Hari Ini Dalam Sejarah

Pada 18 Januari 1956, satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London.

Persidangan Meja Bulat ini di hadiri oleh wakil Raja-raja Melayu dan Kerajaan Perikatan. Image
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti:- Image
1.Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.

2.Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu. Image
3.Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu. Image
Perjanjian London

Hasil daripada Persidangan Malaya Merdeka tersebut, Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Image
Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Image
Beberapa perkara penting telah dipersetujui di dalam rundingan tersebut iaitu:

1. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
2. Institusi raja berpelembagaan dikekalkan.
3. Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri diteruskan.
4. Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan merdeka.
5. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu.
6. Satu perjanjian dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan Tanah Melayu dan juga menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan

Pada 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka telah selamat kembali ke Tanah Melayu. Kepulangan mereka telah disambut dengan meriah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang telah diadakan Padang Merdeka, Banda Hilir di Melaka. Image
Tunku Abdul Rahman Putra kemudiannya telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Image
Susulan daripada itu juga pada 21 Mac 1956, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Image
Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Rhys Barzinni

Rhys Barzinni Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ellmart88

18 Jan
Rakaman dashcam insiden kemalangan motosikal yang menyalahkan anggota PDRM.

Boleh lihat punca sebenar kemalangan tersebut.

Kepada sesiapa yg mengecam/menuduh PDRM dalam insiden ini, sila tarik balik kata2 anda.
Siapa yang bersalah sebenarnya?
Saya nasihatkan supaya kita bersabar dan tenang sebelum mengecam/menuduh.

Antara hak yang selalu kita abaikan ialah, hak berfikir secara matang sebelum bertindak.
Sedap noh hangpa maki polis tanpa usul periksa, dia tak langgar/sepak pun moto tu, siap nk tolong lagi.. Hangpa kemain noh, maki2 termasuk la warganet, bila kebenaran dh terbukti, semua senyap, kalau gentle mai pakat mintak maaf, tu pn kalau hangpa benghani, ada teloq..
Read 4 tweets
17 Jan
Tahukah anda

Satu-satunya peristiwa dalam sejarah peperangan laut.

Kapal perang berjaya menyerang dan menenggelamkan sebuah kapal induk.

Operasi Juno

Nazi Jerman melancarkan Operasi Juno untuk memburu kapal-kapal Tentera Bersekutu. Image
Kapal induk yang mula beraksi ketika perang dunia ke-2 telah mengubah lanskap peperangan hingga kini.

Mustahil bagi kapal perang untuk mencapai sasaran tembakan meriam kerana kapal induk akan meluncurkan dahulu pesawat tempurnya beratus kilometer jauh untuk menembak kapal musuh. Image
Hanya pesawat tempur/pengebom dan kapal selam mampu menenggelamkan kapal induk.

Kapal selam mampu menembak torpedo dan menenggelamkan kapal induk tetapi akan menanggung risiko posisinya yang terdedah setelah meluncurkan torpedo. ImageImage
Read 16 tweets
13 Jan
Daging Harimau Menangis

Ia bukan daging batang pinang/tenderloin/sirloin

Ini adalah pengalaman saya sendiri yang membesar dalam keluarga yang menjadikan hidangan daging lembu bahagian ini sebagai menu istimewa pada Hari Raya Aidilfitri/Adha.. Image
Lauk berbuka puasa pada bulan Ramadan pada hari yang ada menu daging dan pada hari-hari istimewa lain.

Sejak saya kecil, ayah akan beli daging harimau menangis pada setiap kali beliau ke pasar/tempat sembelihan jika berasa nak makan daging,pada Hari Raya atau hari istimewa lain. Image
Datuk ajar ayah, dan ayah ajar saya.
Daging ini hanya sedap jika lembu itu muda, tempatan & makan rumput sahaja.

Daging harimau menangis dari lembu fidlot/dedak/kacuk/import mempunyai rasa yang sama macam bahagian yang lain saja.

Kenapa dinamakan Daging Harimau Menangis? Image
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!