Saya sedih membaca luahan dari pesakit ini.

Beberapa pandangan saya mengenai peristiwa ini.

1. Penyakit darah tinggi terdiri daripada primary atau secondary. Primary maksudnya pesakit tiada penyakit lain yang menyebabkan hypertension. Secondary bermakna ada penyakit lain.
Untuk adik ini, boleh disebabkan oleh primary atau secondary.

2. Primary hypertension bukan lagi penyakit orang berusia, akan tetapi orang muda juga sudah semakin ramai yang mendapat penyakit hypertension.
3. Saya mohon sangat-sangat jika sudah ada satu bacaan yang tinggi, jangan sesekali berhenti dari melakukan saringan, teruskan membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala untuk mengetahui adakah tekanan darah yang tinggi itu adalah berterusan.
4. Penyakit darah tinggi selalunya tidak bergejala, tahu-tahu sudah pun merosakkan organ badan. Jika bergejala, sakit kepala adalah salah satu gejala yang sering dihidapi oleh pesakit. Jika sering sakit kepala, perlu jumpa Dr untuk melakukan saringan tekanan darah.
5. Gejala-gejala hypertensi tidak akan hilang dengan ubat tahan sakit, walaupun ia membantu untuk mengurangkan sakit tetapi ianya hanya bersifat sementara. Selagi asbab utama tidak dirawat, selagi itulah gejala itu akan dirasai oleh pesakit.
6. Yang sangat ditakuti dengan penyakit kronik ini adalah ianya akan merosakkan organ badan jika tidak dirawat secepat mungkin. Ianya boleh menyebabkan strok, kebutaan, sakit jantung, kerosakan saraf dan buah pinggang. Sedih saya baca pesakit telah rosak buah pinggang.
7. Jika sudah sampai ke tahap akhir, tidak ada cara lain lagi selain dari renal transplant, ini yang terbaik. Akan tetapi, bukan mudah untuk buat renal transplant kerana kita masih banyak limitasi. Akhirnya, pesakit akan disarankan untuk dialisis.
Terdapat dua jenis dialisis: hemodialysis (darah) dan peritoneal dialysis (air). Buat masa ini, pakar buah pinggang akan menganjurkan untuk peritoneal dialysis.
8. My take home message:
i. Jangan ambil ringan jika kita mempunyai satu gejala yang berterusan, jumpa Dr, jangan tanya di media sosial, terus jumpa Dr.
ii. Jika sudah ada isu kesihatan, jangan berhenti berjumpa Dr, jika ada follow up, pastikan diikuti.
iii. Selalu melakukan pemeriksaan saringan. Saringan tekanan darah dan gula darah boleh dilakukan di klinik kesihatan. Ambil sedikit masa kita untuk lakukan pemeriksaan, lagilah jika sudah berumur 30 tahun ke atas, kena buat setiap tahun.
Saya doakan adik ini kesihatan dan insyaAllah dengan rawatan yang diberikan adik mampu meneruskan kehidupan. Jika ada rezekinya, akan disenaraikan sebagai penerima derma buah pinggang. Marilah kita doakan bersama.

#MedTweetMY

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Khairul Hafidz

Khairul Hafidz Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @khairul_hafidz

15 Jan
Saya menghargai jika ada bekas pesakit #COVID19 yang ingin berkongsi pengalaman mereka, ianya boleh dijadikan sebagai panduan buat yang lain.

Yang saya kesal dan sedih apabila ada bekas pesakit yang membuat pernyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.
Pengalaman yang dikongsi adalah pengalaman dia dan keluarga sebagai pesakit.

Alhamdulillah, Allah pelihara, hanya setakat tahap I dan II, sebab itu lah sembuh tanpa sebarang komplikasi.

Tapi janganlah kata mereka sembuh tak perlu ubat pun dan tak perlu takut COVID-19
Janganlah kita merendahkan COVID-19, bilamana ramai yang sembuh tanpa komplikasi, banyak yang datang dengan tahap III dan ke atas; datang dengan sesak nafas dan komplikasi organ yg lain.

Yang asymptomatic memang tak perlu ubat, yang pihak KKM buat adalah PANTAU takut lebih teruk
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!