Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

[Ini adalah bebenang]
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah.
Pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab.
Pada zaman Sultan Sulaiman al- Qanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah diperbaiki.
1 Palestin di bahagian selatan berada di bawah pentadbiran wilayah Sham dan berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara Palestin pula ditadbir oleh wilayah Lubnan yang berpusat di Akka. Palestin kelihatannya kekal di bawah Empayar Uthmaniyyah selama 4 abad.
Pentadbiran Palestin di bawah kerajaan Uthmaniyyah berakhir sebaik sahaja Inggeris berjaya menjajah wilayah ini.
Ketika ia berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, Baitulmaqdis dan Palestin merupakan wilayah terbuka yang boleh dilawati oleh golongan Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang dianggap suci oleh 3 agama samawi.
Golongan Kristian dan Yahudi bebas untuk melakukan ibadah termasuk ibadah utama mereka yang sering disebut sebagai ‘pilgrim’. Ia berbeza dengan Islam di mana ‘pilgrim’ bagi Muslim ialah ke Mekah bagi melakukan haji.
Namun ada juga yang menggunakan perkataan ‘pilgrim’ untuk merujuk kepada umrah.
Ini adalah masalah istilah yang digunakan oleh Eropah tetapi ingin diumumkan istilah itu kepada masyarakat Islam sehingga ada yang menulis bahawa ketika golongan Syiah menyambut Muharram dan kematian Saidina Husien, ia digambarkan sebagai ‘pilgrim’.
Jika dilihat dalam hal ini, ‘pilgrim’ bagi Muslim seharusnya merujuk kepada ibadah haji di Mekah, bukan mana-mana sambutan juga perayaan ditempat lain.
Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan bagi Yahudi, Kristian dan Islam.
Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu.
Namun begitu, setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad ke-20, situasinya telah bertukar.
Jika dahulu ia bersifat inklusif dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka terutama kepada umat Islam.
PERGERAKAN ZIONIS MELOBI MENDAPATKAN NEGARA

Golongan Yahudi sebenarnya banyak ditindas di Barat terutama di wilayah Eropah Timur. Bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO).
Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai presiden yang pertama.
Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi.
Idea ini sebelumnya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau The State of Israel. Golongan Yahudi melakukan lobi terhadap kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan sokongan dan simpati.
Beberapa strategi digunakan dengan mendekati pembuat dasar di Britain. Pemimpin zionis di Britain iaitu Wheizmann melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan simpati untuk menubuhkan negara Israel di Palestin.
Beberapa strategi yang digunakan telah menimbulkan simpati serta persetujuan House of Common di Britain. Rentetan dari itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada Nov 1917.
Ia telah dibincangkan dengan mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang (War Cabinet) di London.
Oleh sebab itu, ada dua peristiwa besar yang selalu disebut berlaku pada tarikh tersebut iaitu persetujuan terhadap teks Deklarasi Balfour dan serangan tentera British bagi menawan Palestin.
Kelemahan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang memerintah Palestin di antara tahun 1516-1917 turut memudahkan laluan untuk kejayaan projek Yahudi-Zionis di Palestin. Kuasa Barat mengambil peluang ini membahagi-bahagikan tanah Palestin sesama mereka.
Sewaktu Persidangan London 1905-1907, idea pembentukan ‘Negara Kawalan’ (Buffer State) di kawasan Palestin telah ditimbulkan.
Para hadirin telah mencadangkan satu keputusan kepada pihak Perdana Menteri Britain Campbell Bannerman pada masa itu untuk membina institusi pemerintahan yang berbentuk kawalan manusia yang kuat di sebelah Timur Laut Mediteranean yang bermusuhan dengan orang Islam.
Tetapi merupakan rakan Kuasa Eropah serta kuat bergantung kepada mereka. Mereka berpandangan bahawa orang yang terbaik untuk melaksanakan perancangan kolonial ini ialah orang-orang Yahudi sendiri.
Motif utama perancangan Barat untuk membina idea Negara Kawalan (iaitu Palestin) di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika dan mungkin juga mereka ingin menjauhkan masyarakat Islam dengan Barat.
Idea ini juga adalah usaha untuk mematahkan sebarang kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Dengan ini dunia Islam akan sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang panjang dan rumit.
Rejim Zionis ini amat memerlukan sokongan kuasa Barat untuk menjamin survival mereka dan kuasa Barat juga memerlukan mereka untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka.
Oleh itu salah satu strategi yang harus dilakukan adalah mereka perlu menjalinkan hubungan kerjasama tanpa putus-putus.
PALESTIN DI BAWAH MANDAT BRITISH: BERMULANYA KEJATUHAN RASMI ABAD KE 20

