Keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia adalah tidak mesra dan tidak konstruktif - Wisma Putra @MalaysiaMFA
Malaysia akan keluarkan perintah bagi kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan mereka supaya meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam - Wisma Putra @MalaysiaMFA
[Berita] Malaysia amat kesal keputusan Korea Utara putuskan hubungan diplomatik
Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilihat meninggalkan premis kedutaan dengan bas sewa khas, menuju ke KLIA.
Pegawai & keluarga kedutaan Korea Utara yang tiba di KLIA pada 11.45 pagi ini akan mendaftar masuk bagi urusan penerbangan pulang ke Korea Utara selepas terima arahan meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam ekoran keputusan Korea Utara putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
Kaunselor Kedutaan Korea Utara Kim Yu-Song diiringi polis sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM0886 ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia.
PM @MuhyiddinYassin menanam pokok Resak sebagai simbolik Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 di FRIM hari ini.
Malaysia terus komited dalam menjaga dan memulihara hutan negara - PM @MuhyiddinYassin
Malaysia antara 25 negara sedang membangun yang ada litupan hutan yang tinggi dan kegiatan penyahhutanan yang rendah - PM @MuhyiddinYassin