AWAS..!!! Anak anda mungkin menghidapi LARYNGOMALACIA. Jom fahami apa itu LARYNGOMALACIA
#MedTweetMY
- Merupakan masalah congenital dalam kalangan bayi yang disebabkan oleh saluran pernafasan bahagian tisu larinks ( kotak suara) yang lembut atau pra-matang.
- Merupakan masalah paling biasa dalam kalangan bayi yang hadapi nafas berbunyi.
-Punca utama tidak diketahui. Faktor penyumbang kerana struktur larinks yang kekurangan otot atau rawan yang rapuh menyebabkan tisu larinks menutupi saluran pernafasan. Biasanya berlaku kepada bayi pramatang.
-GERD juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
-Nafas berbunyi semasa menarik nafas. Menjadi teruk semasa menangis atau menelentang. (ketara ketika berumur 6-8 bulan)
-Masalah penyusuan ( lama, terganggu & tersedak)
-Masalah kenaikan berat badan ( lambat)
-Cyanosis ( menjadi kebiruan)
-Apnea ( berhenti bernafas)
- Akan dirujuk kepada Doktor Pakar ENT untuk pengesahan.
-Flexible laryngoscopy akan dijalankan (bedside atau dewan bedah + bronchoscopy) untuk melihat terus struktur pada bahagian saluran pernafasan larinks.
- Sekitar 90% akan sembuh tanpa sebarang rawatan. Kebiasaanya akan sembuh pada umur 18-24 bulan ( jika gejala ringan shj)
-Tetapi jikalau terdapat masalah kenaikan berat badan, masalah penyusuan atau kesukaran bernafas yang teruk, pembedahan akan dilakukan jika perlu.
- Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami situasi sebegini.
- Jangan lewat bertindak kerana ia melibatkan saluran pernafasan.
- Segera ke hospital jika alamai gejala-gejala seperti di atas.
Sila kongsi jika bermanfaat 😊😊