Palestin secara rasmi jatuh ke tangan bukan Islam pada zaman moden ini apabila ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah tersebut.
Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada bulan Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi.
Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.
Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah.
Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari 1918-1947.
Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah menempatkan wakilnya di Palestin dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.
SEJARAH KELAHIRAN NEGARA ISRAEL

Semasa Perang Dunia, orang-orang Yahudi yang terlibat dalam perang mempunyai jumlah yang besar. Dalam situasi tersebut, sekitar 119,000 orang Yahudi berdaftar untuk perkhidmatan tentera dalam masa sebulan Perang Dunia Kedua berlaku.
Pada akhir tahun 1942, sekitar 19,000 orang Yahudi Palestin - hampir 10 peratus daripada mereka perempuan berada dalam perkhidmatan tentera dan aktif dengan angkatan bersenjata Inggeris.
Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan tentera
yang menyertai operasi di Itali dan Afrika Utara. Unit Komando Khusus Yahudi berjuang di Libya dan Ethiopia, dan juga terlibat dalam penjajahan pasukan tentera Berikat di Syria dan Lubnan pada tahun 1941.
Orang-orang Yahudi mengharapkan bahawa penyertaan setia mereka tidak akan dilupakan oleh Inggeris ketika perang berakhir. Ia merupakan masa yang tepat untuk kembali menilai masalah perpindahan Yahudi ke Palestin.
Oleh kerana situasi anti-Semitism atau anti Yahudi muncul di Eropah sebelum Perang Dunia II, orang Yahudi percaya bahawa Palestin menawarkan tempat terbaik untuk mereka membina semula kehidupan mereka dan imej bangsa yang rosak.
Pada tahun 1945, ada arus besar masyarakat Yahudi di Poland dan Eropah Timur lain melarikan diri ke kem-kem pelarian di Barat.
Situasi ini berlaku kerana setelah kembali ke rumah mereka di Poland, orang-orang Yahudi mendapati keadaan yang runcing di mana anti-Semitisme telah merebak kepada rakyat Poland.
Ini tidak terkecuali golongan Yahudi yang terpaksa lari dari cengkaman anti-Semitisme yang membingungkan hidup mereka di era sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai ‘pogroms’.
Ramai dalam kalangan orang Yahudi, sebagai akibat dari anti- Semitisme, menjadi pelarian atau displaced person (DP) dan beberapa kongres telah dilaksanakan untuk mencari penyelesaian untuk golongan ini.
Beberapa orang Yahudi, setelah melihat keluarga mereka terlibat
dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, mereka menumpukan perhatian kepada membawa pelarian ini ke Palestin.
Kemudian itu Yahudi Palestin, dengan keberanian dan semangat mereka untuk berjuang serta membela nasib kaum, berjaya menyokong serta menubuhkan negara Israel.
Penubuhan Negara Israel tersebut
mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut.
Ketika Harry Truman diangkat menjadi Presiden pada April 1945, beliau menjadi sasaran kuasa rayuan dan pelobi Zionis. Presiden Truman tidak pernah menyimpang dalam memberikan simpati terhadap aspirasi Zionis.
Pada 1947, Jawatankuasa Khusus PBB terhadap Palestin (UNSCOP) menyarankan bahagian Barat Palestin harus dibahagi menjadi tiga kategori: pertama, sebuah negara Yahudi, kedua, sebuah negara Arab dan ketiga, sebuah wilayah yang dikuasai atau diperintah oleh PBB (Corpus separatum).
Pelan pembahagian (Partition Plan) ini diluluskan pada 29 November 1947 dengan terhasilnya Resolusi 181, Perhimpunan Agung PBB. Resolusi ini dikatakan lebih menguntungkan orang Yahudi berbanding dengan laporan Suruhanjaya Peel.
Resolusi ini dikira sebagai 33 suara menyokong, 13 menentang, dan 10 dikira tidak hadir. Ini bererti adanya sokongan dengan majoriti mudah untuk memisahkan tanah Palestin menjadi beberapa bahagian.
Sekiranya 10 perwakilan yang tidak hadir tersebut jika mereka muncul, ia tidak akan mengubah sokongan untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin.
Ramai daripada rakyat Palestin menentang rancangan pemisahan ini, namun ia tidak berkesan.
Oleh itu ada yang melihat bahawa rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kembali tanah tersebut kerana pada asalnya ia memang milik mereka. Inilah cara untuk memberikan kefahaman kepada orang-orang Yahudi bahawa negara mereka adalah hasil dari pencerobohan tanah rakyat Palestin.
Seorang pengkaji, Galvin menyatakan bahawa sepuluh tahun pertama kewujudan rejim Israel boleh dianggap sebagai sebuah tempoh perubahan demografi secara radikal dengan penambahan penduduk Yahudi meningkat dengan cepat.
