Maaf, saya terpaksa tegur secara terbuka.

1- Saya amat hargai usaha pemilik tweet ini. Saya yakin niatnya baik untuk kongsi berkenaan agama. Moga Allah ganjarkan pahala untuk niat tersebut.

2- Namun, ada beberapa yang mengelirukan tentang ‘fadilat’ surah ini yang dikongsikan.
3- Kenyataan : “Ada diceritakan dalam Al-Quran...” Persoalannya dalam surah apa & ayat ke berapa yang menyebutkannya ?

Setahu saya, TIDAK ADA kenyataan ini di dalam Al Quran.

3- Dialog antara malaikat dan surah Al-Mulk ini juga agak pelik. Pertama, di mana ia disebutkan ?
Dalam hadis kah ? Jika dalam hadis, adakah ia hadis sahih ?

Kedua, mengapa malaikat memanggil Al-Mulk dengan sebutan ahli kitab ?

4- Begitu juga kenyataan Al-Mulk kepada Allah : “Wahai Allah, aku adalah kitab Mu” ?

Amat tidak kena sebenarnya.
5- Saya merayu sangat agar kita tidak mudah mudah berkongsi perkara yang tidak bersumberkan dengan sumber yang sahih seperti ini.

6- Netizen kena lebih cakna dalam seluruh yang berkaitan dengan Agama. Jangan mudah percaya dan sebar perkara yang tiada asas.
7- Moga Allah rahmati kita semua.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

24 Nov
BAGAIMANA CARA MENUTUP AIB PERIBADI ?

Antara cara untuk mengelakkan keaiban kita terdedah ialah :

1- Banyakkan istighfār. Selain dari permohonan supaya Allah ampunkan dosa, istighfar juga bermaksud meminta Allah tutup aib kita. غَفَرَ bermaksud سَتَرَ (iaitu menutup keaiban).
2- Menutup aib orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya : Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di akhirat.

Riwayat Muslim (2580)
Manakala dalam riwayat Al-Tirmizi, disebut dengan lafaz :

سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya : Allah akan menutup keaibannya di dunia dan juga di akhirat.

Riwayat Al-Tirmizi (2945)
Read 5 tweets
23 Nov
CARA BERTAUBAT DARI MENGUMPAT

Kalau kita pernah mengumpat orang @ maki hamun seseorang di media sosial, cara bertaubat darinya adalah seperti berikut :

1- Jika orang itu tahu akan hal tersebut, maka keutamaannya kita berjumpa @ maklumkan sendiri kepada dia untuk meminta maaf.
2- Kalau orang tersebut tidak tahu, atau jika kita berjumpa akan menyebabkan masalah besar lain pula yang berlaku, maka memadai dengan kita beristighfar (memohon supaya Allah ampunkan) orang tersebut serta mendoakan kebaikan-kebaikan buat dirinya.
Ibn Al-Mubārak (w. 181 h.) berkata :

التَّوبَةُ مِنَ الغِيْبَةِ أَنْ تَسْتَغْفِرَ لِمَن اغْتَبْتَهُ

Maksudnya : Bertaubat dari ghībah (mengumpat) adalah dengan kamu memohon keampunan buat mereka yang kamu umpat.

Rujuk Bahjah Al-Majālis, Ibn ‘Abd Al-Barr (1/86)
Read 5 tweets
18 Apr
Coretan malam

Ada orang, menentang LGBT habis-habisan secara public, dalam masa yang sama dia publicisekan kehidupan dia yang berzina dengan ramai orang.

Ada orang, habis-habisan menentang dadah @ ganja, dalam masa yang sama dia sendiri publikkan amalan berjudi & minum arak.
Ia bukan soal, “tak apa, at least dia buat jahat, dalam masa yang sama dia tegur orang.”

Kerana, alasan yang sama pun boleh diguna oleh orang yang ditegur.

Aku buat begini tapi kau pun 2 x 5 sahaja.

Kau buat maksiat itu ikut nafsu, aku buat maksiat ini pun kerana nafsu juga
Sampai bila pun tak akan selesai isu ini.

Semua orang diuji dengan maksiat dan dosa. Cuma, jangan publikkan.

Ada beza antara orang yang buat dosa secara sembunyi, namun hatinya tak redha dengan apa yang dia buat, bahkan jauh di lubuk hatinya, berazam untuk tinggalkan dosa itu.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!