Dulu, bahasa ilmu ialah bahasa Yunani, India & China. Ketika Empayar Islam meluas, karya² dari tiga tamadun ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Orang Arab tak belajar bahasa STEM dalam bahasa Yunani, India, China tetapi dalam bahasanya sendiri. Terjemah, baru teroka ilmunya.
Baitul Hikmah (House of Wisdom) pada era Abbasiyyah merupakan pusat pengetahuan empayar yang berbahasa Arab iaitu bahasa penutur subjek dan rakyatnya. Yang melakukan tugas² terjemahan ini adalah para sarjana, yang mendapat manfaat ialah sarjana dan rakyatnya sekali.
Apa yang dibuat pada ketika itu adalah apa yang dibuat oleh negara-negara maju seperti Jerman, China, Korea Selatan, Jepun, Perancis dan lain-lain. Rakyatnya diajar STEM dalam bahasa penutur tetapi sarjananya yang kutip gedung pengetahuan yang berbahasa Inggeris.
Mahu belajar apa² pun, perlukan kefahaman. Nak faham sesuatu, perlulah dalam bahasa penutur. Di Malaysia, bahasa penutur ialah BM. Agama diajar dalam BM, bukan dalam BA berhabuk. Nak terangkan benda susah kepada pakcik pun kena guna BM.
Apa relavannya BI kalau nak terangkan pada orang kampung tentang asas graviti dan hukum pergerakan pun kena guna BM? Kalau guna BI, mereka boleh faham ke?Nak ajar agama pada orang kampung pun ustaz kena cakap BM, bukan dari awal sampai ke habis cakap BA. Kalau
Kita tidak menafikan banyak pengetahuan STEM adalah dalam BI. Maka, untuk kutip ilmu² STEM ini, perlulah perkasakan BI. Bukan sumbat BI dalam STEM. Kalau BI hebat pun tapi tak faham konsep dalam STEM, boleh faham ke ilmu² STEM dalam BI? Tetap tak faham.
Kalau faham STEM pun tapi tak faham BI, tetap tak boleh kutip ilmu STEM dalam BI. Kita perlukan dua², tetapi bukan dengan integrasi kedua²nya sebagai kaedah belajar. STEM belajar dalam bahasa penutur untuk kefahaman, BI diajar berasingan dengan STEM untuk kutip ilmu STEM dalam BI
Kita di rumah cakap BM, di luar cakap BM, sembang cakap BM, berurusan cakap BM, tiba² belajar STEM guna BI. Dia macam belajar STEM guna bahasa Mesir Purba (hieroglif). Kalau belajar STEM guna BI itu relevan dan bagus, kenapa tak guna bahasa lain sekali? Arab ke, Mandarin ke?
Almagest, karya agung Yunani dalam bidang astronomi yang dikarang oleh Ptolemy. Diterjemahkan ke dalam BA oleh Sahl ibn Bishr. Kemudian, barulah Alhazen dapat telaah karya ini dan berkembang ilmu astronomi dalam dunia Islam. Alhazen sebarkan ilmunya pun dalam BA.
Karya-karya Galen dalam bahasa Yunani banyak diterjemah oleh sarjana-sarjana Kristian dalam Bahasa Arab. Hasilnya? Ibnu Sina dapat manfaat. Berkembanglah ilmu perubatan di dunia Islam. Ibnu Sina pun kembangkan ilmu perubatan dalam BA, bukan bahasa Yunani.
Karya-karya Aristotle diterjemah dari bahasa Yunani ke bahasa Arab baru Al-Razi dapat kembangkan ilmu falsafah.
Jasa terjemahan amat besar dalam dunia Islam. Kalau ilmu-ilmu pengetahuan ini tidak diterjemah ke dalam BA, jangan harap ilmu sains akan berkembang di dunia Islam. Tetapi masalah utama di Malaysia ialah, terjemahan kita sangat perlahan.
Tetapi kita dapat atasi masalah itu dengan mengajar dalam BM. Usaha² terjemahan telah pun membuktikan ilmu itu berkembang dengan bahasa penuturnya, bukannya bahasa asing. Walaupun aktiviti terjemahan kita lemah, kita boleh ubah pendidikan kita dengan mengajar STEM dalam BM.
Saya nak tekankan, kita mahu gunakan BM sebagai bahasa untuk mengajar STEM bukan sebab kita nak junjung BM ataupun BM sebagai identiti, tetapi kerana BM adalah bahasa pertuturan kita, bahasa yang kita boleh faham dengan sangat baik berbanding BI.
Kalau suatu hari nanti BI adalah bahasa pertuturan kita sampai sembang kedai kopi, berbual di rumah dan beli pisang di tepi jalan pun kita guna BI, maka barulah relevan kita nak guna BI untuk ajar STEM.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

17 Nov
Saya cuba bantah satu² dalam bebenang ini. Insya-Allah.

1. Kalau video ini betul, sepatutnya gambarnya sebegini. Matahari kelihatan warna putih apabila dilihat dari angkasa, bukan warna kuning. Putih adalah warna sebenar Matahari.

