“Dah 2 hari. Rasa sakit sebelah kiri saja. Apa pun tak boleh buat. Rasa loya nak muntah”
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.
Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?
Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia bermula dengan salur darah otak yg mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen
Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.
Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.
APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?
❌ Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang.
❌ Tabiat merokok
❌ Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi,teh dan alkohol
Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.
Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:
💆🏻♂️ Sakit kepala sebelah sahaja
💆🏻♂️ Rasa berdenyut
💆🏻♂️ Sakit kepala sederhana sehingga teruk
💆🏻♂️ Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian
APA RAWATAN MIGRAIN?
✅ Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)
✅ Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan)
✅ Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine
3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:
✅ Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.
✅ Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.
✅ Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Bantu saya untuk #share info ini sebab masih ramai yang belum tahu tentang migrain.
Jemput follow saya dan set #favourite untuk info kesihatan lebih menarik.
Saya juga banyak berkongsi #ILMUMAHAL di channel telegram saya. Ada 35,000 yang join telegram saya 👉🏻 t.me/drsamhan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Minyak masak yg digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut.Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
10 Fakta Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Yang Masuk Ikut Bontot Anak
1. Terdapat 2 jenis suppositories di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren(Diclofenac).
2. Supp Paracetamol terdapat 2 dos iaitu 125mg dan 250mg manakala dos Supp Voltaren 12.5mg dan 50mg.
3. Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.
4. Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID(Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).Keduanya adalah antipyretic(menurun suhu demam) dan analgesic(tahan sakit).Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory(anti radang).