Video ini sedang tular. Ini adalah aktiviti penerjunan angkasa (space diving).

Ada beberapa kesalahan pada deskripsi video ini dan saya akan berkongsi tentang realnya aktiviti ini dan mengapa ia masih dikira selamat untuk dilakukan.
1. Penerjun ini tidak melakukan penerjunan sejauh 1,236 km. Nilai itu mungkin merujuk pada kelajuan terjunan yang dilakukan iaitu 1,236 km/j. Penerjun ini ialah Felix Baumgartner yang pernah terjun selaju sekitar 1,358 km/j.
2. Tinggi terjunan yang beliau lakukan ialah dalam 38 km dari paras air laut. Tidak sampai 1,000 lebih ya. Dan beliau pemegang rekod nombor dua terjun setinggi itu. Nombor satu ialah Alan Eustace yang terjun setinggi sekitar 42 km dari paras air laut.
3. Tahap yang dihadkan untuk lakukan aktiviti ini ialah 100 km dari paras air laut. Had ini dipanggil sebagai garisan Karman. Garisan ini menjadi garis pemisah antara angkasa lepas dan atmosfera Bumi. Jadi, amnya, penerjuan ini masih lakukan penerjunan dalam atmosfera Bumi.
4. Persoalan popular yang saya terima ialah, dia tak terbakar ke terjun setinggi itu? Tidak terbakar kerana beberapa perkara. Pertama, dia tidak cukup laju untuk terbakar.

Walaupun, penerjun terjun memecah kelajuan bunyi ia masih belum cukup laju.
5. Meteor dan kapal angkasa yang terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi mempunyai kelajuan sekitar 20,000 km/j hingga 40,000 km/j. Tersangat laju kalau mahu dibandingkan dengan kelajuan penerjun yang tidak sampai pun 2,000 km/j.
6. Disebabkan saiz manusia yang kecil dan ringan, halaju terminalnya lebih rendah berbanding objek berat seperti kapal angkasa dan meteor. Manusia jatuh laju awalnya, dan semakin perlahan apabila semakin jauh ke bawa kerana ketumpatan udara semakin tinggi.
Ibaratnya, kalau semut jatuh daripada KLCC tidak mati kerana saiznya kecil dan ringan, jadi halaju terminalnya sangat rendah kalau nak bandingkan dengan manusia yang jatuh tingkat yang rendah daripada KLCC, akan menempah maut.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

22 Jan
Israel telah berjaya mencetak daging alternatif (alt-meat) menggunakan pencetak 3D, bermula dari proses pembiakan sel. Daging ini mempunyai kualiti, rasa & tekstur yang sama dengan daging sebenar. Dalam masa 1 jam, pencetak 3D ini mampu menghasilkan ribuan unit daging.

#TriviaZM Image
Daging ini boleh dimakan dan telah masuk ke restoran-restoran di Israel pada tahun ini dan akan masuk ke pasaraya di sana pada tahun 2022. Tujuan teknologi ini dibangunkan ialah untuk hasilkan lebih banyak makanan tanpa perlu sembelih lebih banyak haiwan.jpost.com/food-recipes/w…
Berdasarkan artikel, ada beberapa kelebihan dengan teknologi ini;

1. Kurangkan kos penternakan haiwan (tak perlu ternak banyak haiwan kerana daging dapat hasilkan dalam banyak unit melalui haiwan yang ada).

