Dulu saya pun antara yang percaya bahawa orang kuat iman takkan terkena sakit mental. Ni masa remaja lah.
Tapi kemudian alhamdulillah, Allah lorongkan saya berkenalan dengan orang-orang yang ada sakit mental, kemurungan, kemudian doktor-doktor psikologis.
Pada masa yang sama...
...Allah izin saya belajar agama di Irbid, Jordan. Di Irbid tu, selain kami pelajar-pelajar Yarmouk, ada juga pelajar-pelajar Malaysia yang mengaji sebagai doktor & dentist di Jordan University of Technology(JUST).
Kami tinggal bersama satu persatuan pelajar Malaysia.
Pertukaran ilmu antara pelajar Yarmouk & JUST ni dah jadi biasa.
Kami ada program agama diusahakan pelajar Yarmouk kami ada program berkait kesihatan/perubatan diusahakan pelajar JUST.
Ketua usrah saya di Jordan seorang doktor. Mereka ni masa praktikal ada round psikatri.
Jadi semakin saya terdedah dengan isu mental illness. Lepas habis Jordan, berkawan dengan lebih ramai orang. Yang sakit, yang pakar bidang, yang jadi advocate.
Perspektif lebih meluas. Maka pandangan awal bahawa orang beriman takkan kena sakit mental juga dah berubah.
Sakit mental tu penyakit.
Macam kena kanser. Sekuat mana iman seseorang, tak menjamin dia tidak akan kena kanser. Dengan iman sahaja nak sembuhkan kanser pun tak sunnatullah. Perlukan doktor, perlukan ubat, perlukan terapi.
Demikian kita patut pandang sakit mental.
Bila hidup bersama dengan pelajar JUST, antara perkara bernilai saya belajar ialah kita tak patut memandai-mandai. Bidang perubatan ada pelajarnya, kita rujuk dia. Agama ada pelajarnya, kita rujuk dia.
Masuk bahagian emosi, kemurungan jiwa, sakit mental, kesedihan berpanjangan..
...tak rugi kita tanya atau observe dulu pendapat/pandangan pakar psikologis, Dr bidang tersebut.
Dua-dua ni orang Islam dan Muslim yang baik, sekadar saya kenal & ikuti mereka lah. InsyaAllah thiqah.
Manusia pelbagai. Situasi pelbagai. Kita tak berada di tempat mereka untuk nafikan rasa lemah, rasa sedih, rasa takut. Hatta kalau mereka tak sakit pun.
Saya tak sakit mental. Tapi saya dah rasa peritnya bila anak mati, saat isteri saya dikhabarkan gugur. Bila menangis, saya...
...rasa ada perasaan melegakan keperitan tadi. Bila saya kongsikan kesedihan, ralatnya saya akan hal itu dengan rakan-rakan, dan mereka berikan saya semangat, saya rasai kekuatan tambahan akibat sokongan.
Sudah pastilah, semua itu diiringi pujukan diri agar redha kepada Allah...
...dan yakin hikmah-Nya.
Tapi saya manusia biasa. Ralat juga. Ada terpacul juga soalan kenapa Allah uji begitu.
Mujur ada sokongan keluarga, sahabat-sahabat, beri kekuatan. Emosi stabil dan kembali kuat.
Semua ni, pengalaman dan hasil pergaulan, jadikan saya empati.
Di dalam Islam ya benar ada larangan meratap. Memanjang-manjangkan kesedihan dalam erti kata tak redha, merungut-rungut terhadap takdir Allah, pun tak wajar.
Tapi masih kita disarankan tegur ikut situasi. Bukan terus lempar kata kasar, keras, berbaur hinaan.
Rasulullah SAW...
...pernah menegur seorang perempuan meratap-ratap di kubur anaknya. Perempuan itu tidak perasan itu Rasulullah, baginda diherdik kembali.
Rasulullah tak maki pulak perempuan tu, gelar dia bukan-bukan. Apa Rasulullah buat?
Baginda berlalu pergi.
Seorang yang lain melihat situasi ini, menegur perempuan tersebut bahawa itu ialah Rasulullah.
Perempuan itu pergi mencari kembali Rasulullah dan menyatakan dia tak perasan bahawa itu baginda.
Ketika itulah baginda sambung menegurnya, bahawa sabar itu pada pukulan pertama.
Kisah ini ada di dalam Sohih Bukhari.
Kisah begini yang mencorakkan kita seorang Muslim, wajar ada sikap empati dan tidak terlalu berkeras-keras.
Lain orang lain situasi lain cabaran lain solusi. Kaedah ni pun ada di dalam hadith, apabila orang A, B, C, tanya Rasulullah soalan
... yang sama, tapi Rasulullah beri jawapan berbeza bagi setiap seorang. Sebab lain orang lain keadaannya, dan Rasulullah tahu akan hal itu.
Kita nak 'tough' ke, 'suck it up' ke, kita buat dekat tweet kita saja sudahlah. Pergi cakap begitu sambil retweet tweet mental illness...
...survivor, jadi lain lah nampak. Nampak nak menyerang dah gitu.