Perubahan demografi dan peningkatan
mendadak jumlah Yahudi di Palestin adalah hasil daripada dua faktor.
Salah satunya adalah pelarian rakyat Palestin yang telah melarikan diri ke sempadan tanahair mereka seperti Jordan, Syria dan Mesir atau ada yang terpaksa melarikan diri dengan mencari tempat berlindung di rumah perlindungan sementara.
Ia menjadi bertambah teruk kerana usaha yang dilakukan oleh Israel dengan menduduki 94 peratus
daripada harta yang ditinggalkan oleh orang Palestin yang melarikan diri. Mereka melarikan diri kerana dipaksa berbuat demikian dan keperitan hidup.
Harta-harta peninggalan mereka dirampas dan
diedarkan kepada masyarakat Yahudi.
Ada yang melihat bahawa ada usaha yang dilakukan oleh beberapa orang Palestin untuk mendapatkan
semula harta mereka dalam bentuk hasil penuaian ke atas tanaman yang mereka tinggalkan sebelum ini atau membawa harta yang mereka tinggalkan ke rumah baru mereka.
Faktor kedua perubahan demografi secara drastik di Palestin adalah perpindahan orang Yahudi secara sukarela datang ke Israel. Selama empat tahun pertama kewujudan Israel, sekitar tujuh ratus ribu
pendatang Yahudi telah tiba.
Jumlah ini adalah dua kali ganda penduduk Israel secara keseluruhan. Ada kelompok masyarakat Yahudi
yang berpindah ke Israel kerana pujukan dan desakan oleh Zionis.
Mereka dijanjikan penempatan untuk keluarga dan mereka disogok dengan kepercayaan agama mereka terhadap tanah tersebut sebagai ‘tanah yang dijanjikan’. Ada juga yang datang ke Israel kerana mereka dianiaya di negara-negara yang mereka tinggal sebelum ini.
Galvin menyebutkan bahawa statistik sebahagian besar pendatang Yahudi ke Israel berasal dari Poland, Jerman, Romania dan Czechoslovakia.
Dalam menghadapi kelahiran negara Israel, perang psikologi serta ungkapan sinis sering dilemparkan terhadap masyarakat Arab yg tidak bersatu dan mempunyai pemimpin yang teruk dilakukan oleh
pasukan Irgun. Pasukan ini merupakan kumpulan terroris yang terkenal dari kalangan Yahudi.
Satu lagi pasukan mereka dikenali sebagai
Haganah. Mereka merancang keganasan ke atas masyarakat Palestin. Pada tarikh 9 atau 10 April 1948 Irgun melakukan pembunuhan lebih dari 250 warga awam umat Islam Palestin di desa Deir Yassin.
Pada tarikh 26 Mei, kumpulan Haganah pula melancarkan serangan dan mengusir semua penduduk di perkampungan yang didiami oleh suku Arab kelas menengah. Ini hanya dua contoh dari banyak keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Sesuatu yang tidak dapat diterima ialah keganasan itu dilakukan oleh pasukan zionis Yahudi ketika Palestin masih di bawah Mandat British, sebelum negara Israel
diisytiharkan wujud.
Selama tempoh Palestin berada di bawah Mandat British, Zionis berjaya mencengkam serta menzahirkan kewujudan mereka di situ yang mana ia
telah menyebabkan masyarakat Arab menjadi lemah dan akhirnya membawa kepada kewujudan negara Israel.
Pada 14 Mei 1948, Ben-Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv Museum untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Keganasan Israel terus memuncak ke atas masyarakat Palestin.
Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas Inggeris secara rasmi keluar dari Palestin, kumpulan Irgun telah menyerang Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk, di mana ia telah menyebabkan tujuh puluh ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.
Apa yang menjadi dorongan semangat tambahan bagi Israel adalah bahawa selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika, Harry Truman memberikan sokongannya diikuti oleh negaranegara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay.
Ini adalah satu bentuk kemenangan bagi Israel kerana mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia. Dua hari selepas itu, beberapa negara lain seperti Soviet
Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel.
Secara rasmi, sokongan dari Amerika terhadap kewujudan Israel adalah 31 Januari 1949. Tidak dapat tidak, pengisytiharan kewujudan Negara Israel telah masyarakat melukakan hati penduduk Palestin luka
hati.
Peristiwa itu sudah tentu merupakan pengesahan kepada lanskap baru sosio-politik Timur Tengah akan bermula.
Terdapat sarjana yang berpendapat bahawa kewujudan Negara Israel tidak mempunyai sebarang dokongan dari aspek undang-undang. Malah ia tidak langsung mempunyai merit di bawah undang-undang antarabangsa.
Israel tidak memenuhi syarat-syarat biasa bagi kewujudan sesebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa, yang mana keperluan itu adalah:

