Right) yang sependapat dengan liberal internationalist.
Slowly Old Right (juga dikenali sebagai paleoconservative/paleocon) makin sedikit, New Right (juga dikenali sebagai neoconservative/neocon) makin dominan.

Neocon ni paling dominan zaman George W. Bush. Diorang pakai alasan nak "democratize" Iraq dengan menggulingkan Saddam.
Berbeza dengan liberal internationalis pakai institusi seperti UN untuk promote nilainya, neocon pakai kereta kebal dan pesawat pengebom.

Tapi matlamat tetap sama. Kedua-dua berpendapat bahawa ialah US ada "tanggungjawab moral" untuk memimpin dunia.
Datangnya Trump, konsensus internationalist ini ditunggangbalik.

Dia gelar penyokong perdagangan bebas sebagai "globalis", mempotret diri sebagai "nasionalis" yang mendahulukan kepentingan US berbanding kepentingan syarikat multinasional yang mahu perdagangan bebas.
Trump anggap campur tangan US di Timur Tengah tak mendatangkan manfaat: "We are NOT the policemen of the world."

Liberal internationalist campur tangan sebab "demokrasi". Neocon campur tangan sebab minyak. Trump tak minat sebar demokrasi, dan US kini pengeluar minyak no. 1.
Bila Trump didesak oleh liberal internationalist dan neocon untuk campur tangan di Syria bagi jatuhkan Assad, Trump setakat pergi serang one-off 2 kali (April 2017 & 2018) untuk cukupkan syarat.
Keputusan Trump untuk keluar Syria membuat menteri pertahanan Jim Mattis letak jawatan. Berdamai dengan Taliban juga membuat penasihat keselamatan John Bolton letak jawatan. Dua-dua ni pro-war.
Trump tak ambil kira faktor ideologi dalam berdialog dengan "musuh" US. Dia pergi berpelukan dengan Putin dan Kim Jong-un yang dianggap sebagai "autocrat" oleh liberal internationalist dan neocon.
Kecuali pendirian pro-Israel tu sama dengan semua presiden sebelumnya. Sebab penyokong Republican ni kebanyakannya Evangelical Christian yang menganggap negara Israel yang didirikan pada tahun 1948 sama dengan Israel dalam ramalan Bible.
Jadi di mata elit dasar luar, Trump sedang merosakkan liberal international order, membolehkan kebangkitan semula Russia yang pernah mencabar US ketika Perang Dingin 1945-1991.

Diorang attack Trump. Mendakwa Trump sebagai boneka Russia, kena beli oleh Putin untuk sabotaj US.
Mula2 nak impeach Trump kononnya berkomplot dengan Russia untuk menang pilpres 2016. Tapi hasil siasatan Mueller buktikan sebaliknya.

Impeachment pasal Ukraine pun tak berjaya.

Jadi diorang nekad menewaskan Trump pada 2020. Kalau tak habis status US sebagai adikuasa dunia.
Democrat mencalonkan Joe Biden yang merupakan seorang liberal internationalist untuk lawan Trump dalam pilpres 2020.

Dia ni orang lama "The Establishment". So kalau dia menang, agenda liberal internationalism akan dihidupkan kembali serta-merta. Tak perlu ada orientasi bagai.
Salah satu sebab Bernie Sanders dipinggirkan sebab dia bukan liberal internationalist, pandangan pun ke arah isolationism macam Trump juga. Cuma dia kurang agresif sikit dan tak pro-Israel.
Biden kira yang terpaling liberal internationalist di kalangan Democrat bersama-sama Hillary Clinton. Obama di tengah-tengah antara Biden/Hillary dan Sanders.
Selaku senator, kedua-dua Biden dan Clinton mengundi menyokong Perang Iraq tahun 2003. Malah Biden ialah pengerusi Jawatankuasa Ehwal Luar di Senate ketika itu.
Walaupun liberal internationalist cenderung kepada institusi dan "peraturan", tapi diorang tak teragak-agak mengguna kekerasan terhadap musuh/negara yang dianggap tak demokratik.

Malah diorang anggap niat "mempertahankan dan menyebar demokrasi" menghalalkan segala tindakan.
Sebab itu walaupun Obama kritik Bush melancarkan Perang Iraq (antara modal dia untuk bantai Hillary masa merebut jadi calon 2008), dia sendiri pun campur tangan di Libya dan jatuhkan Gaddafi atas nama "demokrasi".

Liberal internationalist & neocon = two sides of the same coin.
Maka tak hairan sejumlah bekas ahli kabinet Bush menubuhkan "43 Alumni for Biden" (43 merujuk kepada Bush Presiden ke-43).

Bekas staf Hillary seperti Susan Rice & Samantha Power yang merupakan arkitek Ops Libya pun dijangka akan dilantik ke dalam kabinet Biden.
Jadi, Biden akan reverse dasar Trump sebelum ini dengan:

1. Kembali menyokong perdagangan bebas dan globalisasi, mengekalkan sokongan kepada WTO. Mungkin akan join TPP balik, tapi secara berhati-hati sebab TPP memang tak popular di kalangan pengundi blue-collar.
2. Kembali menyertai Paris Agreement, WHO dan UNESCO bagi menonjolkan kepimpinan US.

