brc.my Profile picture
18 Nov, 15 tweets, 4 min read
Kisah ini berlaku semasa temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.

PUMA melakukan serangan marketing 'mengejut' terhadap NIKE yang merupakan penaja utama temasya tersebut. Serangan ni menyebabkan PUMA menjadi lebih popular semasa satu acara utama di Rio.

Apa yang PUMA buat?
Antara atlet yang paling banyak dapat perhatian adalah Usain Bolt, manusia terpantas dunia.

Usain Bolt ditaja oleh PUMA sejak umur 15 tahun lagi.

Berapa PUMA bayar Usain Bolt?

10 juta euro setahun!

2/15
Malangnya...

Peraturan ketat syarat penajaan Sukan Olimpik menyebabkan hanya syarikat yang menjadi penaja utama Sukan Olimpik saja yang boleh gunakan platform Olimpik untuk 'marketing stunt' mereka.

3/15
Syarat ini dikeluarkan oleh International Olympic Committee (IOC). Siapa yang langgar bakal disaman oleh peguam IOC.

Walaupun Usain Bolt bakal menang emas acara 100m lelaki, PUMA tetap takde hak nak ucap tahniah di media sosial sekalipun.

Tapi...

4/15
Team marketing PUMA jumpa 'loophole' yang membolehkan mereka buat 'ambush marketing' tanpa disaman IOC.

Apa mereka buat?

Untuk acara 100m lelaki, Usain Bolt diberikan kasut spike berwarna emas.

Lepas menang, Usain Bolt buka kasut dan angkat tangan sambil bergambar.

5/15
Setiap gambar Usain Bolt lepas acara habis semua nampak kasut emas PUMA.

Setiap muka depan surat khabar, majalah, portal berita online ada gambar Usain Bolt dan kasut emas PUMA.

6/15
Di media sosial, PUMA tak ucapkan tahniah kepada Usain Bolt.

Sebaliknya, PUMA post gambar Usain Bolt dengan caption "When you are @Usain_Bolt, you are #ForeverFastest".

PUMA tak sebut langsung pasal kemenangan Usain Bolt di Sukan Olimpik.

7/15
Sejak dari itu, PUMA menjadi sebutan dan NIKE sebagai penaja utama dilihat agak tenggelam selepas acara utama ini berlangsung.

Taktik ini digelar sebagai 'ambush marketing' & biasa digunakan oleh pengiklan untuk dapat 'spotlight' tanpa perlu jadi official sponsor.

8/15
Pertama kali terma 'ambush marketing' digunakan oleh marketing strategist bernama Jerry Walsh pada tahun 1980 untuk syarikat American Express.

9/15
NIKE pun pernah buat ambush marketing semasa Euro 1996 dan Piala Dunia 1996 yang ketika itu ditaja oleh Umbro & Adidas.

Mereka telah membeli ruang iklan di sekitar bandar tuan rumah acara tersebut & menjadikan iklan mereka tepu dan berjaya tenggelamkan penaja utama.

10/15
Pada Olimpik London 2012, Beats by Dr Dre membekalkan headphone edisi khas union flag kepada atlit pasukan Great Britain.

Secara tak langsung para atlit mempromosikan jenama Beats By Dr Dre. Impaknya jualan mereka naik sehingga 42% selepas temasya Olimpik London.

11/15
Ambush marketing bukan saja terhad kepada acara sukan saja.

Pada tahun 2011 semasa pelancaran Iphone 4s di Apple Sydney, Australia, Samsung telah menyediakan satu 'pop-up store' berdekatan dengan Apple Store.

12/15
Mereka menawarkan harga Samsung Galaxy S II dengan hanya $2 AUD untuk 10 orang terawal. Iphone 4s dilihat sebagai pesaing kepada Galaxy S II, jadi mereka 'hijack' peminat model ini untuk beralih kepada Samsung.

13/15
Masa pelancaran Iphone 5, Samsung telah beli keyword pengiklanan dari platform carian gergasi seperti Google, Youtube dan juga di Twitter untuk mempromosikan Samsung Galaxy S III & Galaxy Note II. Hasilnya iklan Samsung muncul di semua iklan atau carian berkenaan Iphone 5.

14/15
Ini yang best pasal marketing.

Ada macam-macam cara kita boleh buat supaya produk kita dikenali & disukai walaupun ada ramai pesaing.

Silakan RT supaya ramai dapat manfaat dari cerita ini.

Suka konten macam ni?

Jemput follow twitter BRC ye.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with brc.my

brc.my Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @brcdotmy

7 Nov
MAMPU BERTAHAN SELAMA 8 TAHUN SAHAJA, INI PUNCA KENAPA IKEA GAGAL DI JEPUN

Tahun 1974, IKEA buka cawangan pertama mereka di luar tanah Eropah iaitu di Nagakute, Jepun.

Ini merupakan cawangan ke-5 IKEA selepas Sweden, Norway, Denmark & Switzeland.

Kenapa Jepun?

[THREAD]
Zaman 70an Jepun sangat pesat membangun sebagai negara industri.

Mereka kerja keras untuk naikkan ekonomi selepas kekalahan perang dunia kedua.

IKEA nampak pasaran di negara matahari terbit ni sebagai satu peluang.

2/15
Sebelum buka, mereka kaji pasaran Jepun & mendapati rakyat Jepun sangat pentingkan masa.

Jadi mereka ambil keputusan untuk bina kedai dalam saiz yang kecil.

Orang Jepun tak suka habiskan masa lama-lama dalam kedai besar.

Kalau boleh, datang beli barang dan balik.

3/15
Read 15 tweets
6 Nov
NASIHAT UNTUK USAHAWAN.

Serabut VS Taksub.

Jangan sampai serabut belajar dari banyak sumber.

Bukan salah sumber. Salah kita sendiri tak reti memproses.

Kita boleh belajar dari banyak tempat berlainan sumber & BERLAWANAN sudut pandang.

1/5
Tak salah nak berguru dengan ramai sifu.

Tak salah nak join macam-macam seminar atau kelas.

Cuma kena pandai proses sendiri. Cari jalan sendiri setelah meraikan banyak sudut pandang.

Tiada masalah.

2/5
Tapi jangan sampai taksub belajar dari satu sumber dan menolak yang lain.

Bukan salah sumber. Salah kita taksub tak tentu hala.

Kita boleh belajar dari satu sumber untuk satu langkah demi langkah jelas. Belajar ikut cara itu. Buat dulu.

3/5
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!