Saya cuba bantah satu² dalam bebenang ini. Insya-Allah.

1. Kalau video ini betul, sepatutnya gambarnya sebegini. Matahari kelihatan warna putih apabila dilihat dari angkasa, bukan warna kuning. Putih adalah warna sebenar Matahari.

Boleh tonton video ini;
2. Untuk ambil kira lengkung Bumi, kena ambil kira jarak tiang yang tampung jambatan. Kalau tiang dekat², lengkungan Bumi tak diambil kira seperti Danyang–Kunshan Grand. Kalau tiang jauh-jauh, perlu diambil kira seperti Verrazano-Narrows Bridge.

Ini penglihatan cawangan kuasa Pontchartrain yang dibina tanpa mengambil kira lengkungan Bumi. Tetapi nampak lengkungannya.
Ini Verrazano-Narrows Bridge yang mengambil kira lengkungan Bumi untuk dibina sebab jarak tiang yang jauh.
3. Bumi terlalu besar. Untuk manusia macam kita yang tinggi sekitar 1.7 m hingga 2 m, hanya mampu melihat sejauh 5 km. Selepas itu tak dapat nampak dah akibat lengkungan Bumi. Kalau pergi makin tinggi, kejauhan itu makin meningkat.

Pada ketinggian tertentu, kita akan dapat melihat lengkungan Bumi. Tetapi kenapa dalam gambar ini, kita tidak dapat melihat lengkungan Bumi? Sebab belum cukup tinggi. Lengkungan itu ada, tetapi terlalu kecil untuk dilihat.

Ini gambaran paling mudah. Kita pandang rendah dengan kebesaran Bumi. Untuk nampak lebih jelas, paling tidak kita perlu pergi ke ISS (sekitar 400 km dari permukaan Bumi). Kalau tidak, memang mudah nampak rata dan susah nak nampak lengkungan.
4. Kalau di Bumi, kita nampak bulan melalui fasa² tertentu seperti bulan penuh, bulan sabit, bulan separuh kerana Matahari tidak memancar sepenuhnya ke permukaan Bulan. Sama juga macam Bumi. Ada fasanya juga yang dapat kita lihat kalau duduk di Bulan.

5. Ya, bumi tidak sfera sepenuhnya. Ada membujur sikit yang dipanggil sebagai ellipsoid. Tetapi tak adalah ketara sangat. Cumanya dalam kiraan, saintis selalu ambil sfera sebab lebih mudah untuk lakukan kiraan.

6. Kalau nak kongsi pautan apa-apa untuk sokong kepercayaan sendiri janganlah sampai memakan diri. Dalam artikel ini memang tunjuk gambar simulasi yang dibuat oleh NASA. Tetapi artikel ini tunjuk juga rupa bentuk Bumi sebenar dari angkasa.

Ini gambarnya. Diambil dari artikel yang sama.
Saya dari dulu nak tahu macam mana rupa Bumi Rata kepercayaan mereka ini semua. Asyik tunjuk gambar ufuk Bumi yang rata saja. Cuba tunjuk sikit rupa bentuk Bumi yang sebenarnya macam mana. Macam piring ke, empat segi ke, macam dinosour ke, nak tahu juga.

Saya harap macam ini.
Semalam, SpaceX baru saja bawa krew pergi ISS. Ini video siaran langsung;

Satu perkara penting perlu saya tambah, di Bumi ada atmosfera yang memberikan kesan terhadap pembiasan cahaya. Kadangkala antara sebab kita susah nak nampak lengkungan Bumi apabila dilihat dari Bumi ialah cahaya dibias yang membuatkan kita mudah nampak rata di ufuk.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

15 Nov
Ini konsep gelombang pegun (standing waves). Frekuensi berbeza hasilkan bunyi yang berbeza. Bunyi sama dibuat berulang akan hasilkan corak yang harmoni.