3. Kembali berseteru dengan Russia. Memperbaiki hubungan dengan NATO (yang dirosakkan di zaman Trump) untuk tekan Russia. Zaman Trump China China China, zaman Biden Russia Russia Russia.
4. Kurang bergaduh dengan China. Bukan tak ada (Obama yang mula bercampur tangan isu LCS) cuma slow sikit sebab Russia musuh lagi utama. Masih akan menekan China pasal human rights di Hong Kong & Xinjiang.

5. Tiada lagi bromance dengan KJU. Semenanjung Korea kembali tegang.
6. Kembali sibuk di Timur Tengah. Biden dah kata dia tak akan tarik keluar semua tentera dari Afghanistan dan Iraq tapi akan letak Special Ops (untuk pastikan usaha Bush dan Obama bertahun-tahun tak disia-siakan).
Di Syria, Biden akan teruskan "Assad must go", lemahkan atau jatuhkan Assad yang merupakan sekutu tegar Russia dan penghalang cita-cita Israel.

Kehadiran US di Syria adalah penting bagi meneruskan dasar Obama-Biden untuk sokong Kurd.
Berbeza dengan Trump yang tarik sokongan bagi memperbaiki hubungan US-Turki. Turki pun akan dipaksa untuk buat pilihan antara NATO atau Russia. Zaman Trump boleh lah Erdogan main dua-dua sebab Trump OK dengan Russia.
7. Biden kemungkinan besar tak akan tarik balik pengiktirafan US terhadap pendudukan Israel di Jerusalem. Benda tu dari zaman Bill Clinton (1993-2001) nak buat, cuma tak ada political will (tak berani lah). Elok lah Trump tolong buat dirty job.
Naib Presiden Kamala Harris pun terkenal sebagai Zionis tegar yang kata akan memberi "unconditional" dan "unbreakable support" kepada Israel, Israel ada "right to defend" (same old same old).
Cuma Biden kata nak join balik perjanjian nuklear Iran. Israel dan Saudi tak berapa happy dengan tu. Dulu lepas Obama sign terus diorang merajuk pergi berkawan dengan Russia. Hasil daripada itu, Russia dan Saudi mula bekerjasama dalam bidang nuklear dan pertahanan.
Biden juga kata dia akan tarik sokongan US kepada Saudi dalam Perang Yaman, walaupun Saudi memulakan perang pun dapat restu Obama-Biden.

Sebab kes pembunuhan Jamal Khashoggi tahun 2018 menyebabkan public outcry di US. Biden sebagai liberal tak boleh buat tak tau macam Trump.
Jadi, US di bawah Biden = US lama.

Iaitu US yang suka preach demokrasi & hak asasi untuk menghalalkan tindakannya, termasuk kekerasan, demi capai global dominance.

Berbeza dengan Trump yang tak preach, terus-terang dengan kepentingannya, dan tak obses dengan "US leadership".
US leadership ni bagus ke tak bagus? Bergantung.

Dalam hal perdagangan dan institusi antara negara, memang kena ada leadership. Bila US yang set rule tapi Trump tak ikut rule, semua orang rasa serabut dan tak tau nak react macam mana. Itu destabilize dunia.
Tapi leadership yang tak dicabar juga mengancam kedaulatan dan kebebasan negara. Zaman Trump kita kurang sikit dengar lecture US. Now benda tu akan kembali.
Cuma Biden berdepan dengan banyak kekangan. Senate masih dikuasai Republican. Presiden yang tak control Senate ni "lame duck", hampir tak berfungsi.

Anti-globalisme yang dihidupkan oleh Trump walaupun dikalahkan, tapi belum mati.

Maybe the end of US hegemony is inevitable?
*Penulisan akademik pasal liberal internationalism banyak. Yang pro macam John Ikenberry, yang anti macam John Mearsheimer. Tulisan akademik yang puji dasar luar Trump pun ada, baca Randall Schweller (dia ni prominent scholar, jangan panggil orang profesor kangkung pulak)

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Ayman Rashdan Wong Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AymanRashdanW

2 Nov
Dalam 24 jam lagi, rakyat US akan mengundi presiden bagi tahun 2021-2024.

By tengahari Rabu kita akan tau samada Donald Trump (Parti Republican) kekal, atau diganti oleh Joe Biden (Parti Democrat), naib presiden 2009-2016.

Siapa akan menang?

Ini thread.
Kalau ikut poll (pungutan suara), Biden dah berbulan-bulan mendahului Trump.

Poll CNN terkini kata 52% akan undi Biden. 42% undi Trump.

