Kutu Babi atau nama lain yang seangkatan dengannya, Sengkenit / Cekenit / Tempiras / Pirah a.k.a Tick merupakan sejenis serangga Araknid (keluarga labah-labah) yang berkaki lapan & bersifat parasit luaran (ektoparasit).
1) SAKIT telinga tanpa faktor penyebab yang lain (demam/bernanah/trauma), secara tiba-tiba (90%)
2) Telinga berdesing (5%)
3) Pening (5%)
-Boleh titiskan ubat titis telinga (olive oil) untuk melemas & mematikan serangga ini. Anda nampak di sekitar cuping telinga atau saluran telinga dibahagian luar, boleh untuk keluarkan sendiri.
Seandainya tidak nampak, mungkin serangga ini berada kedalam atau dekat dengan gegendang telinga, segera jumpa Dr ENT untuk kami keluarkan menggunakan sistem kamera (endoscope/microscope) supaya tak berlaku kecederaan yang serius terutamanya pada gegendang telinga.
Jangan ambil mudah andai telinga digigit oleh serangga ini kerana antara komplikasi yang mungkin boleh terjadi dalam adalah muka senget (seperti dalam gambar) .a.k.a Facial paresis (5%)
#MedTweetMY