Orang awam mula menunggu di Perkarangan Masjid al-Rahah untuk memberi penghormatan terakhir kepada Srikandi Negara itu. #MengenangTunRahah@501Awani
Terdahulu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Masjid al-Rahah, kira-kira 8.10 pagi tadi, untuk sesi Penghormatan Terakhir kepada ibunya yang tercinta. #MengenangTunRahah@501Awani
Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan perkarangan Masjid Ar-Rahah selepas selesai memberi Penghormatan Terakhir. Terdahulu beliau tiba kira-kira 9.03 pagi tadi. #MengenangTunRahah@501Awani
Kenderaan yang membawa jenazah Almarhumah Tun Rahah Mohamed Noah sudah meninggalkan perkarangan Masjid Ar-Rahah menuju ke Masjid Negara. #MengenangTunRahah@501Awani
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini didapati /bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta dari ahli perniagaan Chai Kin Kong.
Keputusan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan. @501Awani
@501Awani Ketika ini Mahkamah Tinggi berehat antara 30 hingga 45 minit untuk memberi peluang kepada Pihak Pembelaan untuk menyediakan hujah bagi proses mitigasi. @501Awani
@501Awani Mana-mana individu yang disabitkan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang juga baharu dilantik sebagai Pengerusi BN Backbenchers kini membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.
Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan. Lanjut di @501Awani
“Sokongan saya dan rakan-rakan kepada #Belanjawan2021, TERTAKLUK kepada keputusan Kerajaan untuk meluluskan dua perkara, peluasan moratorium sehingga Jun 2021, dan pengeluaran one-off RM10,000 dari Akaun 1 KWSP” kata Pengerusi BNBBC Najib Tun Razak ketika menurut perbahasan.
Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pengamal media hanya dibenarkan masuk ke perkarangan pada pukul 8 pagi. Bagi media yang ingin mengikuti keputusan dalam kamar, ada pas khas yang disediakan. @501Awani
[Imbas Kembali] Bekas Perdana Menteri itu mahu kes tersebut dibicarakan dengan adil, dan tidak mahu ia digugurkan hanya kerana permainan politik. astroawani.com/berita-malaysi…