Gelombang ada nod & anti-nod (titik merah). Pasir/garam duduk di kawasan anti-nod sebab situ saja gelombang tak naik turun.
Gambar yang saya tunjukkan dalam bentuk 2D, mungkin susah nak faham. Ini bentuk 3D-nya. Kalau frekuensi makin tinggi, akan lebih banyak gelombang yang naik turun, maka lebih banyak nod & anti-nod. Jadi, coraknya pun berbeza.
Info tambahan; bunyi merupakan contoh gelombang mekanikal. Ia akan berikan kesan mekanikal ke atas medium yang ia lalui. Dalam contoh video, kesan ke atas meja.
Read 4 tweets
15 Nov
Gagak merupakan antara haiwan terbijak di dunia. Gagak pandai beradaptasi selari dengan perubahan hidup & pembangunan manusia sebab itu tak susah nak jumpa gagak dalam kalangan kita. Tak seperti haiwan lain, gagak bijak mencipta pelbagai kaedah baru apabila menghadapi kesusahan.
Antara kesan kepupusan sesetengah haiwan ialah disebabkan oleh kemajuan pembangunan manusia. Tetapi gagak tidak pupus, mereka beradaptasi. Kalau ada makanan susah nak capai, mereka cari jalan macam mana nak dapatkan. Kalau haiwan lain tak macam itu, tak dapat terus mengalah.
Read 4 tweets
29 Jun
Perang Arus (War of Current) dikenali sebagai perang antara arus DC (direct current) dan arus AC (alternating current).

Apabila melibatkan pertelingkahan antara DC dan AC, orang akan terus ingat Perang Arus ialah perang idea antara Thomas Edison dan Nikola Tesla.

#UntaianZM
Sedangkan, Perang Arus melibatkan 15 buah syarikat tenaga elektrik di Amerika Syarikat yang berperang untuk memonopoli perniagaan tenaga elektrik pada lewat kurun ke-19.

Bukan 1-2 syarikat elektrik (syarikat Edison & syarikat Westinghouse) seperti yang sering diromantiskan.
Sebelum lampu mentol yang beroperasi melalui arus DC diperkenalkan oleh Edison, A.S. menggunakan lampu arka yang beroperasi melalui arus AC.

Lampu jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Eropah sebelum Tesla lahir lagi.
Read 29 tweets
21 May
Disebabkan berita tentang dunia selari (parallel universe) sedang hangat diperkatakan, saya nak kongsi bagaimana idea ini boleh muncul. Kenapa tiba-tiba ahli fizik boleh terfikir tentang idea dunia selari ini?

#UntaianZM
Dalam satu syarahan pada tahun 1952 di Dublin, Erwin Schrodinger pernah berseloroh idea yang dia bagi amaran awal-awal "kedengaran gila". Beliau berkata persamaan Schrodinger yang membolehkannya menang Hadiah Nobel menggambarkan dunia yang banyak (multiverse).
Kalau kita biasa dengar persamaan Schrodinger, automatik kita akan teringat dengan mekanik kuantum. Apa kaitan mekanik kuantum dengan dunia selari dalam topik ini?

Jadi, kita kena kenal dulu secara dasar konsep mekanik kuantum.
Read 18 tweets
18 May
Karya Abdul Latip Talib pernah ada isu iaitu novel Hijrah yang ada tokok tambah dalam sejarah Nabi. Semenjak itu timbul polemik tentang isu fiksyen sejarah, lebih² lagi sejarah Nabi & Sahabat.

Apabila sejarah difiksyenkan, akan cenderung tokok tambah daripada peristiwa sebenar.
Memfiksyenkan sejarah ada merit dalam pembangunan budaya. Contohnya macam Jepun dan China, ada karya fiksyen untuk tokoh-tokoh mereka sehingga sejarah mereka dikenali oleh bangsa² luar.

Cumanya, boleh ke kita fiksyen kisah orang yang real tanpa persetujuan daripada mereka?
Contohnya macam novel Mustafa Kamal yang kononnya mayat tak ditelan Bumi. Kerana mitos itu, kita dah fitnah susuk tubuhnya yang terhasil daripada fiksyen. Ini antara kesan fiksyen sejarah. Benda yang tak ada jadi ada dan menjadi kepercayaan.
Read 9 tweets
12 May
Saya nak buktikan satu eksperimen. Tetapi sebelum itu, saya memohon kepada anda untuk pilih antara dua lukisan di bawah, lukisan mana yang anda berkenan.

Saya ada sediakan "pool" di reply, mohon jawab di situ 😁

#UntaizanZM
Jawab di sini;
Selepas satu jam, saya akan cerita. Sementara itu, boleh RT dan pilih lukisan dulu. 😁
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!