“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”
“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.
Pendek kata, mereka merasakan prosedur ini berisiko tinggi.
Kami ada beberapa perkara yg ingin dinyatakan agar pandangan anda berubah:
𝑳𝒖𝒎𝒃𝒂𝒓 𝑷𝒖𝒏𝒕𝒖𝒓𝒆
‘Lumbar puncture’ ataupun nama yang selalu dipanggil oleh orang kita iaitu ambil air tulang belakang merupakan salah satu prosedur yang sangat selamat.
Kita perlu tahu kedudukan saraf tunjang(Spinal cord) dalam tulang belakang(vertebral bone).
Tempat yang dicucuk untuk mengambil air tulang belakang merupakan ruang yang hanya mengandungi air tulang belakang(Cerebrospinal fluid) dan juga saraf periferi yang kecil.
Saraf tunjang berakhir pada tulang lumbar nombor 1(L1). Manakala, jarum untuk pengambilan air tulang belakang pula dicucuk diantara tulang lumbar nombor 3(L3) dan nombor 4(L4) iaitu lebih rendah daripada tulang lumbar nombor 1.
Tiada saraf tunjang pada ruang tersebut.
Oleh itu, prosedur itu tidak akan mencederakan saraf tunjang dan sangat jarang(extremely rare) untuk terkena saraf periferi yang terapung di dalam air tersebut.
𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒍𝒖𝒎𝒑𝒖𝒉𝒂𝒏?
Pengambilan air tulang belakang adalah salah satu cara untuk mengetahui punca penyakit yang pesakit alami. Ini akan membantu perawat kesihatan untuk memberi rawatan yang tepat kepada pesakit.
Penyakit yang selalu doktor ingin diagnos dalam pengambilan air tulang belakang adalah MENINGTIS. Iaitu jangkitan kuman pada selaput otak.
Kelumpuhan yang selalu dialami oleh seseorang pesakit bukan lah disebabkan prosedur pengambilan air tulang belakang.
Ini kerana saraf yang berada di situ hanya mengawal sedikit sahaja pergerakan kaki.
Yang menyebabkan kelumpuhan itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada bahagian otak itu sendiri.
Kuman itu akan merosakkan bahagian otak yang mengawal pergerakkan kaki dan tangan menyebabkan pesakit mengalami kelumpuhan pada bahagian tersebut(kaki dan tangan).
𝑱𝒂𝒅𝒊, 𝒂𝒑𝒂 𝒌𝒐𝒎𝒑𝒍𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊𝒏𝒚𝒂?
Selalunya pesakit yg menjalani prosedur ini boleh mengalami sakit kepala yang dipanggil sebagai ‘post spinal headache’. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari.
Selalunya pesakit dinasihatkan untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi sahaja. Jika teruk,pemberian ubat tahan sakit boleh membantu.
𝑲𝒆𝒔𝒊𝒎𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏
1. Lumbar puncture adalah selamat untuk dilakukan.
2. Segala cerita bahawa pesakit meninggal dunia/lumpuh selepas lumbar puncture dilakukan adalah tidak benar.
3. Meningitis adalah satu penyakit yg mempunyai risiko kematian yg tinggi jika tidak dirawat awal. Jadi itu pentingnya keputusan segera dilakukan utk memberi rawatan terbaik, tepat dan terpantas kepada pesakit.
4. Jika terjadi kematian atau kesan buruk terhadap pesakit, ia berpunca dari disease progression (kesinambungan penyakit) dan bukan disebabkan oleh prosedur simple (mudah) seperti lumbar puncture.
Tolong RT ya supaya lebih ramai tahu dan dapat belajar!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”
Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”
Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?
Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
Bila ada resdung ni rasa gatal macam ulat-ulat tengah meranyap dalam hidung.
Buat rawatan resdung siap ada ulat-ulat lagi jatuh.
Betul ke ada ulat dalam hidung orang resdung?
Meh saya bongkarkan.
APA ITU RESDUNG?
Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.
Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.