Ramai baca artikel pasal Tesla haritu. Ramai jugak yang teruja dengan keunikan Tesla ni macam saya

Tapi korang tahu tak Tesla ni dia takkan jadi sehebat tu hanya dengan Elon Musk sorang. Dibelakang dia ada team yang super power.

So macam mana dia cari pekerja yang hebat ni?
1) Temuduga semua pekerja sendiri

Kalau korang pergi temuduga dekat Tesla atau SpaceX, ada kebarangkalian yang korang akan jumpa Elon Musk ni.

Waktu awal-awal dulu, memang setiap pekerja akan melalui proses temuduga stage akhir dengan Elon Musk sehinggalah syarikat berkembang
Proses temuduganya agak panjang.

Daripada proses biasa, dipanggil HR, dipanggil Project Manager kemudian akhir sekali dengan Elon Musk sendiri.

Jadi kalau korang nak bina team yang super power. Korang mesti terlibat dalam proses itu sendiri.
Saya apply benda sama macam ni dalam company saya handle skrg, first IV oleh HR, second oleh saya sendiri.

Bagi saya process ni sangat penting, sebab siapa saja yang masuk dlm your team, dia akan memberi kesan pada kelajuan capai target, culture dalam company, dan banyak lagi.
2) Apa masalah yang pernah diselesaikan?

Ini soalan wajib yang Elon Musk akan tanya pada candidate 'cream of the cream' yang dah lalui bermacam tapisan tu.

Elon kata, soalan ni sangat penting untuk tahu adakah candidate tu yang jumpa dan cari solusi untuk masalah tu.
Kalau memang dia yang selesaikan, dia akan ceritakan dengan sangat detail.

Tapi kalau dia hanya salah seorang 'sleeping partner' dalam team, dia akan susah untuk jawab soalan ni.

Dan saya setuju part ni! kaki sembang ni biasa dia tak tahu nak solve macam mana pun masalah tu.
Elon kata,

"Because anyone who struggled hard with a problem never forgets it.

Sebab tu bila kita jadi leader, kita yg kena sit down dan solve problem dulu, sebab mmg tugas kita untuk guide team along the way.
3) Selesaikan masalah

Bukan setakat tanya, dia jugak minta candidate tu selesaikan masalah yang berkaitan dengan jawatan yang dia apply.

Salah seorang candidate ni pernah kongsi yang Elon tanya soalan Fizik waktu dalam temuduga dia.
Dia tanya,

You're sitting in a canoe floating in a pool with a brick in your lap. You drop the brick overboard. What happens to the pool's water level?

Soalan ni nampak simple, tapi kita boleh tahu level kefahaman serta ketajaman seseorang dengan jawapan yang diberi.
Antara soalan paling saya suka tanya dalam IV adalah,

"Macam mana awak nak naikkan income company dari 5000, ke 100,000?"

Tell me anything.

Dari situ kita boleh tengok cara fikir, cara bertindak dan pengalaman dia dalam menyelesaikan masalah.
Tapi korang jangan pulak tanya soalan tak berkaitan. Elon musk sendiri cakap,

"I'm not necessarily looking for someone who has brilliant analytical ability if their job is going to be assembling hardware."
Kalau dia apply posisi as copywriter, awak jangan ler tanya macam mana nak buat akaun pula dah. hahah (walaupun mungkin juga dia tahu sebab ada pengalaman haha)
4) Jangan risau pasal sijil

Elon memang terkenal dengan sikap ni. Dia memang tak ambil port sangat pasal degree ke diploma.

Tapi bukan la maksud tak penting pula dah. Dont get me wrong guys, please ya. 😂
Ramai innovator hebat macam Bill Gates, Steve Jobs, Zuckerberg, Larry Page yang takde pun degree.

Dia kata,

"If you had a chance to hire them,of course, that'd be a good idea."
Tapi tu bukan bermaksud yang ada sijil ni tak berguna pulak. Korang jangan pelik-pelik eh.

Maksud Elon ni jangan letakkan sijil tu sebagai syarat utama.

Tak semua orang ada peluang untuk sambung belajar.
Yela, maksud saya tu kalau sijil berlambak lepas tu satu benda tak boleh buat, macam mana nak jadi a good team members kan.

Team work means, a group of people who are working together to solve the problem, achieve target.
Tapi, kalau korang tengah belajar sekarang ni janganlah demotivated.

Sebab 70% billionaire dekat dunia ni ada college degree okay!

So kalau korang ada degree, master, PhD, probability untuk korang jadi billionaire lagi tinggi. Bukan saya kata ni, statistik yang kata. Hahaha
5) Cari yang terbaik

"Don't settle for anything less than the best candidate."

Ini memang prinsip Elon bila nak hire seseorang. Dia memang akan cari yang terbaik. No wonder lah team di belakang jenama Tesla dan SpaceX ni memang superpower.
Pernah satu kali tu,

SpaceX baru buat yogurt stand dekat hq diorang. Elon arahkan Dolly Singh (bekas Talent Director SpaceX),

"Go to Pinkberry (macam Llaollao dekat Malaysia) and find me the employee of the month."
Saya setuju tapi tak 100% la. Sebab saya duduk dalam company yang nak develop youth.

So kalau tak bagi peluang pada orang lain yang baru nak up, baru nak cari pengalaman, takde sape akan bagi peluang pada orang-2 macam ni nak develop diri dia.
6) Attitude paling utama

"No-assholes policy."

Elon takkan hire orang tu bila attitude dia ni macam harem biarpun dia ni super-talented. Yang ni saya sangat3 setuju.

Tahu kenapa?

Sebab takde masalah yang boleh diselesaikan seorang diri.
Tapi melihat kepada pengalaman saya, susah nak detect benda ni dalam interview session sebab masa ni semua orang nak play safe.

Yang selalu datang lambat kerja pun akan tiba2 datang awal hahah. To be safe, awak call tempat dia kerja sebelum ni.
So macam tu lah.

Kalau korang majikan, boleh jadikan sebagai guideline untuk hire your team.

Kalau korang pekerja, boleh jadikan sebagai guideline untuk jadi the best in your team.

Anyway, follow @FezzaHussin & jangan lupa RT. Thank you for your support. Will share more.
Notes :

Ada yang saya kena improve ke? please DM okey!

Saya suka buat improvement dan dengar komen korang.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fezza Hussin

Fezza Hussin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @FezzaHussin

11 Jan
Tahun 2013, 99% daripada pekerja Facebook approve Zuckerberg sebagai Top CEO. Huh.

Tapi kenapa pekerja Facebook suka sangat dengan Zuckerberg ni?? Aku cam tertanya tanya juga kenapa.

So, ni jawapan staf dia.
Success story.

Zuckerberg bina Facebook dari dalam bilik dorm, sehingga sekarang menjadi antara syarikat yang paling tinggi nilainya di dunia.

Kisah ni jadi sebab utama kenapa pekerja yang memang super talented nak bekerja dengan dia. Huhu
Bila kita bawa orang masuk dalam team, isu paling utama isu trust. Boleh ke dia buat kerja? Boleh ke bagi dia buat keputusan?

Saya hadapi benda sama sebiji macam ni bila team saya makin ramai orang. Dari 4 sampai ke 30 sekarang. Tapi tengok cara Zuckerburg layan staff dia.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!