Saya hairan lah. Perutusan PM baru ni telah akui beberapa perkara.

1. Banyak kes baru datang dari tempat kerja.
2. Frontliners at breaking point.

Tapi solusi kita ialah "Buka lagi banyak sektor ekonomi dengan SOP ketat."

Kenapa tak PKP ketat 2-4 minggu + bantuan sewajarnya?
Saya rasa dengan PKP amat ketat untuk 2-4 minggu, diimbangi bantuan sewajarnya(moratorium tak bersyarat + pemberian tunai ke akaun rakyat), kita boleh sekat COVID.

Malangnya Kerajaan TAK MAHU sediakan bantuan sewajarnya, lantas memaksa rakyat meminta dibenarkan bekerja.
Masalah utama saya lihat ialah betapa kerasnya kerajaan membiarkan rakyat terkontang-kanting, hidup bersama COVID.

Jangka panjang hanya susahkan lebih ramai orang sebab kes aktif COVID terus naik.

Padahal solusi dah ada, tinggal Kerajaan tak sanggup keluar duit, tekan bank.
Persoalannya kenapa?

Apakah Perdana Menteri okay tengok kes kekal tinggi, rakyat kesempitan, dan hari demi hari belasan rakyat mula mati?

Kenapa kita tak berkeras sebentar(tapi imbangi dengan bantuan secukupnya) hentikan penularan?

Kita mampu sebenarnya kan?

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Hilal Asyraf

Hilal Asyraf Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @HilalAsyraf

9 Feb
Dulu saya pun antara yang percaya bahawa orang kuat iman takkan terkena sakit mental. Ni masa remaja lah.

Tapi kemudian alhamdulillah, Allah lorongkan saya berkenalan dengan orang-orang yang ada sakit mental, kemurungan, kemudian doktor-doktor psikologis.

Pada masa yang sama...
...Allah izin saya belajar agama di Irbid, Jordan. Di Irbid tu, selain kami pelajar-pelajar Yarmouk, ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang mengaji sebagai doktor & dentist di Jordan University of Technology(JUST).

Kami tinggal bersama satu persatuan pelajar Malaysia.
Pertukaran ilmu antara pelajar Yarmouk & JUST ni dah jadi biasa.

Kami ada program agama diusahakan pelajar Yarmouk kami ada program berkait kesihatan/perubatan diusahakan pelajar JUST.

Ketua usrah saya di Jordan seorang doktor. Mereka ni masa praktikal ada round psikatri.
Read 17 tweets
7 Feb
Saya sekurang-kurangnya bercakap dengan hujjah, kaedah fiqh. Didasari pula pendapat seorang mufti.

Anda pula bersembunyi di sebalik akaun majhul.

Tahupun saya ada sijil Usuluddin.
Apa pula kelulusan anda untuk bercakap semberono fasal agama kita?

Pembawa fitnah kepada agama.
Ini pandangan DrMAZA berkenaan isu cinta sebelum bernikah.

m.facebook.com/story.php?stor…

Siapa malas klik link baca, ini saya kepilkan petikan tulisan beliau.

Saya bukan bercakap semberono berpandukan emosi dan tidak berdalil. ImageImage
Saya tidak pernah sengaja nak berlonggar-longgar dalam urusan ini.

Saya konsisten mencermati isu ini dengan dalil dan hujjah serta pandangan ulama'.

Siapa baca Buku Sebelum Kita Bernikah pasti maklum pendirian dan prinsip saya.

Ada kamu selama ini cermati tulisan-tulisan saya? ImageImage
Read 10 tweets
3 Jan
Antara salah faham orang berkait ajaran Islam atau dakwah kepada Islam ialah mereka fikir semuanya lemah lembut memanjang.

Ada yang percaya Allah Maha Pengampun sampai mustahil Allah akan marah.

Ada yang percaya Nabi Muhammad tu berdakwah dengan cinta je, lembut je.
Allah SWT itu memang Maha Pengampun. Malah pengampunan-Nya memang lebih luas dari kemarahan-Nya.

TETAPI, kemarahan-Nya itu ada. Bukan tak ada langsung. CUMA keampunan-Nya tu luas mengatasi kemarahan-Nya.

Contoh: Allah tak terus azab kita. Allah hantar petunjuk dahulu.
Petunjuk ni bukan magik yang buat kita terus berubah 100%. Segala teguran, nasihat yang kita nampak di online, yang buat hati rasa ditegur, kemungkaran kita rasa tak selesa, itulah petunjuk.

Agak dah berapa kali dapat petunjuk dan kita abaikan?

Tak terus kena azab kan? TAPI...
Read 19 tweets
2 Jan
Pagi-pagi subuh terbaca tweet orang tuduh saya berfalasi. Bila sembang-sembang dengan tuan punya tweet, akhirnya dia hanya nak kata mengikut definisi 'dakwah lembut' yang saya berikan, itu bukan dakwah pun. Jadi, kononnya comparison saya tak tepat.
Memang lah 'dakwah lembut' tu sebenarnya bukan dakwah pun. Saya bukan sedang buat perbandingan antara dua dakwah. Saya sedang gambarkan pendirian segelintir orang, yang suka komplen fasal cara orang berdakwah, tapi sebenarnya yang dia mahu ialah yang boleh jadi enabler.
Kita asyik komplen fasal tarbiah sentap ke, dakwah sentap ke, takkan habis. Sebab pendakwah ramai. Audiens mereka berbeza-beza. Memang akhirnya akan ada pendakwah yang cara dan gaya dia keras, menyentap sokmo. Ada pula yang lembut-lembut, halus, berlapik-lapik gitu.
Read 17 tweets
1 Jan
Kita yang masih hidup pada hari ini, ketahuilah bahawasanya Allah SWT telah memanjangkan umur kita hingga ke waktu ini.

Memanjangkannya dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari. Setiap pemanjangan ini ialah rezeki yang tidak ternilai, kerana di sebalik rezeki ini...
...wujudnya peluang.

Peluang menambah kebaikan-kebaikan, peluang mengurangkan keburukan-keburukan, peluang untuk memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan, peluang bertaubat dan pembersihan diri.

Wajiblah kita syukuri nikmat ini.
Nikmat masa dan peluang.
Ambil lah masa sejenak hari ini. Tidak perlu lama. Mungkin 5 ke 10 minit, atau mudahnya setiap kali selepas Solat 5 Waktu pada hari ini, untuk kita bertafakur sebentar, memandang kehidupan kita sebelum ini,
Read 5 tweets
25 Nov 20
Ini sebabnya saya tegaskan kembali keharaman zina. Pandangan sebegini membuka pintu mudarat yang besar. Tiada siapa boleh jamin zina dengan consent merupakan victimless sins.

Industri porno, pelacuran, itu semua zina dgn consent(kontrak, persetujuan). Semua ada mangsa akhirnya.
Berapa banyak akhirnya perempuan-perempuan dizalimi, institusi-institusi kekeluargaan runtuh, anak-anak luar nikah lahir dan mereka ni membesar tanpa father & mother figure yang boleh tunjukkan contoh tauladan yang baik, seterusnya meneruskan cycle kerosakan?

Impaknya pula...
...kepada individu-individu yang terjebak, mengkotorkan pemikiran mereka, merosakkan jiwa mereka, mengakibatkan mereka punya kawalan diri yang lemah. Akhirnya berlaku kes jenayah rogol, 'zina tanpa consent', haruan makan anak, keganasan domestik, dll

Bagaimana bila kita sudah...
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!