"Dr, gegendang telinga saya bocor. Bolehkah ia sembuh kembali?"
Ini antara persoalan yang kerap di tanya oleh pesakit saya sebaik di rujuk ke Klinik Pakar ORLHNS.
Nak tahu jawapan? Jom ikut bebenang dibawah: 👇
Dr Epul
Pakar ORLHNS
Begini lah rupa gegendang telinga yang bocor, hampir 50%. Untuk tahu bolehkah ia sembuh kembali, kita perlu tahu punca atau faktor penyebab berlakunya kebocoran gegendang telinga ini.
Ringkasnya, paling biasa saya jumpa di klinik disebabkan oleh trauma & jangkitan kuman
1) Bocor disebabkan oleh trauma
Contoh:
-korek telinga menggunakan besi atau cotton bod tanpa sengaja tercucuk sehingga bocor
-ditampar kuat sehingga menyebabkan bocor
-kesan hentakan akibat jatuh
Kebiasaanya, kebocoran gegendang disebabkan oleh trauma boleh pulih sendiri.
Kebiasaanya akan ambil masa dalam 2-3 minggu untuk pulih sendiri. Tapi, bergantung juga kepada peratusan kebocoran gegendang telinga itu. Jikalau terlalu besar, agak mustahil untuk pulih sendiri tanpa pembedahan. Elakkan telinga dimasuki air atau korek menggunakan cotton bud
2) Bocor disebabkan oleh Jangkitan Kuman
Gegendang bocor disebabkan oleh jangkitan kuman yang kronik biasanya mustahil untuk pulih sendiri. Ia memerlukan pembedahan tampalan gegendang telinga a.k.a "Myringoplasty " supaya gegendang asal boleh tumbuh kembali.
Untuk melakukan pembedahan ini, keadaan telinga haruslah kering & tiada tanda2 jangkitan kuman paling kurang 2 bulan agar pembedahan tampalan ini berjaya. Saya akan ulas dengan lebih detail di penulisan akan datang tentang apa itu pembedahan "Myringoplasty"
Secara kesimpulannya, untuk menjawab soalan pesakit saya itu tadi, samada bolehkah gegendang telinga saya pulih kembali, Sebenarnya BOLEH samada secara semula jadi ( trauma) atau pembedahan tampalan gegendang telinga (jangkitan kuman)
Jika anda hilang deria BAU semasa wabak COVID-19 ini, anda perlu berhati-hati kerana anda KEMUNGKINAN menghidapi COVID-19.
Betul ke Doktor? Jom ikuti bebenang ini 👇👇
Satu kajian yang dijalankan oleh Pakar Perubatan di King College London mendapat hampir 60% pesakit yang +ve Covid-19 ini mempunyai gejala hilang deria bau (anosmia).
Pakar ORL di sebuah Hospital Osaka juga berpendapat
" Jika pesakit mengalami gejala hilang bau & rasa walaupun tiada gejala batuk atau selsema, Doktor perlu lebih berhati2 & perlu menyoal lebih terperinci lagi."
Betulkah ada terjadi?? Jika ada, bagaimanakah boleh terjadi?? Bagaimana pula untuk mencegahnya?
Untuk info lebih lanjut, Jom ikuti Bebenang dibawah :
Penggunaan Ear Phone @ Ear Pod (iPhone) untuk mendengar muzik dalam kalangan REMAJA zaman sekarang sudah menjadi satu trend.
Baik ditempat kerja, kedai makan atau perhentian awam, rata-rata kita akan nampak anak Muda akan memakai sesuatu di telinga mereka. Stylo kan?
Tetapi, tahukah mereka akan risiko yang bakal dialamai jikalau mendengar muzik yang terlampau KUAT & LAMA menggunakan Ear Phone itu mampu MEROSAKKAN deria pendengaran? IYA.! Lebih parah jika tidur hingga ke pagi sambil "on music".
Pernah "breaking bad news" kepada seorang pesakit berumur 32 tahun dihadapan isterinya, mempunyai 2 orang anak, didiagnose sebagai Pengidap Kanser Lidah Tahap 4.
Thread Story
Sewaktu pertemuan pertama dengan pesakit, sebaik sahaja melihat ketumbuhan yang ada pada lidahnya ( seperti dlm gambar) hati sudah sedih kerana sudah boleh anggap keputusan tisu biopsy nanti.
Namun cekalkan hati untuk tidak menampakkan riaksi wajah yang sedih.
Setelah segala sejarah riwayat pesakit & pemeriksaan dilakukan..persetujuan dicapai untuk mengambil sedikit biopsi pada ketumbuhan tersebut, Alhamdulillah, prosedure berjalan lancar tanp sebarang komplikasi yang teruk.
"Dr, anak saya sejak umur 6 bulan ni semakin kuat bunyi & berbunyi nafasnya, seolah-olah macam berdengkur. Lebih-lebih lagi ketika menangis. Kenapa ya Dr?"
AWAS..!!! Anak anda mungkin menghidapi LARYNGOMALACIA. Jom fahami apa itu LARYNGOMALACIA
- Merupakan masalah congenital dalam kalangan bayi yang disebabkan oleh saluran pernafasan bahagian tisu larinks ( kotak suara) yang lembut atau pra-matang.
- Merupakan masalah paling biasa dalam kalangan bayi yang hadapi nafas berbunyi.
FAKTOR PENYEBAB?
-Punca utama tidak diketahui. Faktor penyumbang kerana struktur larinks yang kekurangan otot atau rawan yang rapuh menyebabkan tisu larinks menutupi saluran pernafasan. Biasanya berlaku kepada bayi pramatang.
"Ibu, telinga kanan adik tetiba rasa sakit sangat..!! - jerit anak kecil kepada ibunya"
AWAS..!! Anak anda mungkin terkena gigitan Kutu Babi di dalam telinga jika keadaan ini berlaku tanpa sebarang gejala telinga yang lain.
Ikuti TICK THREAD ini untuk info lebih lanjut 👇👇
PENGENALAN
Kutu Babi atau nama lain yang seangkatan dengannya, Sengkenit / Cekenit / Tempiras / Pirah a.k.a Tick merupakan sejenis serangga Araknid (keluarga labah-labah) yang berkaki lapan & bersifat parasit luaran (ektoparasit).
Kebolehannya yang suka menghisap darah Mamalia, reptilia, burung & amfibia menyebabkan serangga ini mampu membesar sehingga 30 kali ganda dari saiz yang asal. Jadi tidak mustahil gigitan serangga ini SANGAT SAKIT sehingga boleh membuatkan seseorang tidak boleh tidur.