Boleh tonton video ini;
2. Untuk ambil kira lengkung Bumi, kena ambil kira jarak tiang yang tampung jambatan. Kalau tiang dekat², lengkungan Bumi tak diambil kira seperti Danyang–Kunshan Grand. Kalau tiang jauh-jauh, perlu diambil kira seperti Verrazano-Narrows Bridge.

Ini penglihatan cawangan kuasa Pontchartrain yang dibina tanpa mengambil kira lengkungan Bumi. Tetapi nampak lengkungannya.
Read 14 tweets
15 Nov
Ini konsep gelombang pegun (standing waves). Frekuensi berbeza hasilkan bunyi yang berbeza. Bunyi sama dibuat berulang akan hasilkan corak yang harmoni.

Gelombang ada nod & anti-nod (titik merah). Pasir/garam duduk di kawasan anti-nod sebab situ saja gelombang tak naik turun.
Gambar yang saya tunjukkan dalam bentuk 2D, mungkin susah nak faham. Ini bentuk 3D-nya. Kalau frekuensi makin tinggi, akan lebih banyak gelombang yang naik turun, maka lebih banyak nod & anti-nod. Jadi, coraknya pun berbeza.
Info tambahan; bunyi merupakan contoh gelombang mekanikal. Ia akan berikan kesan mekanikal ke atas medium yang ia lalui. Dalam contoh video, kesan ke atas meja.
Read 4 tweets
15 Nov
Gagak merupakan antara haiwan terbijak di dunia. Gagak pandai beradaptasi selari dengan perubahan hidup & pembangunan manusia sebab itu tak susah nak jumpa gagak dalam kalangan kita. Tak seperti haiwan lain, gagak bijak mencipta pelbagai kaedah baru apabila menghadapi kesusahan.
Antara kesan kepupusan sesetengah haiwan ialah disebabkan oleh kemajuan pembangunan manusia. Tetapi gagak tidak pupus, mereka beradaptasi. Kalau ada makanan susah nak capai, mereka cari jalan macam mana nak dapatkan. Kalau haiwan lain tak macam itu, tak dapat terus mengalah.
Read 4 tweets
29 Jun
Perang Arus (War of Current) dikenali sebagai perang antara arus DC (direct current) dan arus AC (alternating current).

Apabila melibatkan pertelingkahan antara DC dan AC, orang akan terus ingat Perang Arus ialah perang idea antara Thomas Edison dan Nikola Tesla.

#UntaianZM
Sedangkan, Perang Arus melibatkan 15 buah syarikat tenaga elektrik di Amerika Syarikat yang berperang untuk memonopoli perniagaan tenaga elektrik pada lewat kurun ke-19.

Bukan 1-2 syarikat elektrik (syarikat Edison & syarikat Westinghouse) seperti yang sering diromantiskan.
Sebelum lampu mentol yang beroperasi melalui arus DC diperkenalkan oleh Edison, A.S. menggunakan lampu arka yang beroperasi melalui arus AC.

Lampu jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Eropah sebelum Tesla lahir lagi.
Read 29 tweets
21 May
Disebabkan berita tentang dunia selari (parallel universe) sedang hangat diperkatakan, saya nak kongsi bagaimana idea ini boleh muncul. Kenapa tiba-tiba ahli fizik boleh terfikir tentang idea dunia selari ini?

#UntaianZM
Dalam satu syarahan pada tahun 1952 di Dublin, Erwin Schrodinger pernah berseloroh idea yang dia bagi amaran awal-awal "kedengaran gila". Beliau berkata persamaan Schrodinger yang membolehkannya menang Hadiah Nobel menggambarkan dunia yang banyak (multiverse).
Kalau kita biasa dengar persamaan Schrodinger, automatik kita akan teringat dengan mekanik kuantum. Apa kaitan mekanik kuantum dengan dunia selari dalam topik ini?

Jadi, kita kena kenal dulu secara dasar konsep mekanik kuantum.
Read 18 tweets
18 May
Karya Abdul Latip Talib pernah ada isu iaitu novel Hijrah yang ada tokok tambah dalam sejarah Nabi. Semenjak itu timbul polemik tentang isu fiksyen sejarah, lebih² lagi sejarah Nabi & Sahabat.

Apabila sejarah difiksyenkan, akan cenderung tokok tambah daripada peristiwa sebenar.
Memfiksyenkan sejarah ada merit dalam pembangunan budaya. Contohnya macam Jepun dan China, ada karya fiksyen untuk tokoh-tokoh mereka sehingga sejarah mereka dikenali oleh bangsa² luar.

Cumanya, boleh ke kita fiksyen kisah orang yang real tanpa persetujuan daripada mereka?
Contohnya macam novel Mustafa Kamal yang kononnya mayat tak ditelan Bumi. Kerana mitos itu, kita dah fitnah susuk tubuhnya yang terhasil daripada fiksyen. Ini antara kesan fiksyen sejarah. Benda yang tak ada jadi ada dan menjadi kepercayaan.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!