Satu-satunya peristiwa dalam sejarah peperangan laut.
Kapal perang berjaya menyerang dan menenggelamkan sebuah kapal induk.
Operasi Juno
Nazi Jerman melancarkan Operasi Juno untuk memburu kapal-kapal Tentera Bersekutu.
Kapal induk yang mula beraksi ketika perang dunia ke-2 telah mengubah lanskap peperangan hingga kini.
Mustahil bagi kapal perang untuk mencapai sasaran tembakan meriam kerana kapal induk akan meluncurkan dahulu pesawat tempurnya beratus kilometer jauh untuk menembak kapal musuh.
Hanya pesawat tempur/pengebom dan kapal selam mampu menenggelamkan kapal induk.
Kapal selam mampu menembak torpedo dan menenggelamkan kapal induk tetapi akan menanggung risiko posisinya yang terdedah setelah meluncurkan torpedo.
Pada 8 Jun 1940, HMS Glorious sedang belayar bersama 2 kapal pemusnah HMS Acasta & Ardent di Laut Norway, dalam perjalanan pulang ke Britain selepas terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan Tentera Berikat di Norway setelah Nazi berjaya menawan Perancis.
Semasa belayar melalui Laut Norway, kapal induk dan dua pengiringnya, kapal pemusnah HMS Acasta dan Ardent, dipintas oleh kapal perang kembar Jerman, KMS Scharnhorst dan Gneisenau yang diaturgerakkan dalam Operasi Juno.
Pemantau telah melihat 2 objek kelabu di ufuk laut.
HMS Glorious dan dua kapal pemusnah pengawalnya belum memiliki radar, jadi Kapten D'Oyly-Hughes memerintahkan kapal pemusnah Ardent untuk berpusing dan menyiasat serta mengesahkan kelibat 2 objek itu.
Kapten D'Oyly-Hughes tidak melancarkan pesawat untuk membentuk kawalan udara kerana dilaporkan memberi rehat kepada kru udara yang keletihan.
Semua pesawat yang berada di geladak tidak bersedia untuk pelancaran segera.
Kapten dengan segera mengarahkan pesawat disiapkan tetapi telah terlambat kerana kapal perang Nazi lebih pantas dan telah mencapai jarak tembakan meriamnya.
Pada masa itu, Glorious telah mengirimkan isyarat kecemasan yang diterima oleh kapal perang HMS Devonshire sejauh 50-80km.
HMS Acasta & Ardent, melepaskan asap untuk menutup penglihatan serta memberi perlindungan dari tembakan meriam kapal Nazi ke arahnya & HMS Glorious, tetapi ia adalah satu tindakan yang sia-sia kerana Scharnhorst & Gneisenau dilengkapi dengan radar.
Scharnhorst melepaskan tembakan ke arah Ardent yang datang untuk menyiasat.
Ardent dengan segera melepaskan asap untuk bersembunyi dan melancarkan serangan torpedo tetapi tersasar.
Sementara meriam yang lebih kecil bertukar tembakan dengan Ardent, meriam besar Scharnhorst menyasarkan HMS Glorious.
Pertempuran mula sengit, Scharnhorst dan Gneisenau melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah ketiga-tiga kapal British.
Dalam salah satu tembakan jarak jauh dalam sejarah tentera laut, tembakan meriam Scharnhorst sejauh 24km menghentam terus, meletupkan dek dan geladak penerbangan HMS Glorious serta dua pesawat pengebom Swordfish terpelanting ke dalam air.
Lubang besar mengakibatkan geladak penerbangan tidak dapat digunakan dan serpihan letupan juga menembusi salah satu dandang kapal dan memperlahankannya.
Satu peluru meriam menghentam tepat menara HMS Glorious, membunuh Kapten D'Oyly dan sebahagian besar kru kapal.
HMS Ardent akhirnya terperangkap setelah meluncurkan torpedo, terbakar dan karam oleh tembakan meriam musuh.
Pada masa itu, HMS Glorious mula mengiring dan berpusing-pusing sambil terus dihentam oleh tembakan meriam Scharnhorst & Gneisenau sehingga karam.
HMS Acasta juga ditembak bertalu-talu sehingga karam tetapi satu torpedo yang dilancarkannya berjaya mengenai Scharnhorst, menyebabkan 40 orang terbunuh serta merosakkan batang kipas kapal tetapi tidak karam dan ditunda untuk dibaiki.
Ketiga-tiga kapal British ini karam dalam pertempuran yang berlangsung selama hampir 2 jam.
Operasi Juno
Nazi
1 kapal perang rosak
40 terkorban
British
1 kapal induk karam
2 kapal pemusnah karam
1,519 terkorban, 45 selamat
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Rakaman dashcam insiden kemalangan motosikal yang menyalahkan anggota PDRM.
Boleh lihat punca sebenar kemalangan tersebut.
Kepada sesiapa yg mengecam/menuduh PDRM dalam insiden ini, sila tarik balik kata2 anda.
Siapa yang bersalah sebenarnya?
Saya nasihatkan supaya kita bersabar dan tenang sebelum mengecam/menuduh.
Antara hak yang selalu kita abaikan ialah, hak berfikir secara matang sebelum bertindak.
Sedap noh hangpa maki polis tanpa usul periksa, dia tak langgar/sepak pun moto tu, siap nk tolong lagi.. Hangpa kemain noh, maki2 termasuk la warganet, bila kebenaran dh terbukti, semua senyap, kalau gentle mai pakat mintak maaf, tu pn kalau hangpa benghani, ada teloq..
Pada 18 Januari 1956, satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London.
Persidangan Meja Bulat ini di hadiri oleh wakil Raja-raja Melayu dan Kerajaan Perikatan.
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti:-
1.Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.
2.Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Ini adalah pengalaman saya sendiri yang membesar dalam keluarga yang menjadikan hidangan daging lembu bahagian ini sebagai menu istimewa pada Hari Raya Aidilfitri/Adha..
Lauk berbuka puasa pada bulan Ramadan pada hari yang ada menu daging dan pada hari-hari istimewa lain.
Sejak saya kecil, ayah akan beli daging harimau menangis pada setiap kali beliau ke pasar/tempat sembelihan jika berasa nak makan daging,pada Hari Raya atau hari istimewa lain.
Datuk ajar ayah, dan ayah ajar saya.
Daging ini hanya sedap jika lembu itu muda, tempatan & makan rumput sahaja.
Daging harimau menangis dari lembu fidlot/dedak/kacuk/import mempunyai rasa yang sama macam bahagian yang lain saja.