“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”

Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”

Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
Di dalam ruang diantara dada dan juga paru-paru terdapat ruang(pleura space). Dalam ruang tersebut ada sedikit cecair yang berfungsi sebagai pelincir supaya tiada geseran yang akan merosakkan tisu paru-paru apabila dada mengembang ataupun mengecut.
Perlu faham "paru-paru berair" didalam istilah perubatan ada beberapa terma:

1. Pulmonary oedema
2. Pleural effusion
3. Pneumonia.
Semuanya tak sama! Ya memang pemahaman masyarakat semuanya dikata “paru-paru berair”. Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik,air itu berada di rongga mana dan didalam konteks penyakit apa.
Pulmonary oedema ialah air terkumpul didalam ruang alveoli bila ada antaranya penyakit lemah jantung (jantung tidak boleh pam dengan baik dan air tersangkut didalam paru-paru) juga penyakit kronik buah pinggang (air berlebihan tidak dapat dibuang oleh buah pinggang).
Pleura effusion adalah air berada didalam ruang pleura.Contoh lemah jantung, sirhosis hati, nephrotic syndrome.Jika buah pinggang rosak, badan tidak mampu menyingkirkan air dan ia akan terkumpul di dalam badan. Air boleh berkumpul di dalam paru-paru menyebabkan paru-paru berair.
Pneumonia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku. Inflamasi alveoli menjadikan terhasilnya air yang juga mungkin bertakung sedikit bersama dengan penyebab jangkitan itu disitu.
Rawatan diberikan untuk memastikan cecair perlu dibuang, mengelakkan berlakunya pembentukan cecair dan paling utama berikan perawatan kepada punca pembentukan cecair tersebut.
1. Merawat punca utama terjadi pleural effusion/congestive heart failure(CHF), infeksi,kanser.
2. Thoracentesis.
3. Tiub Dada (chest tube):prosedur ini menggunakan tiub (trocar) dimasukan kedalam ruang pleura(pleural space).
Jadi, mandi malam tidak ada kaitan langsung penyakit paru-paru berair!

Tak logik,air yang kita mandi mengalir masuk melalui kulit dan terus mengalir ke paru-paru.
Orang tua larang mandi malam mungkin dulu perigi ada diluar rumah. Mandi malam itu bahaya, bukan penyakitnya tapi takut tak nampak jatuh perigi. Kan susah kalau dah jatuh perigi.Bimbang juga ada orang skodeng.

Tolong RT gais!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

12 Dec
“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”

“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.
Read 17 tweets
10 Dec
Ya Allah, gatalnya!

Bila ada resdung ni rasa gatal macam ulat-ulat tengah meranyap dalam hidung.

Buat rawatan resdung siap ada ulat-ulat lagi jatuh.

Betul ke ada ulat dalam hidung orang resdung?

Meh saya bongkarkan.
APA ITU RESDUNG?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!