Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)

Sebagaimana lelaki mempunyai berberapa jenis Baju Melayu, demikianlah juga wanita ada jenis² Baju Melayu mereka tersendiri,bukan sekadar Kebaya dan Kurung sahaja.

Bebenang menyusul jam 9.30 malam nanti,dengan syarat cukup 250 ulang ciap.

Mula! Image
1) Secara umumnya Baju Melayu Wanita terbahagi kepada 2 kategori besar:
-Baju Kurung
-Baju Kebaya
sebelum diperincikan kerencamannya menjadi berberapa ragam lagi.
2)Baju Kurung Wanita mempunyai 2 potongan asas, iaitu:

i.Baju Kurung Teluk Belanga
-Mempunyai berberapa variasi antaranya Kurung Johor(2 variasi),Kurung Minang,Kurung Kedah
ii.Baju Kurung Cekak Musang
-Juga mempunyai berberapa variasi,antaranya Cekak Musang,Puteri Perak,Riau-Pahang.
Pakaian ini disebut Baju Kurung kerana sifat pemakaiannya yang disarung dari atas kepala yang 'mengurung' bentuk badan pemakainya.Dan istilah Baju Kurung ini tidak terhad kepada pakaian wanita sahaja tetapi terpakai juga kepada pakaian lelaki,dibezakan melalui potongannya.
3)Baju Kurung Teluk Belanga Johor (Potongan lama)
Cirinya: Baju mempunyai pesak dan kekek dengan potongan sisi mengembang dan tidak lurus serta labuhnya berada di bawah lutut. ImageImage
4)Baju Kurung Teluk Belanga Johor (Potongan Baru)
Ia diperkenalkan oleh Datuk Jaafar bin Haji Muhammad,Menteri Besar Johor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim bin Sultan Sir Abu Bakar.
Labuh baju ini disingkatkan ke atas aras lutut dengan bahagian sisi dibuat lurus. Image
Baju Kurung Teluk Belanga Johor potongan baru ini juga diperkenalkan dengan jahitan satu kocek pada bahagian sisi.
5)Baju Kurung Minang.
Ia turut disebut sebagai Basiba,potongannya hampir sama dengan potongan Baju Kurung Teluk Belanga Johor potongan baru kerana labuhnya di atas lutut,tetapi mempunyai sisi yang sedikit mengembang. Image
6)Baju Kurung Kedah.
Ciri ketara pada potongannya yang lebih singkat separas pinggang dengan lengan tiga suku berbanding Baju Kurung Teluk Belanga.Variasi lain ia pernah dihasilkan dengan tebukan leher 'Bujur Sirih' dan bukannya 'Bulan-bulan' seperti Teluk Belanga. Image
Iklan: Sambil-sambil kalian menatal skrin untuk membaca bebenang ini atau ciapan lain di Twitter,bukankah seronok jika ada kudapan,bukan? Tekan pautan di bawah untuk menempah.

7)Bagi Baju Kurung Cekak Musang Wanita, ciri ketara yang membezakannya dengan Cekak Musang lelaki adalah pada bahagian Kekeknya yang biasa dibuat dengan 'Kekek Gantung' selain dari pesaknya yang kembang.Butangnya pula bervariasi antara 3 hingga 7 butang. ImageImage
8)Busana Puteri Perak
Ini merupakan variasi Baju Kurung Cekak Musang Wanita yang dipakai dengan seluar,berkain samping dagang luar,lengkap dengan bengkung dan pending serta berkain sibai. ImageImage
Menurut Dr Siti Zainon Ismail dan Pn Zubaidah Shawal, pakaian Puteri Perak ini diilhamkan dari Busana Adat Acheh.Ia digayakan dengan seluar kerana pada asalnya ia merupakan persalinan srikandi Acheh,namun Busana Puteri Perak terkenal sebagai salah satu variasi busana pengantin.
9)Baju Kurung Riau Pahang.
Menurut sejarahnya ia diperkenalkan oleh Tengku Ampuan Mariam,puteri Sultan Ahmad Al Muazzam Shah,Sultan Pahang Pertama.Ia merupakan hasil pertalian kerajaan Riau dan Pahang menerusi hubungan perkahwinan Diraja. Image
10)Sedikit yang menarik pada pemerhatian bersadarkan gambar lama serta catatan pengkaji, seringkali juga ditemukan Baju Kurung dipakai dengan kain Samping Berdagang Luar,sama keadaannya seperti orang lelaki bersamping. ImageImage
11)Ungkapan Melayu berkenaan Baju Kurung wanita;
"Yang betina lain bajunya
Pertama disebut Baju Kurung
Leher melingkar tulang belut
Cengkam-mencengkam menjari lipan
Kalau ditenun tabut-bertabur
Sulam di tangan sulam di bawah
Sulam menjahit keliling dada
Kibar-berkibar ditiup angin
Tidak sempit menyampul nangka
Patut dipakai tua muda
Tidak terbatas pemakaiannya
Aib tertutup malu tersimpan
Sesuai adat dengan syarak
Sesuai ketengah
Sepadan ke tepi"
Tulisan ini akan disambung dengan memperincikan tentang Baju Kebaya dan variasinya,sekiranya bebenang ini mendapat sambutan.Terima kasih kerana membaca dan sudikanlah mengulang ciap.
Rujukan:
-Busana Melayu,Rupa dan Gaya, Azah Aziz, Penerbit UKM
-Pakai Patut Melayu,Mohd Said Sulaiman,Penerbit UKM
-Busana Melayu,Zubaidah Shawal,Jabatan Muzium Malaysia
-Pakaian Cara Melayu,Siti Zainon Ismail,Penerbit UKM
-Ungkapan Tradisional Melayu-Riau,Tenas Effendy, DBP.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