Tapi orang sekarang skeptik sikit dengan poll. Sebab tahun 2016 poll pun cakap Hillary Clinton sure win. Last-last Trump menang.
Waktu tu The New York Times siap kata 92% peluang Clinton menang. Majalah Newsweek dah siap print cover "Madam President".

Sebab mainstream media yang buat poll ni, CNN ke, NYT ke, MSNBC ke, kebanyakannya pro-Democrat.
Read 27 tweets
30 Oct
2 minggu ni hangat pasal Perancis.

Bukan pasal Emily in Paris, tapi kes pembunuhan Samuel Paty serta kesan-kesannya.

Nak faham isu ini, kena faham dulu konsep yang dipanggil 'laïcité'.
Bagi yang dah lost atau tak follow isu ini, ini ceritanya:

Ada seorang guru bernama Samuel Paty tunjuk kartun menghina Rasulullah S.A.W. (yang diterbitkan oleh majalah Charlie Hebdo) dalam kelasnya.
Paty ada mintak pelajarnya yang beragama Islam, yang mungkin rasa tak selesa dengan tindakan tersebut untuk keluar dari kelas.

Tapi, bila kejadian itu tersebar, Paty dibunuh pada 16 Oktober, oleh seorang imigran Muslim dari Chechen yang marah dengan tindakannya.
Read 26 tweets
29 Sep
Atas permintaan ramai, aku ulas sikit je lah perang Armenia-Azerbaijan yang tercetus sejak Ahad lalu.

Sebenarnya konflik Armenia-Azerbaijan bukan baru. Selang 2 tahun akan berperang. 2008, 2010, 2012, 2014, 2016, 2018. Paling teruk tahun 2016, mengorbankan hampir 200 nyawa.
Punca konflik ialah perebutan ke atas kawasan Nagorno-Karabakh yang majoriti etniknya orang Armenia, walaupun ia berada dalam sempadan Azerbaijan (yang majoritinya orang Azeri).
Orang Armenia adalah orang Kristian, Azeri adalah penganut Syiah. Cuma Azeri kat Azerbaijan ni kebanyakan tak religious, negara pun sekular.
Read 33 tweets
23 Sep
Demokrasi berparlimen (parliamentary democracy) bukan sistem yang stabil.

Kerajaan ('eksekutif') dibentuk daripada parti atau gabungan parti (coalition) yang ada majoriti di badan perundangan ('legislatif'). Kerajaan berubah apabila coalition di legislatif (parlimen) berubah.
Sebab tu kita tengok PM di Jepun dan Itali asyik bertukar-tukar. Dari tahun 2000-2020 Jepun ada 10 PM. Itali pun sama, ada 9 PM dalam masa 20 tahun. Secara purata seorang boleh bertahan 2 tahun saja.
Australia pernah ada "The Year of Three Prime Ministers" pada tahun 2013. Mula2 Julia Gillard disingkirkan sebagai ketua parti Labor, jawatan PM diganti oleh Kevin Rudd. Pastu tak sampai 3 bulan, Labor kalah PRU, Rudd diganti oleh Tony Abbott dari parti Liberal.
Read 15 tweets
20 Sep
Di Thailand sedang berlaku protes besar-besaran membantah kerajaan tentera pimpinan Prayut Chan-o-cha.

Thailand tak asing dengan protes anti-kerajaan. Apa yang 'asing' kali ini ialah permintaan memperbaharui/memansuhkan sistem raja.
Kerajaan Prayut bukan kerajaan yang popular sebab ia naik menerusi rampasan kuasa tahun 2014 yang menggulingkan Yingluck Shinawatra, adik Thaksin Shinawatra, mantan PM (2001-2006) yang juga digulingkan oleh tentera.
Walaupun ramai ingat Thaksin dan Yingluck korup, tapi diorang berdua ni sangat popular di kalangan orang-orang miskin (terutama di kawasan luar bandar Chiang Mai dan Isan) akibat dasar populis mereka yang pro golongan berpendapatan rendah.
Read 36 tweets
17 Sep
MenHan Jepun baharu, Nobuo Kishi tu sebenarnya adik Shinzo Abe.

Tapi kenapa surname "Kishi" bukan "Abe"?

Sebab Nobuo jadi anak angkat Nobukazu Kishi, anak sulung Nobusuke Kishi (PM Jepun 1957-1960).

Ayah Shinzo & Nubuo (Shintaro Abe) kahwin anak Nobusuke, Yoko Kishi. ImageImage
Yang menariknya, Nobusuke sendiri pun jadi anak angkat orang. Nama asalnya Nobusuke Sato.

Adiknya Eisaku Sato kemudian menjadi PM dari tahun 1964-1972. Image
In fact ayah Shintaro Abe pun di-groom jadi PM sejak jadi menantu Nobusuke Kishi. Tapi malangnya Shintaro kena sailang dengan kawannya Noboru Takeshita yang jadi PM 1987-1989.

Jadi dari muda lagi Shinzo Abe menghadapi stress luar biasa untuk jadi PM. Image
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!