Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda

[Ini adalah bebenang]
Serangan berterusan Belanda di atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor akhirnya membuahkan hasil apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Kejayaan itu juga menamatkan penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511.
Jacop Koper dan Andriaan Antonisz yang mengetuai tentera Belanda telah mengadakan kepungan selama beberapa bulan ke atas Melaka sehingga menyebabkan timbulnya masalah kekurangan makanan, sebelum melancarkan serangan yang diketuai oleh General Coertekoe.
Serangan Pertama

Tentera Belanda yang diketuai oleh Jacop Koper dan Andriaan Antonisz telah mendarat di pinggir kota dan membedilnya dengan menggunakan meriam. Dua buah kapal dan enam buah bot pula ditempatkan di sekitar pelabuhan Melaka membedil kawasan kubu dan perlabuhan.
Tentera Melayu Johor membantu dengan meronda di Selat dan menghentikan mana-mana penghantaran makanan atau bekalan ke Melaka.
Pasukan Johor juga menyerbu kawasan luar bandar, membakar mana-mana sawah padi dan ladang yang mungkin dapat memberikan bekalan makanan kepada bandar yang terkepung. Setelah beberapa bulan kepungan dilakukan, kelaparan dan penyakit mula mencengkam penduduk Melaka.
Daripada populasi 20,000 orang, dianggarkan lebih daripada 7,000 orang telah meninggal dunia di bandar itu, beribu-ribu lagi melarikan diri dan hanya tinggal 3000 di dalam kubu.
Serangan Kedua

Belanda meningkatkan serangan mereka, kali ini diperkuatkan dengan bantuan Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil Shah III yang telah menghantar 40 buah perahu perang yang membawa seramai 1,500 orang tentera di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil.
Pada bulan Ogos, pasukan gabungan tersebut menyerang barisan hadapan kubu Portugis di Tranquera dan berjaya mengusir ratusan pertahanan Portugis ke ‘A Famosa’.
Dengan kejayaan di Tranquera, tentera Belanda-Melayu kini berada hampir dengan kubu pertahanan tentera Portugis yang sedang sakit dan kelaparan.
Serangan Ketiga

Pada malam Ahad, 13 Januari 1641, Belanda melancarkan serangan terakhir di kubu tersebut. Kira-kira 650 askar Belanda dilengkapi dengan bom, tombak, parang dan tangga.
Mereka dibahagikan kepada tiga pasukan dan menyerang ke arah benteng pertahanan Portugis. Pada jam 10 pagi hari berikutnya, tentera Portugis yang sedang kelaparan, sakit, cedera dan kehabisan peluru akhirnya menyerah kalah.
Akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda dan mengakhiri penguasaan Portugis.
Penguasaan Belanda

Penguasaan Belanda (1641-1824) adalah tempoh terpanjang Melaka dibawah penguasaan asing. Belanda menguasai Melaka selama 183 tahun. Penguasan Belanda juga telah mengurangkan kepentingan Melaka di wilayah tersebut.
Belanda lebih memilih Batavia (kini Jakarta) sebagai pusat ekonomi dan pentadbiran di wilayah tersebut.
Tujuan mereka menguasai Melaka adalah untuk menghalang kota tersebut dari dikuasai oleh negara Eropah yang lain.
Walau bagaimanapun, mereka masih membina mercu tanda mereka yang dikenali sebagai Stadthuys atau Red Building yang menjadi peninggalan sejarah sehingga kini.
Sumber : Arkib Negara Malaysia

Subscribe :

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

22 Dec
Pembentukan Negeri Sembilan Dari Sembilan Daerah

[Ini adalah bebenang] Image
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan?
Ramai yang tertanya-tanya tentang keunikan nama Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.
Read 15 tweets
20 Dec
Gamelan Melayu pertama tertua berusia 208 tahun tiba di Tanah Melayu. Kenapa gamelan kita dipanggil Gamelan Melayu ?

[gambar hiasan]
Ini kerana gamelan mula berkembang di istana Riau-Lingga dan seterusnya meneruskan tradisi Joget Gamelan (tarian istana diiringi gamelan Melayu) di Pahang dan Terengganu.
Gamelan di Indonesia pula mempunyai beberapa jenis gamelan yang berbeza mengikut etnik atau suku, contohnya gamelan Jawa, Gamelan Bali, dan gamelan Sunda.
Read 4 tweets
20 Dec
Hutan Aokigahara atau Hutan Bunuh Diri di Jepun. Image
Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara.
Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup. ImageImageImageImage
Read 11 tweets
19 Dec
Kerajaan Langit Ayah Pin Kekal Popular sehingga Kini Masih Lagi Ada Pengikut

[Ini adalah bebenang]
Terkenal sebagai seorang pengamal ajaran sesat di Malaysia, Ayah Pin (1941-2016) merupakan pengasas kepada kerajaan Langit dan menyifatkan dirinya sebagai Tuhan kepada semua agama.
Asal usul Ayah Pin

Pemilik nama Ariffin Mohamad ini mendakwa beliau telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi, bermula di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
Read 21 tweets
19 Dec
Kisah Kenapa Portugis Serang Melaka

[Ini adalah bebenang]
Setelah Portugis berjaya menakluki Goa, mereka mendapati bahawa bukan negara India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka tetapi sebaliknya negara yang ada di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, pihak Portugis telah mula mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang singgah di Goa dan akhirnya mereka buat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.
Read 45 tweets
18 Dec
Salam Takziah kepada DS @NajibRazak sekeluarga diatas Pemergian Bonda tersayang Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman. Amiin.
Beliau banyak memberi semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa Darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya. Beliau adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!