Kemudian kita lempar gelar tak elok seperti pondan. Kemudian kita pulak memandai kata dia ajak semua lelaki jadi lemah, nak ajak lelaki semua jadi kaki kememeh.
Tak betul. Dia tak kata begitu pun di tweet tu.
Itu sebab semalam siang saya masuk campur, semalam malam Tuan @tumbukrusuk pun masuk campur.
Sebab dah nampak entah pape.
Entah apa yang nak dicapai.
Perjuangan nak kuatkan lelaki, perkasakan wali ni bagus.
Tapi jangan sampai menindas, menzalimi orang lain.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Saya rasa dengan PKP amat ketat untuk 2-4 minggu, diimbangi bantuan sewajarnya(moratorium tak bersyarat + pemberian tunai ke akaun rakyat), kita boleh sekat COVID.
Malangnya Kerajaan TAK MAHU sediakan bantuan sewajarnya, lantas memaksa rakyat meminta dibenarkan bekerja.
Masalah utama saya lihat ialah betapa kerasnya kerajaan membiarkan rakyat terkontang-kanting, hidup bersama COVID.
Jangka panjang hanya susahkan lebih ramai orang sebab kes aktif COVID terus naik.
Padahal solusi dah ada, tinggal Kerajaan tak sanggup keluar duit, tekan bank.
Antara salah faham orang berkait ajaran Islam atau dakwah kepada Islam ialah mereka fikir semuanya lemah lembut memanjang.
Ada yang percaya Allah Maha Pengampun sampai mustahil Allah akan marah.
Ada yang percaya Nabi Muhammad tu berdakwah dengan cinta je, lembut je.
Allah SWT itu memang Maha Pengampun. Malah pengampunan-Nya memang lebih luas dari kemarahan-Nya.
TETAPI, kemarahan-Nya itu ada. Bukan tak ada langsung. CUMA keampunan-Nya tu luas mengatasi kemarahan-Nya.
Contoh: Allah tak terus azab kita. Allah hantar petunjuk dahulu.
Petunjuk ni bukan magik yang buat kita terus berubah 100%. Segala teguran, nasihat yang kita nampak di online, yang buat hati rasa ditegur, kemungkaran kita rasa tak selesa, itulah petunjuk.
Agak dah berapa kali dapat petunjuk dan kita abaikan?
Pagi-pagi subuh terbaca tweet orang tuduh saya berfalasi. Bila sembang-sembang dengan tuan punya tweet, akhirnya dia hanya nak kata mengikut definisi 'dakwah lembut' yang saya berikan, itu bukan dakwah pun. Jadi, kononnya comparison saya tak tepat.
Memang lah 'dakwah lembut' tu sebenarnya bukan dakwah pun. Saya bukan sedang buat perbandingan antara dua dakwah. Saya sedang gambarkan pendirian segelintir orang, yang suka komplen fasal cara orang berdakwah, tapi sebenarnya yang dia mahu ialah yang boleh jadi enabler.
Kita asyik komplen fasal tarbiah sentap ke, dakwah sentap ke, takkan habis. Sebab pendakwah ramai. Audiens mereka berbeza-beza. Memang akhirnya akan ada pendakwah yang cara dan gaya dia keras, menyentap sokmo. Ada pula yang lembut-lembut, halus, berlapik-lapik gitu.
Kita yang masih hidup pada hari ini, ketahuilah bahawasanya Allah SWT telah memanjangkan umur kita hingga ke waktu ini.
Memanjangkannya dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari. Setiap pemanjangan ini ialah rezeki yang tidak ternilai, kerana di sebalik rezeki ini...
...wujudnya peluang.
Peluang menambah kebaikan-kebaikan, peluang mengurangkan keburukan-keburukan, peluang untuk memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan, peluang bertaubat dan pembersihan diri.
Wajiblah kita syukuri nikmat ini.
Nikmat masa dan peluang.
Ambil lah masa sejenak hari ini. Tidak perlu lama. Mungkin 5 ke 10 minit, atau mudahnya setiap kali selepas Solat 5 Waktu pada hari ini, untuk kita bertafakur sebentar, memandang kehidupan kita sebelum ini,
Ini sebabnya saya tegaskan kembali keharaman zina. Pandangan sebegini membuka pintu mudarat yang besar. Tiada siapa boleh jamin zina dengan consent merupakan victimless sins.
Industri porno, pelacuran, itu semua zina dgn consent(kontrak, persetujuan). Semua ada mangsa akhirnya.
Berapa banyak akhirnya perempuan-perempuan dizalimi, institusi-institusi kekeluargaan runtuh, anak-anak luar nikah lahir dan mereka ni membesar tanpa father & mother figure yang boleh tunjukkan contoh tauladan yang baik, seterusnya meneruskan cycle kerosakan?
Impaknya pula...
...kepada individu-individu yang terjebak, mengkotorkan pemikiran mereka, merosakkan jiwa mereka, mengakibatkan mereka punya kawalan diri yang lemah. Akhirnya berlaku kes jenayah rogol, 'zina tanpa consent', haruan makan anak, keganasan domestik, dll