Harini nak share 4 Cara/Tips ringkas untuk ajar anak kecil kenal huruf hijaiyah & baca Iqra' ๐
Dalam thread ni saya sertakan sekali cadangan bahan belajar yang sesuai.
Kalau korang ada anak-anak usia 3-6 tahun atau anak saudara, jemput share. Semoga bermanfaat dunia akhirat ๐ซ
1) Minat.
Usia 2-3 tahun boleh mula berikan anak-anak pendedahan huruf hijaiyah.
Bila anak dah biasa berkawan dengan huruf-huruf tu, umur 4 tahun nanti lebih mudah untuk dorang mula membaca Iqra' sebab 'character' huruf hijaiyah tu dah ada dalam memori, tak asing bagi dia.
Cadangan bahan belajar yang sesuai dan selamat untuk usia 2-3 tahun:
๐งฉ Wooden Puzzle :
Boleh main dengan pantauan ibu bapa. Bukan setakat belajar huruf sahaja, bila anak main puzzle, mereka akan belajar few other vital skills: How to 'grip', how to 'match', etc.
๐ Flash Felt
Yang ini agak pricey sikit sebab material dia kain felt (boleh ikat jadi macam buku).
๐ฒDadu Gergasi (dadu ni ada huruf tambahan jawi).
Material kain cotton, tapi hurufnya kain felt.
Yang penting selamat untuk anak-anak kecil dan boleh basuh kalau kotor.
Ok next tips!
2) Pemilihan Buku Iqra.
Umur 4 tahun boleh mula baca buku. Buku ada pelbagai jenis. Setiap buku ada approach tersendiri. Ada yang mula dengan baris, tak kenalkan nama huruf. Ada yang kenalkan baris atas, kemudian terus ajar huruf bersambung.
Mana-mana pun ok.
Paling bagus kalau kita cari Iqra' yang menarik, berwarna warni, tulisannya jelas. Terutamanya kalau anak nampak belum bersedia nak membaca buku.
Buku ni kadang boleh buat dorang nervous. Tengok banyak tulisan satu page. Bila nervous, baca pun takut, risau salah.
Cadangan saya untuk buku Iqra', boleh guna Iqra' modern seperti Fun Furqan. Dalamnya ada Flash Card sekali, boleh flip tukar-tukar baris mana nak ajar.
Anak-anak di usia 4-6 tahun masih lagi 'explore' lidah dan sebutan mereka.
Tips:
๐ Fokus betulkan sebutan mereka pada huruf yang besar bezanya. Contoh:
ุฌู - ุฐู
ุณู - ุดู
ุถู - ุทู
๐ Untuk huruf yang agak sukar perbezaan makhrajnya untuk kanak-kanak, seperti:
ุบู - ุฑู
ุซู - ุณู
ุญู - ูู
ุฐู - ุฒู
Kita perlu sentiasa sebut dengan makhraj yang betul semasa ajar, tapi tidak perlu terlalu expect anak boleh ikut sepenuhnya. Semakin besar, sebutan akan semakin baik.
๐ Sama-sama hadap cermin semasa ajar makhraj. Bagi mereka tengok mulut mereka dan mulut kita semasa sebut huruf.
๐ Elak cakap pelat dengan anak. Biasakan anak sebut perkataan harian dengan betul. Sangat membantu untuk sebutan Iqra' nanti.
Susu (cucu/syusyuโ)
Jatuh (atuh โ)
4) Permainan.
Cuba guna pelbagai cara untuk ajar, terutamanya untuk anak yang agak sukar ingat huruf.
Contoh:
๐Tulis 5 huruf kat setiap jari dia, suruh dia tunjuk mana satu ุณู, ูู etc.
๐Susah nak ingat ูู. Tukar jadi lagu baby shark. Nyanyi sama-sama. "Wa.. wa.. wawawawawa"
๐ Kaitkan huruf dengan hidupan sekeliling. Contoh: Bunyi ุถู ni macam Dholphin (tekankan sebutan Dho).
Bunyi ุฑู ni macam "Roti" .
๐ Boleh try suruh dia betulkan kita. Kita bacakan dulu satu huruf/perkataan (buat buat salah sikit), biar dia betulkan. (Kecuali ayat Al-Qur'an)
Cadangan bahan permainan yang sesuai dan fun untuk belajar santai-santai:
๐ Magnetic Pad Hijaiyah
Magnet beads tu akan pop-up bila anak guna pen mata besi untuk tulis. Dalam masa yang sama, boleh latih otot lengan mereka untuk menulis.
Yang ini harganya RM59.
๐ Fun Furqan Wheel. Ini paling best! Korang boleh ajar dari baris asas, sampailah tanwin, tashdid, baris mati.