Petang tadi saya menghadiri Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Pelancaran Aplikasi MyZakat anjuran @ppzwp. Turut hadir bersama adalah Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Daud Bakar.
Program berbuka puasa ini adalah aktiviti tahunan PPZ-MAIWP bagi meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pembayar zakat RM25,000 ke atas khususnya yang menerima Skim Wakalah.
Sebak rasanya memandang 87 orang anak-anak kecil ini yang sudah kehilangan kasih sayang orang tua mereka. Kesemua penghuni Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman dan Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia ini menerima sumbangan duit raya berjumlah RM4,350.00.
Saya bertemu seorang demi seorang dan berikan juga duit raya tambahan kepada duit raya yang disediakan oleh PPZ-MAIWP.
Dalam masa yang sama, saya berbesar hati ingin mengumumkan aplikasi MyZakat yang akan memudahkan pembayaran zakat terutamanya zakat harta. Buat masa ini, aplikasi MyZakat boleh didapati di Google Play play.google.com/store/apps/det…
Saban hari, kepercayaan masyarakat kepada institusi zakat semakin kukuh walaupun terdapat pelbagai khabar angin yang berlegar di media sosial. Saya ingin menyeru umat Islam untuk menyelidik terlebih dahulu berita-berita yang diperoleh sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
Insya-Allah, amanah untuk mengagihkan wang zakat sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan semua asnaf mendapat hak yang sewajarnya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
TIDAK MAMPU SEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA? JEMPUT DATANG KE MASJID
Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur melalui @myJAWIKL menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma dalam Program Dapur It'am Ramadan 1442H . Setiap hari mereka menyediakan hampir 800 pek kepada golongan sasar.
Untuk makluman, 70 buah masjid dan surau di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terlibat Program Dapur It'am Ramadan 1442H dengan peruntukan berjumlah RM2.1 juta. Pelbagai menu disediakan di setiap masjid melalui program berkonsepkan “kitchen soup” ini.
Mereka yang tidak ada makanan untuk berbuka puasa, kelompok B40, asnaf dan rakan jalanan boleh mengambilnya secara percuma setiap petang.
Saat embun jantan mula terbit, saya bersama-sama @jawhar_jpm dan @rasmi_YWM dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integrasi Berwawasan (PSKIB) memulakan program Kembara Sahur di sekitar Puchong, Kuala Lumpur.
Juadah sahur dan pek barangan asas dapur diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Serdang dan Subang, serta sukarelawan yang hadir. Saya berterima kasih kepada McDonalds atas tajaan juadah sahur yang disediakan.
Kami sediakan 100 pek sumbangan untuk kelompok sasar seperti OKU, asnaf, warga emas yang memerlukan bantuan, kelompok B40 dalam kalangan polis dan bomba dan lain-lain.
Semalam saya ada beberapa program agihan bantuan di Kuala Lumpur. Program sebelum Maghrib adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok seluruh Wilayah Persekutuan bertempat di Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah, Setapak.
Jalan raya amat sesak. Alhamdulillah, Ustaz Rohisham daripada Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak sudi tumpangkan saya untuk ke tempat program. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Terima kasih ustaz.
Tiba di sana, saya disambut oleh Pengarah @myJAWIKL , para Mudir dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah. Seronok dapat berbuka puasa bersama dan berbincang secara santai berkenaan pemerkasaan Maahad Tahfiz masing-masing.
Alhamdulillah, rundingan meja bulat anjuran @MyJAKIM bersama pengimport & pengedar daging & produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia. Turut hadir KPDNHEP, DVS, MAQIS dan JKDM serta pemegang taruh dalam industri ini
Antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan Pengimport Daging Berlesen yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Sushi King Sdn. Bhd., Kyros Kebab Sdn. Bhd., Melawati Kebab Sdn. Bhd.,
Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDPa Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan kurniaan kepada tiga individu warga agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama):
1. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.
2. YBhg. Datuk Haji Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Patik dengan penuh rendah diri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Genap 2 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kekuatan, keberkatan dan kemegahan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana dengan penuh ke'izzahan, kedaulatan dan kebesaran.
Moga rahmat Allah SWT sentiasa memayungi dan bersama-sama KDYMM Tuanku dalam memakmurkan Negara yang tercinta ini.