Suatu pagi di klinik Telinga, Hidung & Tekak ::

Pesakit : Dr, saya ada sinus. Macam mana nak rawat?
Dr : Alhamdulillah, awak patut bersyukur awak ada sinus.
Pesakit : eh Dr, kenapa pula?? Bukan sinus itu penyakit ke?
Dr : Bukan. Itu adalah struktur normal dalam badan kita.
Pesakit : ooo...boleh Dr jelaskan lagi....
Dr : Begini......

Ini adalah antara pertayaan yang sering kali diungkapkan oleh pesakit ketika datang berjumpa Dr di klinik ENT. Ingin saya perbetulkan salah faham ini.
Secara ringkas Sinus merupakan salah satu rongga atau ruang dalam badan kita. Sinus hidung (paranasal sinus) pula merupakan ruang udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak muka dan mempunyai 4 pasang seperti gambar di atas.
Maka sangat lah tidak tepat penggunaan perkataan sinus untuk menggambarkan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perkataan yang sesuai adalah 'sinusitis' atau pun 'Allergic Rhinitis'.

"Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa"

#MedTweetMY

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul |

Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Dr_Shaiful

16 Dec 20
"Dr, gegendang telinga saya bocor. Bolehkah ia sembuh kembali?"

Ini antara persoalan yang kerap di tanya oleh pesakit saya sebaik di rujuk ke Klinik Pakar ORLHNS.

Nak tahu jawapan? Jom ikut bebenang dibawah: 👇

Dr Epul
Pakar ORLHNS
Begini lah rupa gegendang telinga yang bocor, hampir 50%. Untuk tahu bolehkah ia sembuh kembali, kita perlu tahu punca atau faktor penyebab berlakunya kebocoran gegendang telinga ini.

Ringkasnya, paling biasa saya jumpa di klinik disebabkan oleh trauma & jangkitan kuman
1) Bocor disebabkan oleh trauma

Contoh:
-korek telinga menggunakan besi atau cotton bod tanpa sengaja tercucuk sehingga bocor
-ditampar kuat sehingga menyebabkan bocor
-kesan hentakan akibat jatuh

Kebiasaanya, kebocoran gegendang disebabkan oleh trauma boleh pulih sendiri.
Read 7 tweets
11 Apr 20
AWAS..!!

Jika anda hilang deria BAU semasa wabak COVID-19 ini, anda perlu berhati-hati kerana anda KEMUNGKINAN menghidapi COVID-19.

Betul ke Doktor? Jom ikuti bebenang ini 👇👇
Satu kajian yang dijalankan oleh Pakar Perubatan di King College London mendapat hampir 60% pesakit yang +ve Covid-19 ini mempunyai gejala hilang deria bau (anosmia).
Pakar ORL di sebuah Hospital Osaka juga berpendapat

" Jika pesakit mengalami gejala hilang bau & rasa walaupun tiada gejala batuk atau selsema, Doktor perlu lebih berhati2 & perlu menyoal lebih terperinci lagi."
Read 8 tweets
17 Oct 19
"PEKAK DI USIA MUDA & REMAJA"

Betulkah ada terjadi?? Jika ada, bagaimanakah boleh terjadi?? Bagaimana pula untuk mencegahnya?

Untuk info lebih lanjut, Jom ikuti Bebenang dibawah :
Penggunaan Ear Phone @ Ear Pod (iPhone) untuk mendengar muzik dalam kalangan REMAJA zaman sekarang sudah menjadi satu trend.

Baik ditempat kerja, kedai makan atau perhentian awam, rata-rata kita akan nampak anak Muda akan memakai sesuatu di telinga mereka. Stylo kan?
Tetapi, tahukah mereka akan risiko yang bakal dialamai jikalau mendengar muzik yang terlampau KUAT & LAMA menggunakan Ear Phone itu mampu MEROSAKKAN deria pendengaran? IYA.! Lebih parah jika tidur hingga ke pagi sambil "on music".
Read 12 tweets
13 Aug 19
Pernah "breaking bad news" kepada seorang pesakit berumur 32 tahun dihadapan isterinya, mempunyai 2 orang anak, didiagnose sebagai Pengidap Kanser Lidah Tahap 4.

Thread Story
Sewaktu pertemuan pertama dengan pesakit, sebaik sahaja melihat ketumbuhan yang ada pada lidahnya ( seperti dlm gambar) hati sudah sedih kerana sudah boleh anggap keputusan tisu biopsy nanti.

Namun cekalkan hati untuk tidak menampakkan riaksi wajah yang sedih.
Setelah segala sejarah riwayat pesakit & pemeriksaan dilakukan..persetujuan dicapai untuk mengambil sedikit biopsi pada ketumbuhan tersebut, Alhamdulillah, prosedure berjalan lancar tanp sebarang komplikasi yang teruk.
Read 7 tweets
28 Feb 19
"Dr, anak saya sejak umur 6 bulan ni semakin kuat bunyi & berbunyi nafasnya, seolah-olah macam berdengkur. Lebih-lebih lagi ketika menangis. Kenapa ya Dr?"

AWAS..!!! Anak anda mungkin menghidapi LARYNGOMALACIA. Jom fahami apa itu LARYNGOMALACIA

#MedTweetMY
APAKAH ITU LARYNGOMALACIA?

- Merupakan masalah congenital dalam kalangan bayi yang disebabkan oleh saluran pernafasan bahagian tisu larinks ( kotak suara) yang lembut atau pra-matang.

- Merupakan masalah paling biasa dalam kalangan bayi yang hadapi nafas berbunyi.
FAKTOR PENYEBAB?

-Punca utama tidak diketahui. Faktor penyumbang kerana struktur larinks yang kekurangan otot atau rawan yang rapuh menyebabkan tisu larinks menutupi saluran pernafasan. Biasanya berlaku kepada bayi pramatang.

-GERD juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
Read 7 tweets
24 Feb 19
Negara kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian seoarang kanak-kanak yang disebabkan oleh Difteria & terbaru 5 lagi dikesan postitif.

Apa itu DIFTERIA.? Bagaimana ia boleh membawa maut. Jom ikuti Bebenang ini 👇👇
Apakah itu Difteria?

Difteria adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheriae.

Bakteria ini akak merembeskan toksin & akan jangkiti pada bahagian tonsil, fariks, larinks & hidung.
Cara Jangkitan :

Melalui sentuhan fizikan & juga titisan cecair pernafasan.

Tempoh pengeraman bakteria ini adalah 2 - 5 hari
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!