Kalau kita pernah mengumpat orang @ maki hamun seseorang di media sosial, cara bertaubat darinya adalah seperti berikut :
1- Jika orang itu tahu akan hal tersebut, maka keutamaannya kita berjumpa @ maklumkan sendiri kepada dia untuk meminta maaf.
2- Kalau orang tersebut tidak tahu, atau jika kita berjumpa akan menyebabkan masalah besar lain pula yang berlaku, maka memadai dengan kita beristighfar (memohon supaya Allah ampunkan) orang tersebut serta mendoakan kebaikan-kebaikan buat dirinya.
Maksudnya : Bertaubat dari ghībah (mengumpat) adalah dengan kamu memohon keampunan buat mereka yang kamu umpat.
Rujuk Bahjah Al-Majālis, Ibn ‘Abd Al-Barr (1/86)
3- Begitu juga, kita menceritakan kebaikan-kebaikan yang ada pada peribadi orang yang kita umpat atau maki tersebut, khususnya di majlis-majlis yang kita pernah mengumpatnya sebelum ini.
Ini kerana, Allah S.W.T berfirman :
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
Maksudnya : Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu, menghilangkan kejahatan.
Surah Hūd (114)
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Antara cara untuk mengelakkan keaiban kita terdedah ialah :
1- Banyakkan istighfār. Selain dari permohonan supaya Allah ampunkan dosa, istighfar juga bermaksud meminta Allah tutup aib kita. غَفَرَ bermaksud سَتَرَ (iaitu menutup keaiban).
2- Menutup aib orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :
Ada orang, menentang LGBT habis-habisan secara public, dalam masa yang sama dia publicisekan kehidupan dia yang berzina dengan ramai orang.
Ada orang, habis-habisan menentang dadah @ ganja, dalam masa yang sama dia sendiri publikkan amalan berjudi & minum arak.
Ia bukan soal, “tak apa, at least dia buat jahat, dalam masa yang sama dia tegur orang.”
Kerana, alasan yang sama pun boleh diguna oleh orang yang ditegur.
Aku buat begini tapi kau pun 2 x 5 sahaja.
Kau buat maksiat itu ikut nafsu, aku buat maksiat ini pun kerana nafsu juga
Sampai bila pun tak akan selesai isu ini.
Semua orang diuji dengan maksiat dan dosa. Cuma, jangan publikkan.
Ada beza antara orang yang buat dosa secara sembunyi, namun hatinya tak redha dengan apa yang dia buat, bahkan jauh di lubuk hatinya, berazam untuk tinggalkan dosa itu.