Boleh baca dalam kitab seperti Syarah Jauharah dengan Hasyiah Sheikh Muhyiddin Abd Hamid apa yang golongan asyairah maksudkan dengan Al-Quran sebagai kalamullah.
Jika disebutkan kalamullah di sisi asyairah akan merujuk kepada dua; kalam nafsi yang qadim dan juga Al-Quran. Dua duanya kalamullah. Sesiapa yang ingkar Al-Quran yang ada ini sebagainya kalamullah maka dia boleh jatuh kufur. Hatta muktazilah tidak ingkar Al-Quran kalamullah.
Yang membezakan kalam nafsi dan al-quran adalah kalam nafsi qadim; tidak berhuruf dan tidak bersuara seperti makhluk. Adapun Al-Quran adalah ibarat kepada kalam nafsi. Andai terbuka hijab maka apa yang ada dalam Al-Quran sama seperti kalam nafsi. Dua duanya tetap kalamullah.
Adapun pandangan yang mengatakan Allah menciptakan suara pada pokok tu adalah pandangan muktazilah. Sebab mereka tolak pendapat kalam nafsi seperti yang dipegang oleh asyairah.
Tetapi titik temu antara hanabilah, asyairah dan muktazilah adalah ketiga tiga aliran ini sepakat bahawa Al-Quran adalah kalamullah.

Khilafnya adalah asyairah dengan kalam nafsi, hanabilah dengan kalam dengan suara & huruf yang qadim, muktazilah tolak kalam nafsi.
Isu kalam ini antara titik perbezaan antara Hanabilah dan Asyairah semenjak 1000 tahun. Hanabilah pegang pendapat kalam Allah dengan huruf dan suara yang qadim. Hanabilah digelar oleh asyairah sebagai hasyawiyyah. Manakala asyairah digelar oleh hanabilah sebagai muattilah.
Khilaf ini telah berterusan selama lebih 1000 tahun dan tidak akan berpenghujung. Kitab kitab sudah pun ditulis dan akan terus ditulis.

Persoalannya sekarang bagaimana kita nak kurangkan kesan buruk pada khilaf yang boleh memecah belahkan saf umat Islam?
Kalau ada sesiapa yang tidak faham perbahasan ini takde masalah. Boleh abaikan. 🤲
Pada video Dr Basri hafizahullah ada kesilapan bila beliau sebut asyairah berpandangan Allah SWT mencipta suara pada pokok ketika berbicara dengan Nabi Musa. Ini adalah pandangan muktazilah. Perkara ini ma'rouf.
Begitu juga "asyairah mengatakan Al-Quran bukan kalamullah" juga tidak tepat. Bahkan kalam nafsi dan al-quran dua dua adalah kalamullah. -Dengan penjelasan pada thread. Boleh baca.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri - فخري

Fakhri - فخري Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

2 May
▪️Terawih pada ramadan ke-20 semalam imam membaca Surah Taha.

Surah ini menceritakan tentang perjalanan awal kehidupan Nabi Musa عليه السلام dan baginda ialah satu satunya nabi yang diceritakan kisah perjalanan hidup baginda bermula daripada bayi.
▪️Pada kisah ini diperincikan sifat seorang ibu melalui Ibu Nabi Musa. Antara sifat seorang ibu adalah dirinya tidak akan tenang jika tidak melihat anaknya berada di sisinya walaupun mengetahui bahawa anaknya dalam keadaan selamat.
▪️Fitrah ini telah dirakamkan oleh Al-Quran iaitu ketika mana baginda telah diletakkan di dalam bakul dan dilepaskan hanyut di dalam sungai.

▪️Antara jaminan Allah kepada Ibu Musa adalah bahawa anaknya akan selamat di dalam perlindunganNya dan beliau meyakini janji ini.
Read 7 tweets
1 May
Hubungan Yang Kekal

Kata Sheikh Ali Tantawi :

"Aku telah hidup pada permulaan usiaku bersama ayahku. Aku merasakan bahawa diriku tidak mampu berpisah dengannya dan tidak dapat hidup tanpanya, tetapi akhirnya ayahku meninggal dunia. [1/4]
Seterusnya aku hidup bersama dengan saudaraku dan aku merasakan bahawa diriku juga tidak mampu berpisah dengan mereka, tetapi akhirnya setiap daripada mereka berkahwin dan hidup bersama keluarga masing masing. [2/4]
Begitu juga aku berkahwin dan memiliki anak anak lelaki dan anak anak perempuan dan aku merasakan bahawa aku tidak dapat hidup tanpa mereka, tetapi akhirnya setiap daripada mereka berkahwin dan membawa arah hidup bersama sama keluarga masing masing. [3/4]
Read 4 tweets
1 May
[1/5] Renungan Surah Yusuf.

Nabi Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pemuda. Antara mereka bertiga baginda ialah yang paling mulia dan tinggi darjatnya.

Tapi dengan segala kemuliaan yang baginda miliki Allah telah mengeluarkan dua orang permuda itu terlebih dahulu. Image
[2/5] Tetapi lelaki yang pertama keluar untuk menjadi hamba manakala lelaki yang kedua keluar untuk dibunuh.

Sedangkan Nabi Yusuf menunggu dengan lama, sehingga bertahun tahun dan akhirnya baginda keluar, bukan untuk menjadi insan biasa tetapi menjadi pemerintah Mesir!
[3/5] Buat mereka yang sedang ternanti nanti impian dan doa mereka untuk dikabulkan, renungilah surah yang indah ini.

Apa sahaja nikmat yang telah Allah hilangkan daripada kita itu adalah hikmahNya.

Apa sahaja nikmat yang telah Allah kekalkan pada kita itu adalah rahmatNya.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!