“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”
“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil. Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.
Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.
Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”
Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.
Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.
Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.
Tapi sangat bahaya untuk anak kecil. Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!
Sebab tu mak ayah tolong periksa betul-betul setiap makanan anak.
Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
❌ berbau hanyir
❌ berlendir
❌ tekstur daging berbeza dari biasa
❌ suhu di bahagian daging lebih sejuk
❌ ada kesan darah terutama dekat tulang ayam
❌ daging berwarna kemerahan
Bantu saya share info ni pada mak ayah yang lain. Risau jugak, lagipun tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.
Jemput ke Telegram saya supaya mak ayah tak terlepas tips/ilmu/info mahal untuk jaga kesihatan anak anak ye.
Patutlah asyik duk terjeluak susu je si comel tu. Kemain ketat lagi rupanya barut yang dibalut kat badan dia tu. Lepas dileraikan barut tu barulah nampak lega sikit baby tu dan tak ada dah duk kerap terjeluak susu lagi.
Macam-macam kepercayaan sebenarnya kami pernah jumpa. Ada yang percaya barut tu wajib pakai sebab takut perut baby kembung, risau baby terlebih menyusu, sakit perut dan lagi tak best, ada yang pakaikan ketat-ketat sebab percaya boleh elak perut baby pecah. Tak betul semua tu ye.
Banyak je punca yang buatkan baby kembung dan sakit perut tapi tak pakai barut bukanlah salah satu sebabnya.
Mak ayah yang tak pakaikan barut tu, tak usahlah risau kalau nampak perut bayi kita tu buncit sikit. Dah memang normal anatomi fizikal dia macam tu.
Tolonglah sangat-sangat jangan buat 5 perkara ni kalau korang pergi rumah yang ada bayi baru lahir tau.
#1. Tolong jangan sesuka hati nak pegang lepas tu nak angkat pulak bayi tu. Kadang tu konon dah geram sangat, dicium-ciumnya pipi tembam budak tu.
Baby yang baru lahir ni immune system dia rendah sangat. Belum matang pun lagi.
Kita tak nampak kuman apa yang duk ada kat tangan kita ni, kat mulut kita ni. Kalau berjangkit masuk dalam badan kita sendiri mungkin tak ada kesan tapi kalau berjangkit kat si comel tu boleh akibatkan nyawa dia terancam.
#1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak kejap bila kita rasa dah tak boleh control emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.
#2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.
Sekarang ni anak-anak kita asyik duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang bertugas di klinik kesihatan pun beritahu perkara yang sama.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda imuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.