i. masyarakat (people),
ii. sebuah wilayah yang mempunyai sempadan
tersendiri (defined territory), dan
iii. kerajaan (government).
Sebahagian besar penduduk Yahudi pada waktu itu di Palestin bukan warganegara. Golongan Yahudi adalah pendatang (immigrants) yang datang ke Palestin tetapi golongan pendatang ini telah menghalau penduduk asal dengan kekerasan dan keganasan.
Sebarang bentuk perbincangan yang tidak menyokong keganasan Israel tidak bererti bahawa ia terlibat dalam anti-Semitism (anti-Yahudi).
Pada hakikatnya, kewujudan istilah anti-Semitism digunakan untuk merujuk kepada layanan buruk dari negara-negara Eropah terhadap orang Yahudi yang tinggal di negara mereka seperti di Austria, German,
Rusia dan lain-lain.
Dalam hal ini, perlu juga difahami bahawa menentang pergerakan Zionis adalah subjek yang berbeza dari antiSemitism. Kedua-dua perkara ini berbeza antara satu sama lain.
Al-Qaradawi jelas menyatakan bahawa bagi umat Islam, mereka tidak boleh memerangi orang-orang Yahudi sekarang hanya kerana mereka Yahudi.
Tetapi ia berlainan dengan penentangan terhadap zionis, iaitu kefahaman masyarakat Yahudi yang ekstrem untuk merampas tanah Palestin bagi mewujudkan Negara Israel.
Jelas, penentangan terhadap zionis dan Israel adalah kerana mereka telah menduduki tanah Palestin milik masyarakat Muslim dan Arab. Jadi, orang-orang Arab
mempunyai hak mereka untuk menuntut kembali tanah tersebut.
Namun ketidakadilan kuasa besar dunia terhadap mereka pada abad ini bererti mereka tidak mampu memperolehi kembali hak mereka. Bukan sekadar itu, mereka juga dinafikan hak untuk kembali ke Palestin
sebagaimana yg dinikmati oleh orang Yahudi yang boleh ‘kembali’ ke negara Israel.
Sikap tidak adil Yahudi serta keganasan yang dilakukan
mereka inilah yang ditentang. Seseorang itu boleh sahaja menjadi antiZionis terhadap perkara buruk yang dilakukan mereka, tetapi ini tidak bermakna bahawa dia seorang yang anti-Semitism.
Secara ringkas, Israel berjaya menduduki Palestin dan Barat Baitulmaqdis ketika perisytiharan negara tersebut pada 1948. Penguasaan Israel merangkumi 81.4% daripada seluruh keluasan Baitulmaqdis.
Kawasan timur Baitulmaqdis yang juga sering dikenali
sebagai East Jerusalem masih tidak dapat ditawan pada tahun tersebut.
Namun demikian, mereka terus melebarkan pemilikan itu kepada 85% dengan membina penempatan perumahan untuk kaum Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin, manakala kawasan perkampungan Arab pula dirampas.
Pada peringkat awal penjajahan Israel di Palestin, Baitulmaqdis telah dibahagikan kepada dua bahagian, di mana bahagian Barat diperintah oleh Israel. Dalam jangkamasa yang singkat, seramai 30,000 bangsa Arab telah diusir keluar dari vagina Barat Baitulmaqdis.
Manakala Baitulmaqdis timur pula diletakkan di bawah naungan pemerintahan Jordan. Pada 23 Januari 1950, Israel bertindak menjadikan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu kota mereka.
Tindakan ini menambahkan kemarahan masyarakat Arab kerana Baitulmaqdis adalah tempat suci yang tidak harus dirampas dengan kekerasan.
Manakala pengisytiharan Palestin sebagai naungan British serta diletakkan di bawah British Mandate secara automatik memberi laluan mudah kepada Yahudi untuk merampas Palestin.
Satu tindakan ekstrim yang dilakukan oleh zionis, pada Mei 1980, di mana Masjid al-Aqsa cuba diletupkan manakala pada 17 Oktober 1989 pula, sekumpulan warga Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haikal Sulaiman berhampiran pintu masuk Masjid al-Aqsa.
Golongan Yahudi percaya bahawa Masjid al-Aqsa merupakan tapak Haikal Sulaiman dan masjid itu perlu dirobohkan untuk didikan haikal. Inilah satu tindakan yang menghangatkan kekacauan tajaan zionis.
Para pemimpin masyarakat Palestin termasuk Hamas tidak dapat menerima kezaliman yang dilakukan oleh zionis terhadap masyarakat Arab Palestin.
Situasi di Palestin berubah kembali apabila ia jatuh ke tangan British pada tahun 1917 dan perisytiharan negara Israel di atas tanah tersebut pada tahun 1948 yang menjadi sejarah hitam abad ini bagi Palestin.
Ketika Israel menyerang Gaza pada akhir 2008, ia sebenarnya satu ujian bagi kuasa besar dunia iaitu Amerika dalam hubungan dan komitmen terhadap Israel. Ia adalah suatu serangan yang dirancang khas.
Laporan tersebar di akhbar Israel bahawa tentera Israel telah merancang untuk melakukan provokasi serta mencari sebab terbaik untuk menyerang masyarakat Arab tersebut. Sehingga kini, Yahudi zionis terus mendominasi bumi Palestin.
Ekoran daripada penjajahan tersebut menyebabkan saban hari nyawa rakyat Palestin terkorban. Mereka tidak mendapat perhatian serius dari kuasa besar dunia dalam menangani masalah mereka.
Sering apa yang berlaku ialah pihak kuasa besar memberikan sokongan kepada Israel dengan terus menafikan hak rakyat Palestin yang merupakan penduduk asal tanah tersebut sebelum mereka dihalau keluar dengan kekerasan.
Dunia perlu berlaku adil dan melihat hal ini dari kacamata keadilan sejagat, bukan hanya sekadar mendengar dari sebelah pihak dan yang lebih menjadikan situasi itu parah adalah kerana sebelah pihak tersebut tidak lain tidak bukan adalah
Israel.
Sumber :

1. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

2. Henry Cattan (1973), Palestine and International Law: The Legal Aspects of the Arab-Israeli Conflict

3. Michael Prior (1999), Zionism and the State of Israel: A Moral Inquiry

Subscribe Youtube

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

12 May
Rahsia Kekuatan Briged Al Qassam

[Ini adalah bebenang]
1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam.
Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
Read 10 tweets
3 Feb
Mana yang sembang kencang pasal Human Rights, kena faham, kita tidak meletakkan kitab Human Rights paling atas. Korang dah ready ke nak sembang pasal Human Rights kalau di Malaysia LGBT masih dikecam? Itu juga sebahagian dari Human Rights.
Paling mudah, Freedom of Speech. Di Malaysia betul kah kita ada freedom of speech? Itu sebahagian human rights juga. So, jangan letak kitab Human Rights terlalu agung tanpa melihat situasi negara sendiri.
Aku faham niat Ebit Liew untuk bantu mereka tapi pergi atas dasar beri bantuan saja la bukan sampai hendak membina penempatan untuk mereka. Negara kita ada undang-undang. Mana boleh pukul rata semua.
Read 4 tweets
22 Dec 20
Pembentukan Negeri Sembilan Dari Sembilan Daerah

[Ini adalah bebenang]
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan?
Ramai yang tertanya-tanya tentang keunikan nama Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.
Read 15 tweets
21 Dec 20
Melaka Jatuh Ke Tangan Belanda

[Ini adalah bebenang]
Serangan berterusan Belanda di atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor akhirnya membuahkan hasil apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Kejayaan itu juga menamatkan penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511.
Read 18 tweets
20 Dec 20
Gamelan Melayu pertama tertua berusia 208 tahun tiba di Tanah Melayu. Kenapa gamelan kita dipanggil Gamelan Melayu ?

[gambar hiasan]
Ini kerana gamelan mula berkembang di istana Riau-Lingga dan seterusnya meneruskan tradisi Joget Gamelan (tarian istana diiringi gamelan Melayu) di Pahang dan Terengganu.
Gamelan di Indonesia pula mempunyai beberapa jenis gamelan yang berbeza mengikut etnik atau suku, contohnya gamelan Jawa, Gamelan Bali, dan gamelan Sunda.
Read 4 tweets
20 Dec 20
Hutan Aokigahara atau Hutan Bunuh Diri di Jepun. Image
Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara.
Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup. ImageImageImageImage
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(