Pada pandangan saya, kesilapan pada berlebihan mengagungkan logo capal ini sebenarnya berpunca dari salah faham atau tidak faham tentang pembahagian antara Sunnah Tasyri'iyyah dan Sunnah Ghayr Tasyri'iyyah.
Ada perkara yang Nabi SAW lakukan yang merujuk kepada syarak, seperti sabda Nabi : "Solatlah kamu seperti kamu lihat aku solat", atau sabda Nabi SAW tentang ibadah haji : "ambillah tatacara (haji) daripada aku".
Ada pula perlakuan Nabi SAW yang merujuk kepada sifat Baginda sebagai seorang manusia, atau merujuk kepada suasana persekitaran Baginda, atau zaman Baginda hidup, atau tempat Baginda di Tanah Arab. Perlakuan Nabi SAW bagi perkara sebegini dipanggil Sunnah Ghayr Tasyri'iyyah.
Perbahasan tentang Sunnah Ghayr Tasyri'iyyah ini lebih luas dan longgar berbanding Sunnah Tasyri'iyyah. Contoh Sunnah sebegini adalah pakaian Nabi, atau makanan kesukaan Nabi, atau haiwan tunggangan Nabi, dan lain-lain.
Apabila Nabi SAW memakai sesuatu pakaian, maka maqsad (tujuan) yang perlu difahami dari pemakaian Nabi SAW bukanlah pada jenis baju Baginda, tetapi yang perlu difahami adalah etika Baginda berpakaian, seperti berpakaian sopan, menutup aurat, longgar dan seumpamanya.
Begitu juga pada pemakanan Nabi, tumpuannya bukanlah pada jenis makanan tersebut, tetapi tumpuannya adalah bagaimana Nabi SAW menitikberatkan pemakanan yang sihat, bagaimana Nabi tidak membazir dalam makanan, bagaimana Nabi bersyukur terhadap rezeki, dan lain-lain.
Justeru siapa yang memakai pakaian yang sopan, tidak melampaui had syarak, insyaAllah dia telah menepati sunnah. Sebagaimana siapa yang sekalipun berjubah atau berserban, tetapi ketat, menampakkan tubuh badan, jarang, dan lain-lain, mereka sebenarnya telah menyalahi sunnah.
Siapa yang menjaga pemakanan, tidak membazir, tidak berlebih, memakan makanan yang sihat, insyaAllah mereka selari dengan sunnah. Namun mereka yang makan kismis berlebihan, atau keterlaluan minum zaitun, itu bercanggah dengan sunnah, sekalipun zat makanan itu ada dalam sunnah.
Jadi perkara yang sama perlu difahami pada capal. Ia termasuk pakaian Nabi SAW. Apabila Nabi bercapal, atau berpakaian dengan sesuatu pakaian, sebenarnya Nabi sedang mengajar kita tentang etika & adab berpakaian, bukan Nabi ingin maksudkan zat, atau bentuk, atau jenis pakaian.
Justeru perkara ini pada saya disalahfahami oleh sebahagian masyarakat melayu. Mereka hanya melihat pada zat, jenis dan bentuk, tapi tidak melihat kepada maksud sebenar Nabi. Kerana itu diangkat zat, jenis dan bentuk, lalu dipromosi, diiklan, dijual.
Maka siapa yang punya logo capal, kelihatan dia seolah-olah pencinta Nabi, walaupun pakaiannya ketat dan dan jarang !. Sedangkan maksud sebenar Nabi adalah etika dan adab pada pakaian, menutup aurat, longgar, tidak jarang, bukan pada lambang dan logo tertentu !.
Seterusnya berlaku lah kesilapan. Perkara yang sebenarnta patut diangkat adalah tuntutan pada Sunnah Taysri'iyyah, seperti ibadah, menjaga aurat, menghidupkan masjid, amalan-amalan sunat, dan lain-lain.
Namun berlaku sebaliknya, yang diangkat lebih pula adalah perkara yang sepatutnya luas. Maka diangkatlah zat capal, atau zat sugi, atau zat minyak zaitun dan habbatul sauda'.
Lalu siapa tidak berlogo capal dianggap kurang cinta Nabi, siapa tak bersugi dianggap tidak sunnah, siapa tak minum minyak zaitun dikatakan tidak makan makanan sunnah.
Maka berlaku kesilapan, yang patut dihighlight adalah perkara lain, namun dihiglight pulak perkara lain. Semoga kita faham dan tahu membezakan antara dua perkara ini, seterusnya lebih menajamkan pemahaman kita kepada Sunnah Nabi SAW.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Amalan meletakkan tangan diatas ubun-ubun isteri selepas berkahwin adalah warid dalam hadith. Namun amalan ini tidak sepatutnya dilakukan dihadapan khalayak ramai, dengan dikelilingi orang ramai, bahkan ada pula yang mengambil gambar ketika itu.
Melakukan amalam ini dikhalayak ramai sepertinya tidak bertepatan dengan konsep doa yang mempunyai makna izhar al-zillah wa al-maskanah (menzahirkan kedhaifan seorang hamba ketika berdoa kepada Allah SWT).
Nabi SAW sangat mementingkan isu menzahirkan kedhaifan diri ketika berdoa. Antara cara Baginda zahirkan kedhaifan diri adalah dengan mengangkat tangan ketika berdoa, kata Syeikh 'Atiyyah Saqr : "ianya seperti seorang fakir menadah tangan memohon bantuan dari orang lain untuknya".