Nabi Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pemuda. Antara mereka bertiga baginda ialah yang paling mulia dan tinggi darjatnya.
Tapi dengan segala kemuliaan yang baginda miliki Allah telah mengeluarkan dua orang permuda itu terlebih dahulu.
[2/5] Tetapi lelaki yang pertama keluar untuk menjadi hamba manakala lelaki yang kedua keluar untuk dibunuh.
Sedangkan Nabi Yusuf menunggu dengan lama, sehingga bertahun tahun dan akhirnya baginda keluar, bukan untuk menjadi insan biasa tetapi menjadi pemerintah Mesir!
[3/5] Buat mereka yang sedang ternanti nanti impian dan doa mereka untuk dikabulkan, renungilah surah yang indah ini.
Apa sahaja nikmat yang telah Allah hilangkan daripada kita itu adalah hikmahNya.
Apa sahaja nikmat yang telah Allah kekalkan pada kita itu adalah rahmatNya.
[4/5] Kadang Allah melambatkan impian itu dikabulkan kerana Dia ingin mempergandakan kurniaan itu buat kita - seperti keadaan Nabi Yusuf dalam penjara.
Surah Yusuf juga ialah satu satunya surah yang bermula dengan 'impian' dan berakhir dengan 'impian' yang tercapai.
[5/5] Sepertinya surah ini mengajar kita agar terus berpegang dan yakin dengan impian yang kita miliki.
Juga kita melihat janji Allah:
Bahawa kesakitan pasti akan sembuh, kehilangan pasti akan berganti, kesedihan pasti akan hilang dan kesusahan pasti akan berakhir. #Ramadan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Boleh baca dalam kitab seperti Syarah Jauharah dengan Hasyiah Sheikh Muhyiddin Abd Hamid apa yang golongan asyairah maksudkan dengan Al-Quran sebagai kalamullah.
Jika disebutkan kalamullah di sisi asyairah akan merujuk kepada dua; kalam nafsi yang qadim dan juga Al-Quran. Dua duanya kalamullah. Sesiapa yang ingkar Al-Quran yang ada ini sebagainya kalamullah maka dia boleh jatuh kufur. Hatta muktazilah tidak ingkar Al-Quran kalamullah.
Yang membezakan kalam nafsi dan al-quran adalah kalam nafsi qadim; tidak berhuruf dan tidak bersuara seperti makhluk. Adapun Al-Quran adalah ibarat kepada kalam nafsi. Andai terbuka hijab maka apa yang ada dalam Al-Quran sama seperti kalam nafsi. Dua duanya tetap kalamullah.
▪️Terawih pada ramadan ke-20 semalam imam membaca Surah Taha.
Surah ini menceritakan tentang perjalanan awal kehidupan Nabi Musa عليه السلام dan baginda ialah satu satunya nabi yang diceritakan kisah perjalanan hidup baginda bermula daripada bayi.
▪️Pada kisah ini diperincikan sifat seorang ibu melalui Ibu Nabi Musa. Antara sifat seorang ibu adalah dirinya tidak akan tenang jika tidak melihat anaknya berada di sisinya walaupun mengetahui bahawa anaknya dalam keadaan selamat.
▪️Fitrah ini telah dirakamkan oleh Al-Quran iaitu ketika mana baginda telah diletakkan di dalam bakul dan dilepaskan hanyut di dalam sungai.
▪️Antara jaminan Allah kepada Ibu Musa adalah bahawa anaknya akan selamat di dalam perlindunganNya dan beliau meyakini janji ini.
"Aku telah hidup pada permulaan usiaku bersama ayahku. Aku merasakan bahawa diriku tidak mampu berpisah dengannya dan tidak dapat hidup tanpanya, tetapi akhirnya ayahku meninggal dunia. [1/4]
Seterusnya aku hidup bersama dengan saudaraku dan aku merasakan bahawa diriku juga tidak mampu berpisah dengan mereka, tetapi akhirnya setiap daripada mereka berkahwin dan hidup bersama keluarga masing masing. [2/4]
Begitu juga aku berkahwin dan memiliki anak anak lelaki dan anak anak perempuan dan aku merasakan bahawa aku tidak dapat hidup tanpa mereka, tetapi akhirnya setiap daripada mereka berkahwin dan membawa arah hidup bersama sama keluarga masing masing. [3/4]