2. Dapat menjaga kualiti keselamatan daging itu dengan lebih baik.
Read 7 tweets
20 Jan
Kita bahaskan konteks TAFSIRAN ke atas ayat Quran. Golongan Bumi Rata percaya ada ayat Quran yang bermaksud Bumi ini tidak bergerak & matahari mengelilinginya. Kalau kita bawa tafsiran ini ke zaman lampau, bolehlah kita cakap selari sains & Quran. Hakikatnya kini?
Hakikatnya, Bumi beredar mengelilingi Matahari. Penemuan sains berubah². Dulu sains menemui Bumi tidak bergerak, kini sains menemui Bumi bergerak. Jadi, disebabkan ini, Quran dan sains jadi tidak selari kerana Quran tafsir Bumi tidak bergerak (seperti dakwaan geng Bumi Rata)?
Kita bolehlah dakwa itu ini, sebut Quran sudah temui dulu itu ini. Tetapi kita tak nampak penemuan sains sentiasa berubah. Kalau awal² kita dah dakwa, "Ini selari dengan Quran", selepas itu tiba-tiba sains temui benda yang lebih tepat yang tak selari dengan tafsiran. Bagaimana?
Read 6 tweets
15 Dec 20
Dulu, bahasa ilmu ialah bahasa Yunani, India & China. Ketika Empayar Islam meluas, karya² dari tiga tamadun ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Orang Arab tak belajar bahasa STEM dalam bahasa Yunani, India, China tetapi dalam bahasanya sendiri. Terjemah, baru teroka ilmunya.
Baitul Hikmah (House of Wisdom) pada era Abbasiyyah merupakan pusat pengetahuan empayar yang berbahasa Arab iaitu bahasa penutur subjek dan rakyatnya. Yang melakukan tugas² terjemahan ini adalah para sarjana, yang mendapat manfaat ialah sarjana dan rakyatnya sekali.
Apa yang dibuat pada ketika itu adalah apa yang dibuat oleh negara-negara maju seperti Jerman, China, Korea Selatan, Jepun, Perancis dan lain-lain. Rakyatnya diajar STEM dalam bahasa penutur tetapi sarjananya yang kutip gedung pengetahuan yang berbahasa Inggeris.
Read 15 tweets
17 Nov 20
Saya cuba bantah satu² dalam bebenang ini. Insya-Allah.

1. Kalau video ini betul, sepatutnya gambarnya sebegini. Matahari kelihatan warna putih apabila dilihat dari angkasa, bukan warna kuning. Putih adalah warna sebenar Matahari.

Boleh tonton video ini;
2. Untuk ambil kira lengkung Bumi, kena ambil kira jarak tiang yang tampung jambatan. Kalau tiang dekat², lengkungan Bumi tak diambil kira seperti Danyang–Kunshan Grand. Kalau tiang jauh-jauh, perlu diambil kira seperti Verrazano-Narrows Bridge.

Ini penglihatan cawangan kuasa Pontchartrain yang dibina tanpa mengambil kira lengkungan Bumi. Tetapi nampak lengkungannya.
Read 14 tweets
15 Nov 20
Ini konsep gelombang pegun (standing waves). Frekuensi berbeza hasilkan bunyi yang berbeza. Bunyi sama dibuat berulang akan hasilkan corak yang harmoni.

Gelombang ada nod & anti-nod (titik merah). Pasir/garam duduk di kawasan anti-nod sebab situ saja gelombang tak naik turun.
Gambar yang saya tunjukkan dalam bentuk 2D, mungkin susah nak faham. Ini bentuk 3D-nya. Kalau frekuensi makin tinggi, akan lebih banyak gelombang yang naik turun, maka lebih banyak nod & anti-nod. Jadi, coraknya pun berbeza.
Info tambahan; bunyi merupakan contoh gelombang mekanikal. Ia akan berikan kesan mekanikal ke atas medium yang ia lalui. Dalam contoh video, kesan ke atas meja.
Read 4 tweets
15 Nov 20
Gagak merupakan antara haiwan terbijak di dunia. Gagak pandai beradaptasi selari dengan perubahan hidup & pembangunan manusia sebab itu tak susah nak jumpa gagak dalam kalangan kita. Tak seperti haiwan lain, gagak bijak mencipta pelbagai kaedah baru apabila menghadapi kesusahan.
Antara kesan kepupusan sesetengah haiwan ialah disebabkan oleh kemajuan pembangunan manusia. Tetapi gagak tidak pupus, mereka beradaptasi. Kalau ada makanan susah nak capai, mereka cari jalan macam mana nak dapatkan. Kalau haiwan lain tak macam itu, tak dapat terus mengalah.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!