Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut.
Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Satu pasangan suami isteri masuk ke bilik konsultasi. Si suami memimpin tangan isteri.
Sesekali kelihatan isteri memegang perut yang sarat mengandung.
“Doktor, kebelakangan ni isteri saya kerap kejang otot betis. Tengah malam tiba-tiba menjerit”
“Habis tu apa yang encik buat”
“Saya tak tahu nak buat apa. Saya hanya mampu urut betis dia”
“Ini biasa terjadi pada wanita mengandung sebab otot betis terpaksa menampung berat badan berlebihan”
Hari ini, saya kongsikan cara mudah jika diserang kejang otot.
Kaki kejang merupakan salah satu masalah yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal.
Minyak masak yg digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis(salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal),penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
“Dah 2 hari. Rasa sakit sebelah kiri saja. Apa pun tak boleh buat. Rasa loya nak muntah”
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.
Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?
Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia bermula dengan salur darah otak yg mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen
1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut.Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.