Kerajaan Langit Ayah Pin Kekal Popular sehingga Kini Masih Lagi Ada Pengikut

[Ini adalah bebenang]
Terkenal sebagai seorang pengamal ajaran sesat di Malaysia, Ayah Pin (1941-2016) merupakan pengasas kepada kerajaan Langit dan menyifatkan dirinya sebagai Tuhan kepada semua agama.
Asal usul Ayah Pin

Pemilik nama Ariffin Mohamad ini mendakwa beliau telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi, bermula di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
Biarpun hanya bersekolah sehingga darjah dua dan buta huruf, kebanyakan pengikutnya percaya dengan segala apa yang disampaikan dan dilakukannya sehingga menerima layanan seperti raja kayangan. Segala kelengkapannya disediakan.
Pada tahun 1953, Ayah Pin sakit tenat dan mendakwa ada malaikat telah melawat beliau. 20 tahun kemudian, malaikat tersebut kembali melawat beliau dan hasilnya Ayah Pin pun memulakan kerjaya rohani.
Selepas salah seorang anak perempuannya berkahwin dengan Hassan Anak Rimau, yang merupakan pengasas ajaran sesat di Kelantan, Ayah Pin menjadi pengikut Hassan sebelum mewujudkan satu ajaran sesat yang baru iaitu Kerajaan Langit.
Dengan kehebatannya, Ayah Pin bukan sahaja berjaya menarik penduduk tempatan malahan orang dari luar negara seperti Afrika, India dan British turut berjaya diperdayakan untuk mengikuti dan mengangungkannya sebagai Tuhan segala agama.
Kerajaan Langit Ayah Pin

Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar sebagai lambang kepada kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat Islam.
Berpusat di Hulu Besut, Terengganu, Ayah Pin pernah memohon sebidang tanah untuk kegunaan kegiatan sesat mereka dengan kenyataan dalam permohonan ianya adalah untuk kegunaan pertanian.
Ajaran Ayah Pin

Ayah Pin mendakwa dirinya sebagai Tuhan kepada semua agama – penjelmaan semula Jesus, Buddha, Shiva dan Muhammad yang mana pengikut-pengikutnya percaya bahawa pada satu hari nanti, Ayah Pin akan kembali sebagai Imam Mahdi.
Dianggap sebagai Raja Langit dan objek tertinggi pengabdian untuk semua agama, Kerajaan Langit menekankan dialog ekumenikal (seluruh dunia atau umum) dan keharmonian antara agama menjadikan pengikut beliau terdiri daripada orang yang memiliki pelbagai latar agama.
Simbol Ideologi

Ada beberapa smbol ideologi yang menjadi dasar kepada ajaran ini antara yang paling ketara ialah:
1. Teko

Teko dua tingkat berwarna krim yang dipadankan dengan pasu biru bernilai RM45 juta. Menjadi lambang kepada kesucian air dan ‘suka mencurah dari langit’, ianya merupakan model prototaip cakerawala.
Setiap pengikut yang pertama kali melawat markas Kerajaan Langit akan diminta untuk minum air suci dari pasu yang sentiasa dipenuhi oleh teko.
2. Payung kuning

Payung kuning yang sama besar dengan teko memberi lambang ianya sebagai ‘tempat umat berteduh di bawahnya Allah’ selain daripada dikaitkan dengan sembilan planet dalam agama Hindu.
3. Bot nelayan yang kononnya Bahtera Nabi Nuh

4. Ikon bulan sabit sebagai perlambangan orang tanpa agama
Kejatuhan Kerajaan Langit

Kerajaan Langit Ayah Pin tumpas pada Julai 2005 selepas 10 tahun bertapak di Malaysia. Pada tahun 2005, beberapa kali markas Ayah Pin dimusnahkan antaranya oleh individu bertopeng dan  pegawai-pegawai Pejabat Tanah Besut.
Ayah Pin dan pengikutnya ditahan dan didakwa di mahkamah selain daripada markas Kerajaan Langit dimusnahkan. Namun Ayah Pin menyatakan beliau tidak boleh dianggap atau dituduh sesat kerana sudah keluar daripada agama Islam sejak 1998.
Semasa pihak berkuasa melakukan serbuan, Ayah Pin dan empat isterinya sudah melarikan diri dari perkampungan tersebut. Beliau yang hilang tanpa jejak menyebabkan wujudnya beberapa spekulasi antaranya telah melarikan diri ke selatan Thailand dan ghaib bersama empat isterinya.
Pada 2016, Ayah Pin disahkan meninggal dunia di akibat sakit tua dan didapati menghidap beberapa sakit lain seperti angin ahmar. Dikebumikan di kawasan perkuburan Kampung Batu 13, Hulu Besut.
Sumber :

Odisi

Subscribe :

Youtube Channel :

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

19 Dec
Kisah Kenapa Portugis Serang Melaka

[Ini adalah bebenang]
Setelah Portugis berjaya menakluki Goa, mereka mendapati bahawa bukan negara India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka tetapi sebaliknya negara yang ada di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, pihak Portugis telah mula mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang singgah di Goa dan akhirnya mereka buat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.
Read 45 tweets
18 Dec
Salam Takziah kepada DS @NajibRazak sekeluarga diatas Pemergian Bonda tersayang Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman. Amiin.
Beliau banyak memberi semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa Darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya. Beliau adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.
Read 7 tweets
17 Dec
Budaya Pelik Isteri Menyusukan Suami di Afrika

[Ini adalah bebenang] Image
Nafsu lelaki mempunyai 'ragam' tersendiri, khasnya bila melibatkan wanita dan seksualiti. Dalam dua isu ini, ramai kalangan lelaki sanggup melakukan apa saja demi memastikan kemahuan mereka tercapai.
Satu kisah paling menarik melibatkan nafsu liar kaum lelaki adalah melibatkan tabiat kaum lelaki di negara Uganda, mahu disusukan isteri-isteri mereka sama seperti bayi.
Read 31 tweets
14 Dec
Legenda Ulek Mayang atau Ugam Mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi. Tarian Ulek Mayang juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.
Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara rawatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu.
Read 18 tweets
1 Dec
Nama Asal Pulau Pinang

[Ini adalah bebenang]
Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Read 21 tweets
30 Nov
Mat Komando, gangster yang digeruni rakyat Malaysia suatu ketika dahulu

[Ini adalah bebenang]
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia.
Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!