Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)
Siri Akhir

Tulisan ini merupakan sambungan daripada siri sebelumnya:



Fokus tulisan ini berkenaan jenis Baju Melayu yang kedua iaitu Baju Kebaya.
Ulang ciap dulu sementara bebenang ini siap!

(Sumber Gambar: Madam M)
1) Sejarah Kebaya tidak dapst dipastikan secara rekod bertulis.Menurut Pn. Zubaidah Shawal, pKebaya berasal daripada 'Al Akibiya At Tukiyya' yang membawa maksud Baju Belah Turki, yang juga biasa disebut sebagai Jubbah iaitu pakaian luar yang berbelah di hadapan.
2)Sementara itu, Pn. Azah Aziz mengemukakan dua pendapat berkenaan asal-usul kebaya.
i. Berasal dari perkataan Arab, Habaya/Abaya yang membawa maksud pakaian berbelah di depan sehingga kaki.

ii. Diperkenalkan Portugis sejak zaman pendudukan Portugis ke atas Melaka.
3)Penulis pula berpendapat, Kebaya merupakan evolusi Kain Sebai,iaitu kain yang dihamparkan ke atas bahu, yang digunakan untuk menutup bahagian bahu yang biasanya dipadankan dengan kain kemban, berdasarkan pemerhatian gambar-gambar lama.
4)Menurut Mej. Mohd Said Sulaiman, Baju Belah atau Kebaya pula diperkenalkan sebagai suatu pakaian yang lebih ringkas berbanding baju kurung yang menampakkan kemewahan pemakainya dengan ditampilkan kerongsang berhias,disamping kegunaannya memudahkan ibu yang menyusu.
5)Ungkapan berkenaan Baju Kebaya:

"Kedua disebut Kebaya Panjang
Gunting bernama gunting sembilan
Belah terbuka sampai ke bawah
Dalam acap-acap betis
Dalam tidak menyemakkan
Pendek tidak menyesakkan
Kalau berenda sebelah muka
Berenda pula kaki bajunya
Renda keliling lingkar-melingkar
Tabur-bertabur seluruh badan
Jalin² sulaman tangan
Kalau belah mahu ditutup
Terpasang konsang sebelah atas
Konsang bersusun sampai pusat
Bertali-tali semat menyemat
Patut dipakai tua muda
Tidak berbatas tempat bertandang
Elok ketengah
Patut ketepi
Ketiga bernama Kebaya Pendek
Pendek menyapu-nyapu duduk
Pendek separas-paras tampah
Belah leher sampai ke bawah
Genting-genting pada pinggangnya
Kembang mengepak sebelah bawah
Lengan panjang tidak berkibar
Tapi sempit tidak berketak
Dada bertutup lapis dada
Susun-bersusun konsang butangnya
Rangkai-berangkai sampai ke pusat
Patut dipakai dalam rumah
Pakaian betina sudah beaki
Untuk berjalan bertandang-tandang
Atau ke helat-helat kecil
Atau ke ladang dan sungai"
6)Berdasarkan ungkapan di atas, jelas bahawa secara umum ada dua potongan Kebaya, sama ada Kebaya Labuh, atau kebaya Pendek.
7) Kebaya Labuh Melayu
Dijahit dengan bahagian kekek dikekalkan seperti potongan Baju Kurung,tetapi Bahagian pesak dibawa ke hadapan,dan bukan pada bahagian sisi baju.Bahagian hadapan yabg berbelah kelihatan lurus dan disematkan dengan 3 buah kerongsang kebiasaannya.
8)Baju Belah / Pesak Sebelah
Potongan sama dengan Kebaya Labuh tetapi kebiasaannya sebelah bahagian dibesarkan bahagian pesaknya agar memudahkan baju ini diselak dengan meminimumkan bahagian badan yang terdedah (untuk menyusu anak,berubat dsb.)
9)Kebaya Labuh Nyonya/ Cina Peranakan
Kaum Cina Peranakan atau Baba Nyonya merupakan etnik gabungan Cina-Melayu juga mempunyai potongan Kebaya Labuh mereka yang tersendiri,dengan belahan leher sedikit kecil dan biasanya dipakai dengan anak baju pada bahagian dalam.
Lengan Kebaya Labuh Cina Peranakan juga sedikit sempit berbanding lengan Kebaya Labuh Melayu yang sedikit kembang,disamping belahan bahagian hadapan seakan-akan baju pesak sebelah.
10) Kebaya Labuh Jawi Peranakan / India Peranakan