10 Feb
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Ini adalah ciapan tersemat (pinned tweet) saya.Saya seorang pencinta dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.Berikut senarai bebenang tulisan / video yang pernah saya kongsikan.Jemput baca, ulang ciap dan sebarkan,terima kasih!
Read 10 tweets
10 Feb
Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)
Siri Akhir

Tulisan ini merupakan sambungan daripada siri sebelumnya:



Fokus tulisan ini berkenaan jenis Baju Melayu yang kedua iaitu Baju Kebaya.
Ulang ciap dulu sementara bebenang ini siap!

(Sumber Gambar: Madam M) Image
1) Sejarah Kebaya tidak dapst dipastikan secara rekod bertulis.Menurut Pn. Zubaidah Shawal, pKebaya berasal daripada 'Al Akibiya At Tukiyya' yang membawa maksud Baju Belah Turki, yang juga biasa disebut sebagai Jubbah iaitu pakaian luar yang berbelah di hadapan. Image
2)Sementara itu, Pn. Azah Aziz mengemukakan dua pendapat berkenaan asal-usul kebaya.
i. Berasal dari perkataan Arab, Habaya/Abaya yang membawa maksud pakaian berbelah di depan sehingga kaki.

ii. Diperkenalkan Portugis sejak zaman pendudukan Portugis ke atas Melaka.
Read 20 tweets
10 Feb
Berberapa peribahasa berkait B*d*h (agar tidak disalahertikan sebagai mencarut atau mencerca Perdana Menteri,Menteri Kesihatan atau mana-mana Menteri Kabinet yang layak mendapatkan carut-carutan) Image
1)Bagai buntal kembung.

Maksudnya: Bodoh dan sombong.

Contoh ayat: Menteri Kesihatan bagai buntal kembung apabila tidak mengendahkan kebimbangan orang ramai berkenaan tindakan memendekkan tempoh Kuarantin kepada 3 hari sahaja.
2)Bagai jelongak kerbau rampung.

Maksudnya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

Contoh ayat:Menteri Wanita dan Keluarga bagai jelongak kerbau rampung kerana sibuk dengan penampilan peribadinya tetapi mengabaikan kes keganasan rumahtangga semasa PKP.
Read 7 tweets
4 Feb
Minggu ni berlumba menghabiskan berberapa bacaan.Tapi petang ni nak ulas berkenaan buku 'Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima' oleh @azraeimuhamad .
Baru perasan sebaya umur dengan pengarangnya!

Berikut ulasannya. Image
1)Buku ni sangat santai.Abang mula baca jam 9.30 pagi tadi, campur tolak masa menatal skrin tengok Twitter,memasak,makan,dsb.
Selesai 218 mukasurat jam 3.15 petang.
Bahasanya memang mudah untuk difahami.Tiada jargon yang susah untuk difahami, walaupun rojak sedikit bahasanya.
2)Penceritaan dengan gaya bersahaja dari pengalaman penulis berdasarkan senario tempatan menyebabkan nasihat yang diberikan sangat realistik untuk diamalkan.Menyesal sikit dah tua baru jumpa buku ni,kalau kalian tak nak menyesal,beli dan baca buku ni.
Read 5 tweets
17 Jan
Encik Colin 'Coconut', let not your Islamophobia nor stupidity cloud your understanding about Baju Kurung culture.
Let me present you bunch of old pictures where Baju Kurung were paired with Kerudungs and Women's Tengkolok in the past to wash off your inner whiteness. ImageImageImageImage
Here's some more... ImageImageImageImage
and more.... ImageImageImageImage
Read 6 tweets
25 Dec 20
Saya sertakan pautan untuk berita penuh, berserta ringkasan isi penting yang tak dibacanya sebelum nak geleng kepala (smh) sangat.

nst.com.my/news/nation/20…
1) Tajuk terang-terangan tulis "KNOWINGLY SMUGGLE HARAM MEAT WILL BEAR SIN"

atau bahasa Melayunya: "Muslim yang menyeludup daging haram dalam keadaan sedar,akan menanggung dosa"

Kata kunci: KNOWINGLY.
2)Kemudian berita itu memetik kenyataan mufti:
"If a (Muslim) person knows that the food in his hands is non-halal and purposely distributes it to others, he will bear the sins of his actions."

Lagi sekali kata kuncinya: KNOWS dan PURPOSELY.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!