Mesti ramai antara kita yang duduk di rumah strata kan?

Masalah yang biasa kita hadap bila duduk rumah bertingkat ni bila ada kebocoran antara tingkat.

Siapa yang perlu bertanggungjawab kalau ada kebocoran? Pihak pengurusan atau pemilik rumah atas?
Contoh situasi:

Abu tinggal di sebuah apartment di KL. Suatu hari, dia perasan banyak air menitik daripada siling bilik air rumah sampaikan keadaan bilik air tersebut sangat teruk dan baunya yang meloyakan.
Abu tanya pemilik rumah atas, Pakcik Jalil pasal ni. Pakcik Jalil cakap memang tandas rumah dia dah lama rosak. Abu bagi tempoh 3 hari kepada Pakcik Jalil bagi baiki kerosakan di bilik air beliau tapi Pakcik Jalil tetap tidak berbuat apa-apa.

Apa Abu boleh lakukan?
Tindakan pertama yang Abu perlu lakukan adalah memberikan notis kepada pihak pengurusan di apartment selaras dengan Peraturan 56 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.
Selepas beri notis, apa sepatutnya tindakan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan apartment?
Setelah menerima notis seperti di Peraturan 56 tersebut, pihak pengurusan apartment haruslah menjalankan pemeriksaan dalam masa tujuh (7) hari ke atas unit milik Pakcik Jalil bagi menentukan punca kebocoran antara tingkat itu...
... dan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kecacatan yang menyebabkan kebocoran itu. Perkara ini telah dinyatakan di Peraturan 57 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.
Kemudian, dalam masa 5 hari dari tarikh pemeriksaan, pihak pengurusan apartment haruslah mengeluarkan satu perakuan pemeriksaan dalam Borang 28 untuk menyatakan sebab kebocoran antara tingkat dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kecacatan yang menyebabkan kebocoran tersebut.
Selepas pemeriksaan dibuat di unit milik Pakcik Jalil, pihak pengurusan apartment pun keluarkan Borang 28 kepada Pakcik Jalil dan meminta beliau untuk memperbaiki kerosakan di bilik air beliau yang menjadi punca kebocoran antara tingkat ke rumah Sulaiman di tingkat bawah.
Borang 28 tersebut sudah diserahkan hampir 2 minggu kepada Pakcik Jalil namun Pakcik Jalil masih tidak memperbaiki kerosakan di bilik air rumah beliau dan telah menyatakan kepada Abu bahawa beliau memang tiada duit untuk membaiki bilik airnya.
Apa tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh Abu?

Dalam situasi ini, Abu boleh meminta pihak pengurusan untuk masuk ke unit milik Pakcik Jalil dan membaiki kerosakan di bilik air tersebut.
Kenapa pihak pengurusan pula yang perlu baiki sedangkan kerosakan berlaku di unit pemilik dan bukan harta bersama?
Tanggungjawab untuk membaiki kerosakan di unit milik Pakcik Jalil jatuh kepada pihak pengurusan apartment berdasarkan peraturan 61 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.
Peraturan 61 menyatakan bahawa tanggungjawab untuk membaiki kerosakan antara tingkat jatuh kepada pihak pengurusan. Namun, pihak pengurusan boleh menuntut kembali segala kos yang telah dikeluarkan untuk pembaikian tersebut dari pemilik unit yang menjadi punca kerosakan.
Selepas dimaklumkan sedemikian oleh Abu, maka pihak pengurusan apartment pun dengan segera melakukan kerja-kerja pembaikian di unit milik Pakcik Jalil di mana kos pembaikian sebanyak RM 3000 tersebut ditanggung oleh pihak pengurusan terlebih dahulu.
Pihak pengurusan boleh menuntut kembali kos pembaikian tersebut daripada Pakcik Jalil.
Jika Pakcik Jalil dan pihak pengurusan enggan bertanggungjawab membaiki kerosakan, Abu sebagai pemilik yang terkesan dengan kerosakan tersebut berhak untuk saman Pakcik Jalil dan pihak pengurusan di mahkamah.
Secara alternatifnya, Abu boleh juga membuat aduan mengenai kebocoran antara tingkat ke Pesuruhjaya Bangunan (Commisioner of Buildings).
Semoga bermanfaat.

*Watak di atas hanyalah rekaan semata mata tanpa merujuk kepada mana mana individu.
Artikel asal saya yang panjang di FB letak Abu tu sebagai Sulaiman tapi bila ke twitter saya tukar nama pendek sikit jadi Abu. Mungkin ada yang terlepas pandang untuk tukar. So Abu = Sulaiman ye.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nas Rahman

Nas Rahman Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MNasruddin_AR

20 Jan
Jika ada yang masih belum tahu, pindaan Industrial Relations Act sudah berkuatkuasa sejak 1.1.2021.

IRA ni penting kepada pekerja sebab prosedur untuk cabar pembuangan kerja secara tak adil di bawah akta ni.

Jadi, apa 6 perkara penting pindaan IRA yang pekerja perlu tahu?
1. RUJUKAN DARI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (2) dan (3).
Jika sebelum ini, representasi oleh pekerja akan melalui proses Runding Damai di JPP. Jika tiada penyelesaian berjaya diperoleh, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Kemudian, barulah Menteri Sumber Manusia akan rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan.
Read 34 tweets
10 Jul 19
KES BUNUH PELAJAR UPNM

Ini adalah sedikit penerangan tentang prosedur kes jenayah secara general di negara kita supaya kita tahu kedudukan dan perjalanan kes UPNM sekarang ini.

Dah sedia? Okay jom.
Keputusan di akhir kes pendakwaan telah ditetapkan pada 31.7.2019. Saya pasti, persoalan yang bermain di minda kita semua sudah pasti adalah, "worait kes dah nak selesai, tak sabar nak tengok budak-budak tu kena hukuman apa". Woa woa nanti dulu ye..
Even selepas 31 Julai nanti, kes ni tetap masih dalam perjalanan di Mahkamah.

EH APA BENDA?? CAKAP 31 JULAI NI KEPUTUSAN KES??
Read 20 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!