Pembentukan Negeri Sembilan Dari Sembilan Daerah

[Ini adalah bebenang]
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan?
Ramai yang tertanya-tanya tentang keunikan nama Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.
Kesemua sembilan daerah kecil tersebut yang juga turut dikenali sebagai Luak terdiri daripada Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Kelang (kini Klang), Hulu Pahang, Inas (kini Jelai) dan juga Segamat.
Hari ini sepertimana yang kita tahu, sebahagian daripada sembilan daerah tersebut telah dikeluarkan daripada Negeri Sembilan.
Antaranya adalah seperti daerah Segamat yang kini dibawah jajahan Johor, daerah Naning yang kini dibawah jajahan Melaka, Jelai yang kini dibawah jajahan Pahang dan Klang yang kini dibawah jajahan Selangor.
Dalam tahun 1895, daerah-daerah seperti Gunung Pasir, Tampin, Terachi serta Ulu Muar telah dikanunkan untuk menjadi sebahagian daripada anggota persekutuan baru buat Negeri Sembilan.
Maka, persekutuan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan tujuh daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Port Dickson, Rembau dan Jempol.
Melingkap kembali sejarah terdahulu sewaktu negeri Melaka yang besar jajahannya dan pernah menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu, tetapi kini tinggal sekecil-kecilnya di selatan tanah air.
Begitu juga kisahnya apabila kerajaan negeri Johor yang meneruskan kegemilangan kesultanan Melaka sehinggakan kesemua negeri melayu tunduk berada didalam naungannya.
Terdahulu kerajaan negeri Johor pernah berada dalam keadaan kucar kacir dan lemah dalam pentadbiran.
Pada waktu itu, banyak negeri lain dibawah naungan Johor telah membebaskan diri daripada kerajaan Johor termasuklah Negeri Sembilan.
Dalam tahun 1773 adalah merupakan permulaan dalam pembentukan kerajaan Negeri Sembilan apabila orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja iaitu Raja Melewar dari Pagar Ruyung.
Bagi memerintah negeri-negeri yang didiami oleh orang Minangkabau di Semenanjung dengan menggunakan gelaran Yam Tuan atau Yang Dipertuan Besar.
Sumber : Sejarah My

Subscribe : youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

21 Dec
Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda

[Ini adalah bebenang]
Serangan berterusan Belanda di atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor akhirnya membuahkan hasil apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Kejayaan itu juga menamatkan penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511.
Read 18 tweets
20 Dec
Gamelan Melayu pertama tertua berusia 208 tahun tiba di Tanah Melayu. Kenapa gamelan kita dipanggil Gamelan Melayu ?

[gambar hiasan]
Ini kerana gamelan mula berkembang di istana Riau-Lingga dan seterusnya meneruskan tradisi Joget Gamelan (tarian istana diiringi gamelan Melayu) di Pahang dan Terengganu.
Gamelan di Indonesia pula mempunyai beberapa jenis gamelan yang berbeza mengikut etnik atau suku, contohnya gamelan Jawa, Gamelan Bali, dan gamelan Sunda.
Read 4 tweets
20 Dec
Hutan Aokigahara atau Hutan Bunuh Diri di Jepun. Image
Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara.
Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup. ImageImageImageImage
Read 11 tweets
19 Dec
Kerajaan Langit Ayah Pin Kekal Popular sehingga Kini Masih Lagi Ada Pengikut

[Ini adalah bebenang]
Terkenal sebagai seorang pengamal ajaran sesat di Malaysia, Ayah Pin (1941-2016) merupakan pengasas kepada kerajaan Langit dan menyifatkan dirinya sebagai Tuhan kepada semua agama.
Asal usul Ayah Pin

Pemilik nama Ariffin Mohamad ini mendakwa beliau telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi, bermula di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
Read 21 tweets
19 Dec
Kisah Kenapa Portugis Serang Melaka

[Ini adalah bebenang]
Setelah Portugis berjaya menakluki Goa, mereka mendapati bahawa bukan negara India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka tetapi sebaliknya negara yang ada di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, pihak Portugis telah mula mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang singgah di Goa dan akhirnya mereka buat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.
Read 45 tweets
18 Dec
Salam Takziah kepada DS @NajibRazak sekeluarga diatas Pemergian Bonda tersayang Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman. Amiin.
Beliau banyak memberi semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa Darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya. Beliau adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!