Bila ada resdung ni rasa gatal macam ulat-ulat tengah meranyap dalam hidung.
Buat rawatan resdung siap ada ulat-ulat lagi jatuh.
Betul ke ada ulat dalam hidung orang resdung?
Meh saya bongkarkan.
APA ITU RESDUNG?
Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.
Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
APA KOMPLIKASI RESDUNG?
Kebiasaannya sinusitis bermula dengan ‘allaergic rhinitis' sebelum menjadi 'acute atau chronic sinusitis'.
Sinusitis adalah bila pesakit akan mengalami demam,sakit kepala, selsema yang kuat,hingus yang pekat bewarna kuning atau hijau. Mulut berbau busuk.
Sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi adalah tanda utama bagi sinusitis.
Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu. Jika melebihi 12 minggu, ia dinamakan kronik sinusitis.
Selain itu, pesakit juga boleh komplikasi seperti otitis media (Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga) dan Sleep Apnea(Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur).
APA RAWATAN RESDUNG?
Rawatan paling mujarab adalah dengan MENCEGAH.
Mencegah dari histamin keluar!
Dah tahu ada allergik dengan makanan laut,janganlah makan.
✔️ Elakkan pelihara binatang berbulu
✔️ Jangan guna bantal, selimut dari bulu binatang
✔️ Pastikan rumah dibersih
✔️ Guna penyedut hampargas dengan filter HEPA
✔️ Minum air banyak
✔️ Elakkan makanan laut - udang sotong kerang
✔️ Gunakan penutup hidung jika persekitaran berdebu
Jika berlaku serangan resdung, ambil ubat anti-histamin.Ia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.
Loratadine adalah antihistamin yang tidak mengantuk kerana antihistamin selalunya menyebabkan rasa mengantuk seperti chlorpheniramine(piriton).
Selain itu, nasal spray(decongestants) juga digunakan untuk mengecutkan salur darah pada lubang hidung supaya kurang hingus dihasilkan.
Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.
HABIS ITU, MANA DATANG ULAT MASA RAWATAN RESDUNG?
Kesemua ulat-ulat yang dilihat semasa prosedur dijalankan ialah berasal daripada lipas tanah yang digunakan sebagai proses rawatan.
Kenapa ulat daripada lipas? Lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit seperti virus, bakteria dan kulat. Kajian telah pun dilakukan di Afrika yang melibatkan 6000 ekor lipas.
Pemeriksaan pada semua organ serta sistem pencernaan lipas mendapati terdapat banyaknya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides serta banyak lagi parasit lain.
Jadi apabila bahagian tengah lipas ini dipotong dan dilumur pada wajah pesakit, cacing-cacing ini masih boleh dilihat semasa prosedur rawatan resdung dilakukan.
Ulat-ulat itu memang datang dari lipan tanah bukan dari hidung!
Tolong RT ya!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”
Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”
Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?
Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”
“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.