Pelan Medical Card ni nampak gempak diluar tapi tak gah didalam
Orang nampak ambik medical Card boleh settle masalah.
Cepat check in hospital, wad selesa, rawatan terbaik. Segalanya FREE. Sekupang pun tak perlu bayar.
Tapi hakikatnya tak ramai tahu. Prosedur pun tak faham 😅
Bila cakap pasal Medical Card, ada yang kata "Luthfi, sorry lah. Aku nampak Medical Card ni scam"
Bila jumpa ramai orang, banyaklah pendapat & maklum balas tentang Insurans / Takaful ni.
Tambahan pula sembang dengan orang Melayu, Insurans/Takaful = Medical Card
Actually Insurans/Takaful bukannya Medical Card semata-mata. Banyak lagi produk Takaful ni.
Cuma kebanyakkan orang kita lebih cenderung kepada Medical Card kerana ia adalah salah satu produk yang kita bayar & boleh guna terus bila perlu
Kiranya ambik Medical Card ni tak rugi.
Saya tak nafikan keperluan Medical Card. Tapi kita perlu tahu keperluan & keutamaan perlindungan kita.
Masalah yang selalu ejen Takaful alami adalah mindset orang kita, nak Coverage tinggi, nak cover seumur hidup tapi nak bayar bulan-bulan murah. Siap nak pakej family lagi🤣😅
Sebelum nak ambik medical kad kena faham.
Kena declare taraf kesihatan. Kena transparent dengan ejen& kena inform sejarah hospitalisation yang lepas.
Application kita mungkin akan cepat approved jika kita tak declare sepatutnya tapi kita akan ada masalah pada masa depan!
Bila jumpa ejen, kena tanya & fahamkan betul-betul proses & prosedur. Setiap syarikat tak sama. Ada perlu deposit. Ada tak perlu deposit.
Semua ada kelebihan & kekurangan tersendiri.
Masalah orang kita percaya & harap ke ejen Bulat2. Bila Ejen kena terminate/resign melopong
Ok, meh saya share sikit kenapa Medical Card ni hanya GEMPAK diluar tapi TAK GAH didalam :
1. Rawatan yg free (Baca : cover 100%) hanya apabila kita ADMIT sahaja & based on Guarantee Letter (GL). Jika GL declined atau reject maka rawatan kita tak cover. Best case, pay & claim
2. Senang cerita, kalau guna Medical Card untuk rawatan yg tak admit wad & tiada GL maka perlu Pay & Claim.
Risiko utk Pay & Claim ni adalah TAK GERENTI 100% akan dapat duit balik.
3. GL ada 2. 1st, masa admission. 2nd, masa discharge.
Jgn happy sangat kalau 1st GL tu approved. 2nd GL atau Final GL tu lagi penting utk pastikan rawatan kita tu ditanggung 100% oleh Takaful.
Ada kes, walaupun GL dah approved, keluar result +ve Covid19 terus GL declined!
Kalau tiba-tiba GL declined mcm mana?
Haa, check dgn ejen atau syarikat takaful. mesti ada sebab. Naya jugak kalau kena bayar sendiri bil tu walaupun pay & claim
Sebab tu sebelum nak admit tu kita kena bagitahu info yg perlu & sepatutnya sahaja. Takut nanti sbb statement kita
4. Walaupun Final GL dh keluar, tapi tak semestinya 100% cover!
Dlm final GL tu akan ada itemized item. Syarikat akan cover item yg related dgn rawatan. Ada yg tak cover covid test, ppe, admission fees dll. Maka, kena keluar duit sendiri juga
So siapa kata Medical Card ni free?
5. Medical Card bukannya "tiket" untuk buat testing
Med Card hanya boleh digunakan utk cover perkara/penyakit yg dah disahkan. Sebab tu kos CT Scan dll kena pay & claim. Once penyakit tu ada, boleh claim atau absorb masuk dlm bil/GL. Tapi, kalau sebaliknya tanggung sendiri
6. Medical Card tak cover kos ubat, supplemen kimoterapi dan kanser. Medical kad pun tak cover kos ubat pulmonary hypertension dan medical kad tak cover kos ubat air dialisis.
Senang cerita, ubat tambahan lepas keluar hospital, medical kad tak cover 😅😔
7. Medical Card tak cover kos alat perubatan Contohnya katil hospital untuk kegunaan dirumah, kerusi roda, tongkat bantu berjalan 4 kaki ataupun tongkat ketiak tu.
Senang cerita, segala alat yang nak guna kat rumah tu medical kad tak cover 😅😔
Kesimpulannya, medical Card ni bukannya satu produk yg straight forward. Anda perlu faham betul-betul sebelum & selepas ambil.
