Alamak! Ramai rupanya mak mak yang masukkan garam bila masakkan makanan untuk baby.😥
Dulu masa awal-awal ada anak, kami pun tak perasan jugak pasal benda ni. Terbuat sama. Ingatkan kalau makanan tu tawar, nanti baby tak suka.

Padahal dah lakukan silap besar!
Rupa-rupanya niat kita nak berikan baby makanan yang sedap tu boleh akibatkan kesan yang tak bagus pada kesihatan dia.

Sebenarnya untuk bayi yang berusia bawah 2 tahun, lebih baik jika kita tak masukkan garam dalam makanan sebabnya:
✅ Taste receptor yang ada dalam mulut mereka tu betul-betul sensitive.

Tak macam kita orang dewasa. Banyak receptor yang dah rosak. Antaranya kerana selalu makan makanan terlampau panas dan juga kesan merokok.
Jadi walaupun tak tambah apa-apa perisa, bayi still dapat rasakan perisa garam dan gula semula jadi dalam makanan yang kita sediakan tu.
✅ Tak nak bayi jadi picky eater

Ye lah. Bila dah selalu disuap makanan ‘sedap’ yang mengandungi perisa tambahan, nanti makin besar dia hanya pilih makanan yang berperisa. Bagi dia, makanan ‘tawar’ tak best. Sebab tu penting kita introduce real food ni sejak usia bayi lagi.
✅ Long term effect pada buah pinggang

Ini yang paling merisaukan sebenarnya. Organ bayi macam buah pinggang tu masih belum betul-betul matang lagi.

Bila banyak garam (sodium) yang diambil berlebihan masuk ke dalam badan, buah pinggang akan jadi overwork dan cepat rosak!
Mungkin bukan bulan depan atau 5 tahun lagi.

Tapi jika kita tak bentuk betul-betul diet anak sejak dari kecil, sampai satu tahap nanti anak kita terpaksa perlukan bantuan mesin dialysis untuk dia teruskan hidup.
Tolong ya, bantu saya #sebarkan info ni pada kawan-kawan kita. Kita sama-sama usaha lindungi anak anak kecil dari risiko penyakit kronik.
Saya banyak kongsikan nota kesihatan anak kecil di Telegram saya. Klik je kat sini: t.me/notaALB .
Follow TikTok saya dekat sini
tiktok.com/@dr_luqman?lan…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Luqman Bukhari

Ahmad Luqman Bukhari Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drluqman

14 Feb
5 benda ni antara yang kita wajib ELAKKAN supaya kes Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) tak berlaku kat bayi kita. Image
1. Jangan biar bayi tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.

2. Jangan tidurkan bayi kat atas kusyen, water bed atau karpet tebal ala-ala sheepskin tu.
3. Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.

4. Parent sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Ada tau kes bayi meninggal dunia akibat dihempap orang dewasa.
Read 7 tweets
12 Feb
Sesekali boleh kita nak marah anak tapi kena pastikan 5 perkara ini...

Ini adalah #threadparenting. Image
#1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak kejap bila kita rasa dah tak boleh control emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.
#2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.
Read 11 tweets
9 Feb
Sekarang ni anak-anak kita asyik duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.

Kawan-kawan yang bertugas di klinik kesihatan pun beritahu perkara yang sama.

Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda imuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.

Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Read 11 tweets
8 Feb
Menggigil-gigil tangan ni tiap kali terpaksa cucuk salur darah bayi yang baru je berusia beberapa hari.

Ikutkan memang tak sampai hati tapi terpaksa jugak buat sebab nak kena confirmkan penyakit dan mulakan rawatan secepat mungkin.
Halus sangat uratnya. Kadang tu baru tekan sikit jarum kat kulit dah bengkak lebam. Sampaikan ada baby yang kami terpaksa cucuk kat kaki sebab dah terlampau susah nak cari salur darah yang sesuai kat bahagian lain.
Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman.

Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita!
Read 17 tweets
6 Feb
Tolong jangan buat tak tahu kalau anak mengadu gatal dekat bahagian dubur!

Banyak dah kes macam ni berlaku sebelum ni. Awalnya kanak-kanak tu setakat mengadu gatal. Tapi disebabkan tak ada siapa yang ambil endah, lama kelamaan simptom jadi makin teruk. Image
Ada yang perangai berubah tiba-tiba asyik mengamuk. Muka pun pucat je dan kerap menangis sebab sakit perut. Rupa-rupanya bila dibawa periksa anak tu sedang mengalami jangkitan cacing.

Itu mungkin kira okay lagi.
Ada kes yang lagi menyeramkan sampai terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital. Baru je lagi berlaku tahun lepas.

Ikutkan apa yang diberitahu oleh doktor yang merawat budak tu, awalnya dia cuma mengadu demam dan susah nak berak.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!