Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.

Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.

Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:

✅ Cucuk pin di lengan baju/atas tudung

✅ Pakai tudung instan

✅ Guna magnetic pin

✅ Guna pin kepit

✅ Elakkan buat urusan lain ketika melaram

Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.
Saya juga menulis banyak pengalaman menarik bersama pesakit yang penuh dengan pengajaran dalam buku Mera Nam Hai Samhan.Untuk pembelian, klik link ini👉🏻bit.ly/33UxK97

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

11 Jan
10 Fakta Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Yang Masuk Ikut Bontot Anak

1. Terdapat 2 jenis suppositories di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren(Diclofenac).

2. Supp Paracetamol terdapat 2 dos iaitu 125mg dan 250mg manakala dos Supp Voltaren 12.5mg dan 50mg.
3. Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.
4. Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID(Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).Keduanya adalah antipyretic(menurun suhu demam) dan analgesic(tahan sakit).Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory(anti radang).
Read 8 tweets
18 Dec 20
Laut Merah terbelah!

Masih ingat masa belajar di Mesir dulu, aku sempat ke Dahab. Beberapa kali jugalah.

Dahab terletak di Lower Egypt. Mudah cerita dekat Gunung Sinai tempat Nabi Musa jumpa Allah dan bersempadan dengan Palestin,
Jordan dan Saudi.
Perjalanan dari Tanta lebih kurang 11jam. Tengok kanan, padang pasir. Tengok kiri,padang pasir. Bosan yang amat!

Kebiasaanya aku memandu kereta,takde la bosan sangat. Sekali sekala boleh berhenti minum chai(teh) segarkan badan.
Nak tidur pun dah tak ngantuk. Aku ke depan bas untuk bersembang dengan pakcik Ahmad,pemandu bas.

Kebetulan kami sedang menyelusuri pemandangan Laut Merah.
Read 19 tweets
16 Dec 20
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”

Aku letak gagang telefon.

Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.

Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.

“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.

“Check pulse”

“No pulse”

“Continue CPR!”

“Aderenaline has given”
Read 13 tweets
15 Dec 20
“Doktor,tangan saya ni selalu kebas-kebas.Kalau malam,sampai terjaga sebab sakit sangat”

“Ada tak perlu menaip dalam jangka masa yang lama?”

“Biasalah doc,asignment banyak”

Meh saya bongkarkan sebab tangan jadi kebas!
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)

Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?

Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Read 16 tweets
13 Dec 20
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”

Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”

Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
Read 13 tweets
12 Dec 20
“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”

“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!