Jawi Peranakan atau India Peranakan pula mempunyai potongan yang sangat mirip dengan Kebaya Labuh Melayu dan Cina Peranakan,cuma bahagian kolar seakan-akan kolar Kurung Cekak Musang.
11)Kebaya Pendek Bersulam.
Menurut Pn. Azah Aziz, ia mula diperkenalkan oleh kaum Cina Peranakan sebelum diadaptasi dan dipakai juga oleh kaum Melayu dan Jawi Peranakan.Justeru tidak ada perbezaan ketara pada potongan kebaya pendek bagi ketiga-tiga etnik ini.
12)Kebaya Pendek Kelantan.
Ciri yang paling ketara yang membezakannya ialah kewujudan saku tampal pada bahagian bawah baju, potongan lengan tiga suku serta ketiadaan sulaman dan renda sebagai hiasan.Pakaian ini adalah pakaian santai di rumah selain dipakai untuk bekerja.
Demikianlah yang dapat dihimpunkan berkenaan Jenis-Jenis Baju Melayu bagi Wanita dalam dua siri penulisan pendek ini,dan dikeranakan sumber yang terhad dan semata-mata keterangab lisan sahaja maka ada sahaja pakaian yang lain yang mungkin tidak disenaraikan di sini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan dengan penuh rasa rendah diri,saya meminta kesudian pembaca mengulang ciap (retweet) sebanyak-banyaknya tulisan-tulisan saya ini mahupun tulisan-tulisan yang terdahulu sebagai pembangkit semangat untuk meneruskan penulisan.
Rujukan:
-Busana Melayu,Rupa dan Gaya, Azah Aziz, Penerbit UKM
-Pakai Patut Melayu,Mohd Said Sulaiman,Penerbit UKM
-Busana Melayu,Zubaidah Shawal,Jabatan Muzium Malaysia
-Pakaian Cara Melayu,Siti Zainon Ismail,Penerbit UKM
-Ungkapan Tradisional Melayu-Riau,Tenas Effendy, DBP.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

10 Feb
Assalamualaikum dan selamat berkenalan.
Ini adalah ciapan tersemat (pinned tweet) saya.Saya seorang pencinta dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.Berikut senarai bebenang tulisan / video yang pernah saya kongsikan.Jemput baca, ulang ciap dan sebarkan,terima kasih!
Read 43 tweets
10 Feb
Berberapa peribahasa berkait B*d*h (agar tidak disalahertikan sebagai mencarut atau mencerca Perdana Menteri,Menteri Kesihatan atau mana-mana Menteri Kabinet yang layak mendapatkan carut-carutan)
1)Bagai buntal kembung.

Maksudnya: Bodoh dan sombong.

Contoh ayat: Menteri Kesihatan bagai buntal kembung apabila tidak mengendahkan kebimbangan orang ramai berkenaan tindakan memendekkan tempoh Kuarantin kepada 3 hari sahaja.
2)Bagai jelongak kerbau rampung.

Maksudnya: Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

Contoh ayat:Menteri Wanita dan Keluarga bagai jelongak kerbau rampung kerana sibuk dengan penampilan peribadinya tetapi mengabaikan kes keganasan rumahtangga semasa PKP.
Read 7 tweets
8 Feb
Jenis-Jenis Baju Melayu (Wanita)

Sebagaimana lelaki mempunyai berberapa jenis Baju Melayu, demikianlah juga wanita ada jenis² Baju Melayu mereka tersendiri,bukan sekadar Kebaya dan Kurung sahaja.

Bebenang menyusul jam 9.30 malam nanti,dengan syarat cukup 250 ulang ciap.

Mula! Image
1) Secara umumnya Baju Melayu Wanita terbahagi kepada 2 kategori besar:
-Baju Kurung
-Baju Kebaya
sebelum diperincikan kerencamannya menjadi berberapa ragam lagi.
2)Baju Kurung Wanita mempunyai 2 potongan asas, iaitu:

i.Baju Kurung Teluk Belanga
-Mempunyai berberapa variasi antaranya Kurung Johor(2 variasi),Kurung Minang,Kurung Kedah
Read 20 tweets
4 Feb
Minggu ni berlumba menghabiskan berberapa bacaan.Tapi petang ni nak ulas berkenaan buku 'Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima' oleh @azraeimuhamad .
Baru perasan sebaya umur dengan pengarangnya!

Berikut ulasannya. Image
1)Buku ni sangat santai.Abang mula baca jam 9.30 pagi tadi, campur tolak masa menatal skrin tengok Twitter,memasak,makan,dsb.
Selesai 218 mukasurat jam 3.15 petang.
Bahasanya memang mudah untuk difahami.Tiada jargon yang susah untuk difahami, walaupun rojak sedikit bahasanya.
2)Penceritaan dengan gaya bersahaja dari pengalaman penulis berdasarkan senario tempatan menyebabkan nasihat yang diberikan sangat realistik untuk diamalkan.Menyesal sikit dah tua baru jumpa buku ni,kalau kalian tak nak menyesal,beli dan baca buku ni.
Read 5 tweets
17 Jan
Encik Colin 'Coconut', let not your Islamophobia nor stupidity cloud your understanding about Baju Kurung culture.
Let me present you bunch of old pictures where Baju Kurung were paired with Kerudungs and Women's Tengkolok in the past to wash off your inner whiteness. ImageImageImageImage
Here's some more... ImageImageImageImage
and more.... ImageImageImageImage
Read 6 tweets
25 Dec 20
Saya sertakan pautan untuk berita penuh, berserta ringkasan isi penting yang tak dibacanya sebelum nak geleng kepala (smh) sangat.

nst.com.my/news/nation/20…
1) Tajuk terang-terangan tulis "KNOWINGLY SMUGGLE HARAM MEAT WILL BEAR SIN"

atau bahasa Melayunya: "Muslim yang menyeludup daging haram dalam keadaan sedar,akan menanggung dosa"

Kata kunci: KNOWINGLY.
2)Kemudian berita itu memetik kenyataan mufti:
"If a (Muslim) person knows that the food in his hands is non-halal and purposely distributes it to others, he will bear the sins of his actions."

Lagi sekali kata kuncinya: KNOWS dan PURPOSELY.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!