Jika betul2 faham, insyaallah infuture takkan ada masalah
Based on pengalaman saya, dari 10 orang yg ada takaful, hanya 3 je yg faham apa yg dia ambil
Setiap produk Takaful ada fungsi tersendiri
Ambil Med Card, dapat Coverage hospital je. Takkan boleh ganti pendapatan
Ambil Income Protection, dapat pampasan dlm bentuk tunai, tak dapat rawatan perubatan hospital
Ambil hibah Takaful, hanya pampasan kematian dan/atau kelumpuhan
Selain daripada diri kita, Pemilihan ejen pun penting, jika yg berpengalaman, insyaallah mudah urusan admission & discharge.
Dah tahun 2021, tak perlu dah minta ejen Takaful ziarah jika kita admit wad. Paling penting, dia cek status, GL cepat approved & discharged. Tu penting
Saya harap perkongsian saya ni beri manfaat kepada semua.
Sebagai ejen takaful, saya perlu kongsikan fakta yang betul agar semua orang faham tentang Medical Card.
Kita asyik cakap benda baik je kan. ni fakta yang kita perlu faham & terima jika kita ambil Medical Card.
Takaful ni sebenarnya mampu milik & boleh diambil berdasarkan kemampuan kita.
Jika bajet sederhana, ambil Income Protection, sebulan hanya RM85.
Jika ada bajet lebih, ambil Medical Card, bermula RM100+ sebulan
Kalau bajet tak banyak untuk takaful, boleh ambil dulu Income Protection. Kita secure gaji kita dulu. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan boleh refer hospital kerajaan
Kalau ada apa-apa kemusykilan WhatsApp je. Saya happy untuk bantu 😊
1. Kereta total loss, loan kereta masih banyak tapi syarikat insurans/takaful bayar pampasan sikit. Terpaksa bayar baki loan
2. Kereta hilang, syarikat takaful settle loan 100% siap dapat duit lebih lagi
Meh saya share sikit info ni
Actually, tak ramai orang tahu tentang perbezaan yg sangat-sangat penting bila kita renew insurans/takaful kenderaan iaitu MARKET VALUE dan AGREED VALUE.
Selalunya apa yang kita pilih adalah Insurans/Takaful yang murah kan? Kita tak pernah ambik port pun pasal Market atau Agreed
Market value :
Andaikata nilai sum covered kenderaan kita RM40-RM50k.
Tapi once kenderaan kita hilang atau total loss, syarikat bayar pampasan ikut nilai semasa
If time tu market value RM35k, then Insurans bayar RM35k la. Syarikat akan bayar ikut jumlah dalam Cover Note
"Sayang, nak tau tak kalau abang mati, segala aset milik abang akan TERBEKU" kata aku kepada isteri
"Aik? Terbeku? Kan abang dah letak nama sayang sebagai penama?" Jawap isteri dgn nada terkejut.
Tambah dia "Surat mati & nikah kan ada"
Aku jelaskan "kalau semua aset dah TERBEKU, waris kena dapatkan Letter of Administrator (LA) atau Probate untuk cairkan aset yang telah beku"
Isteri mencelah "Bukan ke bagi surat nikah & sijil mati tu dah cukup?"
"Tak, kalau ada wasiat kena dapatkan probate. Tak wasiat kena LA"
"Institusi kewangan perlukan LA atau Probate untuk keluarkan duit dlm akaun yang terbeku & tukar nama aset orang yg telah mati. Tak ada tu depa tak layan" aku tekankan kat dia.
Isteri "La, taktau pulak. Selama ni dengar guna sijil mati je. Lepastu apa planing abang?"
Tahukah anda, Masjid Al Ghazali, Jalan Depo, Petra Jaya, Kuching merupakan masjid yg dibina dgn sebahagian hasil wang pampasan Insurans 6 beranak yg terkorban akibat tragedi MH17?
Masjid ni bernilai RM3.5 juta
Saya kongsikan bagaimana anda boleh bina masjid sendiri macam ni
Berkenaan pembinaan masjid berkenaan, sebenarnya idea keluarga hanya nak buat surau je tapi depa tak tahu kat mana nak buat.
Then, dapat tahu tentang ada tapak kosong yg telah pun dapat kelulusan daripada pihak berkuasa tapi taktau bila nak bina.
Kemudian, keluarga arwah terutamanya mak depa setuju untuk bina masjid untuk kegunaan masyarakat setempat. Lepas 4 tahun, pada tahun 2019 masjid tersebut siap untuk digunakan.
Semoga arwah mangsa korban MH17 dapat segala pahala setiap kali masjid tersebut digunakan.