Alhamdulillah, rundingan meja bulat anjuran @MyJAKIM bersama pengimport & pengedar daging & produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia. Turut hadir KPDNHEP, DVS, MAQIS dan JKDM serta pemegang taruh dalam industri ini
Antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan Pengimport Daging Berlesen yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Sushi King Sdn. Bhd., Kyros Kebab Sdn. Bhd., Melawati Kebab Sdn. Bhd.,
Nusantara Meat Berhad, Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd., Macfood Services (M) Sdn. Bhd.dan Selamat Supplies Sdn. Bhd.
Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh didapati di portal Halal halal.gov.my atau aplikasi Smart Halal. Jika pengimport ada Sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka anda tidak perlu risau lagi.
Saya amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal ini. KPDNHEP dan SPRM selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import ini.
Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi autoriti mengikut lunas perundangan. Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang dari Mahkamah, semuanya akan selesai.
Saya kongsikan di sini Aliran Proses Import Daging ke Malaysia untuk makluman semua.

#YakiniHalalMalaysia

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drzul_albakri

1 Feb
Merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDPa Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan kurniaan kepada tiga individu warga agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama):
1. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.
2. YBhg. Datuk Haji Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Read 5 tweets
31 Jan
Patik dengan penuh rendah diri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Genap 2 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kekuatan, keberkatan dan kemegahan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana dengan penuh ke'izzahan, kedaulatan dan kebesaran.
Moga rahmat Allah SWT sentiasa memayungi dan bersama-sama KDYMM Tuanku dalam memakmurkan Negara yang tercinta ini.
Read 6 tweets
31 Jan
Saya kagum dengan inisatif ramai pihak membantu rakyat. Tak perlu bandingkan. Masing2 ada peranan. Boleh rujuk Kad Laporan 2020 saya. Ini sebahagian laporan agihan bantuan #MusaadahCOVID19 2020. Kad Laporan Januari 2021 akan menyusul. Tk atas kprihatinan 👍
Saya sarankan @farahAzlan22 ikuti t.me/drzulalbakri dan semua medsos saya. Saya laporkan agihan bantuan seluruh negara setiap hari drpd agensi2 di bawah saya. Fokus tahun ini bertambah bukan sahaja kpd golongan yg terjejas dgn pandemik tetapi mangsa banjir. Ini antaranya.
Untuk bantuan mangsa banjir, kami telah ke 9 buah negeri dgn fokus utama kpd 4 negeri. Saya sarankan ikuti FB agensi-agensi di bawah saya seperti Baitulmal MAIWP, YADIM, YaPEIM, JAWI Foodbank, PPZ MAIWP utk maklumat lanjut.
Read 7 tweets
24 Dec 20
Ada sedikit salahfaham dalam isu ini.

Saya dimaklumkan, pihak Bahagian Pengurusan Halal JAKIM telah menghubungi wartawan berkenaan dan meminta utk artikel tersebut diperbaiki.

Rujuk di bawah 🔽
1. Ucapan perayaan adalah DIBENARKAN pada produk sekiranya ia dibuat bukan dengan tujuan untuk dipamerkan dalam premis yang telah dipersijilkan halal atau pada produk yang ditandakan dengan logo halal.
TIADA larangan yang dikhususkan untuk perayaan selain Islam dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020; dan
Read 7 tweets
23 Dec 20
SUMBANGAN JAWI FOODBANK MELALUI #MUSAADAHCOVID19 KEPADA PENGANUT KRISTIAN B40

Saya sering menekankan keperluan untuk orang ramai memahami fiqh ta’ayush (co-existence) yang amat penting bagi negara multi-agama seperti Malaysia.
Perbezaan akidah tidak menghalang kita untuk saling bantu-membantu terutamanya ketika saudara mara dan jiran tetangga kita dalam kesusahan. Malah, Islam mengajar kita untuk memahami isu kemanusiaan sebagai bahasa universal memahami agama dan bangsa.
Hari ini, saya menyampaikan bantuan JAWI Foodbank melalui inisiatif #MusaadahCOVID19 kepada 50 orang penerima B40 termasuk penganut Kristian di Masjid Wilayah Persekutuan.
Read 5 tweets
21 Oct 20
Saya teringatkan kata-kata sarjana ulung Malik Ben Nabi dalam bukunya “Mushkilat al-Afkar fi al-‘Alam al-Islami” tentang pemikiran yang mati/jumud (al-afkar al-mayyitah), pemikiran yang mematikan (al-afkar al-mumitah) dan al-afkar al-hayyah (pemikiran yang dinamik).
Untuk pergi lebih jauh ke hadapan, umat Islam perlu tinggalkan al-afkar al-mayyitah. Jika kita masih lagi berdebat, dan bertekak dengan penuh emosi untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan harmoni,
senang dengan permusuhan dan perseteruan yang merugikan ummah, maka pemikiran kita sebenarnya mati.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!