Harini nak share 4 Cara/Tips ringkas untuk ajar anak kecil kenal huruf hijaiyah & baca Iqra' 😇
Dalam thread ni saya sertakan sekali cadangan bahan belajar yang sesuai.
Kalau korang ada anak-anak usia 3-6 tahun atau anak saudara, jemput share. Semoga bermanfaat dunia akhirat 💫
1) Minat.
Usia 2-3 tahun boleh mula berikan anak-anak pendedahan huruf hijaiyah.
Bila anak dah biasa berkawan dengan huruf-huruf tu, umur 4 tahun nanti lebih mudah untuk dorang mula membaca Iqra' sebab 'character' huruf hijaiyah tu dah ada dalam memori, tak asing bagi dia.
Cadangan bahan belajar yang sesuai dan selamat untuk usia 2-3 tahun:
🧩 Wooden Puzzle :
Boleh main dengan pantauan ibu bapa. Bukan setakat belajar huruf sahaja, bila anak main puzzle, mereka akan belajar few other vital skills: How to 'grip', how to 'match', etc.