Bila saya tulis mengenai kebanyakan sekolah masih menggunakan papan hitam & kapur semalam, ada yang mengatakan bahaya kapur kerana boleh sebabkan penyakit dan sebagainya.
Benar.
Penggunaan kapur boleh hasilkan banyak habuk dan ini akan menyebabkan masalah penyakit seperti asma, sakit mata dan sebagainya.
Tapi, itu dulu.
Yang kita katakan itu, teknologi kapur yang berpuluh tahun dahulu.
Industri penghasilan kapur tulis terutama di Jepun dah berkembang maju untuk hasilkan kapur tulis yang sangat berkualiti tinggi.
Pernah dengar pasal “Hagoromo”?
Hagoromo ni dikenali sebagai “Roll Royce” kapur tulis tau. Kenapa?
1. Setiap tulisan dari kapur Hagoromo sangat “smooth”.
2. Sangat kuat & susah untuk patah
3. Tak hasilkan banyak habuk
4. Tulisannya kelihatan “bersinar” (shining) di papan hitam.
5. Tangan tak mudah kotor bila tulis
6. Tulisannya amat mudah dibersihkan di papan hitam.
Jadi tak hairanlah bila Hagoromo umumkan bakal menutup syarikatnya pada tahun 2015, ada professor dari barat sanggup memborong kapur tulis Hagoromo untuk kegunaannya bagi tempoh 10-15 tahun akan datang!
Tapi bisnes Hagoromo ini akhirnya “diselamatkan” oleh seorang guru dari Korea dengan meneruskan legasi Hagoromo. Walaupun kualitinya dikatakan tidak sama seperti resepi asal, tetapi ianya tetap dikatakan kapur yang amat berkualiti.
Apa yang saya nak katakan, teknologi kapur tulis ni dah berkembang maju dari yang kita bayangkan berpuluh tahun dulu.
Memang dah banyak improve dari apa yang kita imagine, at least yang “japan made”.
Papan hitam pun dah berkembang teknologi nya, sama juga dengan pemadam & pembersih pemadam papan hitam, semua dah berkembang. Guna yang magnetic, dan tak mudah berhabuk & pembersih pemadam pun guna alat vacuum.
Begitulah.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Mungkin agak pelik, kenapa negara Jepun yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan papan hitam & kapur di kebanyakan banyak bilik darjah ?
“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.
Jadi Jepun dah kaji penggunaan papan hitam dalam pembelajaran & diorang even ada perkataan khas untuk teknik tu - bansho .
1. Warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang.
Dalam salah satu kajian yang dilakukan (Sankyuu 2015), warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar dan membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna putih.